Friday, August 6, 2021

Cara menilik nombor ekor pada ikan karuk.

 Ikan Puyu atau juga dikenali sebagai ikan karuk oleh masyarakat Sabah adalah sejenis ikan yang mempunyai nilai mistiknya tersendiri. Ramai yang mempercayai ikan karuk mampu memberi perlindungan daripada unsur ghaib. Ikan ini juga dikatakan mampu menghalang penghuni rumah dari terkena pukau.
  Selain daripada memberi perlindungan daripada unsur ghaib, ikan karuk juga dipercayai mampu memberi nombor ramalan kepada tuannya sekiranya dijaga Dan ditilik dengan betul. Walau bagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan nombor ramalan daripada ikan karuk. 
  Antara perkara yang perlu diutamakan oleh penternak ikan karuk bagi tujuan nombor ramalan ialah pemeliharaanya. Perlu diketahui walau pun ikan karuk  hidup dalam berkolompok pada habitatnya namun ikan karuk tidak suka bersesak ketika berada diruang sempit seperti akuarium. Oleh itu penternak perlu elakkan untuk menyimpan terlalu banyak ikan karuk dalam satu akuarium bagi mengelakkan ikan karuk tersebut menjadi tertekan. Ketika tertekan ikan karuk akan berlaga sesama sendiri. Sebaiknya dalam satu akuarium yang sederhana saiz hanya Ada 3 ekor ikan karuk. 
  Selain itu penternak juga disarankan untuk tidak menggunakan mesin oksigen. Getaran Dan kecokan air yang terhasil dari mesin oksigen juga boleh membuatkan ikan karuk tertekan. Hal ini membuatkan penternak sukar mendapatkan nombor ramalan pada badan ikan karuk. Sebaiknya letakkan ikan dalam suasana yang tenang supaya segala sifat mistiknya berfungsi pada tahap terbaik.
  Seterusnya Pula ialah Cara untuk menilik nombor pada ikan karuk. untuk mendapatkan nombor ramalan penternak harus meneliti bintik hitam yang terdapat pada badan ikan karuk. Ikan karuk mempunyai bintik hitam pada badannya Dan corak bintik hitam ini tidak sama pada setiap ikan karuk. Penternak harus sentiasa memerhati bintik hitam tersebut kerana ianya sering berubah-ubah.
  Lazimnya ikan karuk tidak secara terus Dan pantas mengeluarkan corak berbentuk nombor. Ikan karuk juga tidak mengelurakkan corak nombor setiap Hari mengikut kehendak kita. Melainkan penternak perlu bersabar Dan perlu menjalinkan hubungan jiwa terhadap ikan karuk peliharaan. Ketika ikan karuk sudah serasi dengan tuannya maka ikan akan mula memberikan corak bintik pada badannya. 
  Untuk menilik nombor pada ikan, penternak perlu duduk memerhati ikan sekurang-kurangnya setengah jam setiap Hari. Waktu paling sesuai ialah pada jam 9 malam kerana suasana mula tenang Dan deria mistik ikan mula aktif. Pastikan air jernih bagi memudahkan penternak melihat ikan. 
  Ketika duduk memerhatikan ikan karuk jiwa perlu dikosongkan Dan jangan terlalu mengharap nombor pada badan ikan, melainkan ketika penternak duduk depan ikan apa yang perlu dilakukan ialah Cuba mewujudkan hubungan jiwa antara tuan Dan ikan. Ketika hubungan antara tuan Dan ikan mula terjalin maka segala kelebihan mistik dari ikan karuk akan mula dirasai.. selamat mencuba.


Peringatan: artikel Hanya untuk hiburan. Tindakan pembaca selepas membaca artikel ini Adalah atas risiko pembaca sendiri.

Thursday, July 23, 2020

Pejabat Kesihatan Tawau selesai saring 500 kakitangan Jabatan Penjara

TAWAU: Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pada Khamis selesai melakukan saringan COVID-19 ke atas 500 kakitangan Jabatan Penjara Tawau, yang dipercayai terdedah dengan wabak itu selepas salah seorang anggota jabatan itu disahkan positif wabak itu pada Selasa lepas, kata Pegawai Kesihatan Tawau Dr G Navindran.


"Kita juga mengambil tindakan susulan dengan mengesan lokasi pergerakan pesakit lelaki yang positif ini, termasuk hari ini kita mengadakan ujian saringan ke atas peniaga di Pasar Sri Tanjung," katanya dan menambah kes pesakit itu membabitkan penularan tempatan.
Dalam pada itu ujian saringan ahli keluarga serta kontak rapat pesakit berkenaan setakat ini juga didapati negatif, kata beliau ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini. 

Beliau juga berkata seorang lelaki dikesan memalsukan sejarah perjalanannya ke luar negara serta membuang gelang tangan yang dipakai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menyambung penerbangan ke Tawau untuk mengelakkan kuarantin di rumah.
Navindran berkata lelaki berusia 30-an itu mengaku berbuat demikian selepas disiasat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pada 21 Julai lepas.

