Thursday, July 11, 2019

Cara menangani 'Kegutan'


Kegutan adalah satu istilah yang digunakan di Sabah untuk sakit yang dialami selepas mengambil minuman beralkohol dengan berlebihan. Kegutan biasanya berlaku keesokan hari selepas minum semalaman. Dalam bahasa English, Kegutan dikenali sebagai hangover. Antara simptom kegutan ialah sakit kepala, sakit perut, rasa loya, muntah-muntah dan rasa lemah.
  Biasanya simptom kegutan ini akan sembuh dengan sendiri selepas 8-24 jam. Walau bagaimana pun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit kegutan dan juga cara untuk mengelak kegutan yang teruk.

1.Minum air yang cukup.
Kekal hidrasi ketika minum alkohol adalah sangat penting. Alkohol membuatkan kita sering membuang air kecil dan menyebabkan air dalam badan berkurangan. Dihidrasi akan menjadi salah satu faktor kepada kegutan. Oleh itu sangat penting minum air kosong sambil minum alkohol.

2.Minum minyak Zaitun.
Sebelum minum alkohol anda disarankan mengambil sesudu minyak zaitun bagi melambatkan penyerapan alkohol ke dalam tubuh kita. Sesudu minyak zaitun bukan saja mampu mengurakan sakit kegutan keesokan harinya juga melambatkan rasa mabuk.

3.Sarapan.
Sangat penting untuk mengambil sarapan keesokan harinya untuk mengembalikan kalori dalam badan. Namun begitu jangan mengambil sarapan yang berat. Ada yang mempercayai roti bakar sangat sesuai untuk sarapan kerana kandungan karbon mampu menjadi penapis toksik. Namun begitu tiada kajian saintifik yang menyokong teori ini, tapi tidak juga salah mencuba bah kan.

4.Makan halia.
Halia merupakan herba yang telah terbukti untuk mengurangkan rasa mual dan muntah-muntah. Memakan hirisan halia goreng sebelum minum alkohol juga mampu mengurangkan simptom kegutan keesokannya.

5.Tidur.
Kegutan bukan disebabkan kurang tidur tapi kurang tidur akan membuatkan kegutan lebih teruk. Oleh itu selepas mengambil sarapan anda disarankan untuk sambung tidur beberapa jam bagi membolehkan badan pulih dengan sendiri.

Ada beberapa teori mengatakan bahawa alkohol yang tinggi congeners memberi kegutan yang lebih teruk. Congeners ialah toksik kimia campuran diantara methanol, isopentanol dan acetone. Antara minuman tinggi congeners ialah whiskey, tequila dan wain. Manakala minuman yang berwarna cerah seperti vodka, gin dan rum mengandungi rendah congeners.

Simptom kegutan ini berbeza bagi setiap individu. Oleh itu pandai-pandai lah kamu kawal diri ketika minum. Diri sendiri saja yang tahu kemampuan dan had badan anda.
Pesan akhir dari penulis
  kalau takut kegutan, jangan minum.

Sekian.