Thursday, July 11, 2019

Cara menangani 'Kegutan'


Kegutan adalah satu istilah yang digunakan di Sabah untuk sakit yang dialami selepas mengambil minuman beralkohol dengan berlebihan. Kegutan biasanya berlaku keesokan hari selepas minum semalaman. Dalam bahasa English, Kegutan dikenali sebagai hangover. Antara simptom kegutan ialah sakit kepala, sakit perut, rasa loya, muntah-muntah dan rasa lemah.
  Biasanya simptom kegutan ini akan sembuh dengan sendiri selepas 8-24 jam. Walau bagaimana pun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit kegutan dan juga cara untuk mengelak kegutan yang teruk.

1.Minum air yang cukup.
Kekal hidrasi ketika minum alkohol adalah sangat penting. Alkohol membuatkan kita sering membuang air kecil dan menyebabkan air dalam badan berkurangan. Dihidrasi akan menjadi salah satu faktor kepada kegutan. Oleh itu sangat penting minum air kosong sambil minum alkohol.

2.Minum minyak Zaitun.
Sebelum minum alkohol anda disarankan mengambil sesudu minyak zaitun bagi melambatkan penyerapan alkohol ke dalam tubuh kita. Sesudu minyak zaitun bukan saja mampu mengurakan sakit kegutan keesokan harinya juga melambatkan rasa mabuk.

3.Sarapan.
Sangat penting untuk mengambil sarapan keesokan harinya untuk mengembalikan kalori dalam badan. Namun begitu jangan mengambil sarapan yang berat. Ada yang mempercayai roti bakar sangat sesuai untuk sarapan kerana kandungan karbon mampu menjadi penapis toksik. Namun begitu tiada kajian saintifik yang menyokong teori ini, tapi tidak juga salah mencuba bah kan.

4.Makan halia.
Halia merupakan herba yang telah terbukti untuk mengurangkan rasa mual dan muntah-muntah. Memakan hirisan halia goreng sebelum minum alkohol juga mampu mengurangkan simptom kegutan keesokannya.

5.Tidur.
Kegutan bukan disebabkan kurang tidur tapi kurang tidur akan membuatkan kegutan lebih teruk. Oleh itu selepas mengambil sarapan anda disarankan untuk sambung tidur beberapa jam bagi membolehkan badan pulih dengan sendiri.

Ada beberapa teori mengatakan bahawa alkohol yang tinggi congeners memberi kegutan yang lebih teruk. Congeners ialah toksik kimia campuran diantara methanol, isopentanol dan acetone. Antara minuman tinggi congeners ialah whiskey, tequila dan wain. Manakala minuman yang berwarna cerah seperti vodka, gin dan rum mengandungi rendah congeners.

Simptom kegutan ini berbeza bagi setiap individu. Oleh itu pandai-pandai lah kamu kawal diri ketika minum. Diri sendiri saja yang tahu kemampuan dan had badan anda.
Pesan akhir dari penulis
  kalau takut kegutan, jangan minum.

Sekian.

23 comments:

  1. 6, sambung minum juga dikatakan dapat menghilangkan rasa kogutan, ini telah terbukti keberkesananya, kerana level alchol dapat diseimbangkan dengan level kogut yang ada dalam badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kopio Tompinai.... 👍😝

      Delete
    2. Ngam no.lanjuttt trus kan mabuk itu enak..haha

      Delete
    3. Kajian yang boleh dipercayai... sambung trus minum ... nercaya hilang kogutan.

      Delete
    4. Betul..paling berkesan pamabak kogut ialah sambung minum...😂

      Delete
    5. Kalau sitawut: habiskan:
      Botol pertama, tambah darah. Botol kedua kasikuat darah.
      Botol ketiga, bikin darah panas.
      Botol keempat naik darah sudah.
      Botol kelima cari anak dara.
      Botol keenam kena pukul keluar darah.
      Botol ketujuh jadi bertambah parah.
      Botol kelapan masuk penjara, habis perkara.

      Delete
  2. Paling siok kalau hantam soup kogutan����

    ReplyDelete
  3. Apaitu Kegutan?.. Dalam Bahasa Kadazan teda ni erti dia. Kalau "KOGUTAN" memang ada erti dia "hung-over"..

    ReplyDelete
  4. Terjun sungai, makan maggie. Konfom hilang kogutssss hahahaha

    ReplyDelete
  5. bagus ni artikel...aramai tie kopio tompinai..

    ReplyDelete
  6. Tumpang iklan admin.. kita2 juga baini , tq hihihi
    PROMOSI PERSONAL LOAN

    - PROSES HANYA 1-2JAM SAHAJA
    - KERAJAAN
    - SWASTA
    - PENCEN
    - HOTEL
    - KILANG
    - GAJI MASUK BANK
    - SUDAH BERKERJA ATAS 3 BULAN KE ATAS

    SILA HUBUNGI : 0125918682 MONICA
    CALL/SMS/WHATSAPP

    ReplyDelete
  7. Orang lama (otai) bilang, kalau kogutan sambung lagi minum baru hilang tu sakit kapala

    ReplyDelete
  8. Kalau ubat kogutan makan mee sup pipin.. lepas tu minum satu set tiger.. kompom sihat dalam masa singkat������

    ReplyDelete
  9. Dlm istilah kami dipanggil 'mongupak'..hahaha..

    ReplyDelete
  10. Kalau teramat kegutan.
    Sy sarankan minum 2 3 galas linutau
    Kompom hilang tu kogutan.
    Malahan menambah lgi 2 3 gantang..
    Hahahaha..
    Topot ti tompinai ahahaha

    ReplyDelete
  11. ..kalau masih kegutan minum balik, pancing balik tu rasa gantung 😀😀😂

    ReplyDelete
  12. Sambung 3 set konpom hilang tu kogutan...hahaha

    ReplyDelete
  13. Mengeluarkan peluh juga dapat mengurangkan kegutan. Jadi kalau rasa kegutan rajin rajin lah pergi cangkul tu parit belakang rumah.

    ReplyDelete