Lelaki itu pada mulanya menghubungi pejabat berkenaan dengan alasan gelang tangan di bawah kuarantin COVID-19 itu telah hilang tetapi siasatan menunjukkan beliau memberikan maklumat tidak benar sewaktu mengisi borang pengisytiharan kesihatan di KLIA untuk ke Tawau.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan beberapa gelang tangan di KLIA yang dikatakan sengaja ditanggalkan oleh mereka yang baru pulang dari luar negara dipercayai kerana enggan menjalani tempoh kuarantin.

-- BERNAMA /ASTRO AWANI

Wednesday, July 22, 2020

Penjenayah ditahan selepas aksi kejar mengejar.

KOTA KINABALU: Lebih 30 minit. Itu tempoh aksi mengejar empat kenderaan peronda polis (MPV) terhadap sebuah kereta Proton Iswara sebelum berjaya menahan tiga lelaki yang disyaki pengedar dadah, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 44 tahun yang mempunyai belasan rekod jenayah itu berjaya ditahan di Jalan Lintas Khidmat, di sini.
Difahamkan, ketiga-tiga suspek mula dikejar di Jalan Keleto, Inanam, sebelum melalui beberapa jalan utama termasuk Jalan Kingfisher dan jalan berhampiran Yayasan Sabah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kereta Proton Iswara berkenaan dipandu secara melulu sehingga membahayakan kebanyakan pengguna jalan raya di setiap laluan yang mereka lalui.
Katanya, ketiga-tiga suspek akhirnya berjaya ditahan selepas kenderaan mereka terbabas sebelum terhenti di Jalan Lintas Khidmat.
“Ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri termasuk bertindak ganas terhadap pasukan polis namun berjaya ditahan sejurus selepas itu.
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui beberapa paket dadah yang di dalam kenderaan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Habibi berkata, siasatan awal mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kegiatan samun, pecah rumah dan dadah.
Katanya, ketiga-tiga suspek adalah warga tempatan yang berasal dari Sandakan, Kudat dan Nabawan.
“Siasatan awal turut mendapati ketiga-tiga suspek masing-masing mempunyai 16, lapan dan tiga kes jenayah.
“Polis akan membuat siasatan lanjut bagi mengenalpasti sejauh mana pembabitan mereka dalam jenayah dadah,” katanya.
Habibi berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sunday, September 29, 2019

Bermain telefon ketika buang air besar menyebabkan buasir.


 Mengaku atau tidak, ramai diantara kita membawa telefon pintar ketika membuang air besar untuk mengurangkan rasa bosan berada dalam tandas. Namun begitu, menurut doktor tabiat ini boleh meningkatkan risiko terkena penyakit buasir.

Buasir atau juga di panggil hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.

Bercangkuk lama di dalam tandas boleh meningkatkan risiko terkena penyakit buasir di mana penggunan telefon ketika membuang air besar secara tidak sedar akan memanjangkan lagi masa berada dalam tandas.

Ketika bercakap dengan akhbar The Sun, Doktor Sarah Jarvis iaitu seorang pengarah klinik berkata " sembelit dan kekejangan ketika membuang air besar, mengandung, usia tua adalah faktor penyakit buasir. Begitu juga dengan duduk dalam tandas terlalu lama kerana melayan telefon".

Oleh itu doktor tidak menggalakan penggunaan telefon ketika membuang air besar.

Selain itu, Dr sarah juga menasihati "untuk mengurangkan risiko penyakit buasir, pengambilan makan mengadungi serat, minum air yang cukup dan bersenam amat digalakan." Beliau juga berpesan "jangan duduk terlalu lama dalam tandas hanya kerana bermain telefon".

Sumber: https://www.mirror.co.uk/tech/using-your-phone-loo-giving-20126728


Saturday, September 28, 2019

Pugai balabak

Pugai adalah satu istilah yang digunakan di Sabah bagi merujuk kepada ilmu pengasih. Di Sabah terdapat pelbagai jenis pugai namun antara pugai yang terkenal ialah pugai Balabak.




Pugai Balabak sebenarnya berasal dari kepulauan Balabac dan kepulauan Banggi. Seorang wanita bernama Limpatuk yang juga wanita bersuami 7 merupakan orang pertama menghasilkan minyak pengasih pugai balabak. Minyak pugai balabak ini dihasilkan dari sejenis kayu ajaib iaitu kayu balabak dan pokok ini hanya tumbuh di pulau Balabak dan Banggi Sabah.

Ciri-ciri kayu ini ialah ianya tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti seperti tunduk menyembah bumi. Walaupun pokok ini menjalar dan membesar, pucuk pokok ini akan terus berpaut pada akarnya sehingga mati. Pokok ini hanya berdaun dihujung dan daunnya runcing serta berbunga putih. Pokok balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun dan bunganya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja. Keesokan harinya kuntum bunga pokok balabak akan ghaib dengan sendirinya. Oleh itu amat sukar untuk menemui kuntum bunga yang menjadi ramuan utama pugai balabak ini. Setakat yang diketahui hanya Limpatuk sahaja yang pernah menjumpai bunga ini. Selepas menemui kuntum bunga pokok balabak, Limpatuk menghasilkan minyak pengasih dengan ramuan bersama kayu dan akar pokok balabak. Dari ramuan itu lah yang menjadi IBU minyak pugai balabak yang diwarisi dari generasi ke generasi. Sekiranya ada individu yang meminta minyak pugai balabak akan diberi hanya setitis namun sudah memadai kerana minyak itu akan bertambah dengin sendiri setiap bulan purnama.

Walau bagai mana pun, untuk memiliki minyak pugai balabak mempunyai pelbagai rintangan dan dugaan. Ini kerana antara pantang larang pugai ini ialah tidak boleh keluar dari pulau asalnya. Sekiranya pugai ini dibawa keluar merentasi laut, ribut taufan akan datang menyerang. Selain itu haiwan seperti ikan yu dan burung camar juga akan datang menyerang.

Sekiranya berjaya membawa keluar dari pulau, haiwan di darat juga akan tertarik dengan pugai ini.  Haiwan seperti lipan dan ular akan sering memasuki rumah sekiranya minyak pugai ini diletakkan di dalam rumah. Oleh itu antara pantang pugai ini ialah jangan disimpan dalam rumah.

Selain untuk memikat hati untuk percintaan, minyak pugai balabak ini juga sering digunakan untuk tujuan pelaris perniagaan dan juga menguatkan pengaruh politik.

-**


Wednesday, August 7, 2019

Suami menjadikan isteri taruhan judi.


Kerana judi seorang suami sanggup mempertaruhkan isterinya dan membiarkan wanita itu dirogol beramai-ramai oleh rakannya selepas dia kalah dalam permainan poker. Kejadian ini berlaku di India.

NDTV melaporkan, lelaki itu pada mulanya minum arak dan bermain judi bersama dua rakannya di rumahnya di Zafarabad di Uttar Pradesh, India.

Lelaki itu dilaporkan menghabiskan semua wangnya untuk berjudi dan kerana terdesak dia mempertaruhkan isterinya sendiri.

Bagaimanapun, lelaki itu kalah dan dia membiarkan isterinya di rogol dua lelaki berkenaan.

Mangsa yang kecewa terus melarikan diri ke rumah bapa saudara sebelum suami mengekorinya untuk mengaku kesilapannya dan meminta maaf.

Selepas dipujuk wanita terbabit bersetuju untuk mengikut suaminya pulang ke rumah.

Namun, dalam perjalanan pulang, lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum membiarkan beberapa rakannya merogol isterinya buat kali kedua.

India Today melaporkan, mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis tempatan namun mereka enggan memfailkan aduannya sebelum dia ke mahkamah untuk mendapatkan bantuan.

Pihak mahkamah kemudiannya mengarahkan polis mendaftarkannya sebagai kes rogol secara beramai-ramai dan menganggap ia adalah perkara serius.

Sumber: Harian metro

Tuesday, August 6, 2019

6 cara menghalau lipas tanpa menggunakan racun serangga.


Lipas merupakan serangga yang mampu membawa pelbagai jenis bakteria. Jika tidak dicegah kehadiran lipas dalam rumah boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada seisi keluarga.  Walau bagaimana pun ada diantara kita enggan menggunakan racun serangga untuk menghalau lipas kerana takut akan kesan sampingan dari bahan kimia yang terkandung dalam racun tersebut. Di sini kami akan kongsikan 6 cara menghalau lipas tanpa menggunakan racun dan bahan kimia yang merbahaya.

1. Minyak Pati.

     Lipas benci bau minyak peppermint, lavendar, eucalyptus dan pokok teh. Ini kerana minyak pati tersebut menghalang deria lipas untuk menjejak bau makanan. Lipas juga akan mati sekerinya terdedah kepada minyak pati secara berlebihan terutamanya peppermint. Cara menggunakan minyak pati ialah campurkan 15 titis minyak pati ke dalam 10 auns air dan masukan kedalam botol penyembur kemudian goncang dan sembur ke kawasan yang berkemungkinan lipas masuk.

2. Borax.

    Borax merupakan pembersih semulajadi yang berkesan dan selamat digunakan. Borax mengandungi asid boric yang mampu menghancurkan usus lipas sekiranya dimakan lipas. Untuk membunuh lipas menggunakan borax, campurkan 2 cawan gula bersama 2 sudu besar Borax ke dalam satu liter air. Masukan campuran ini ke dalam botol penyembur dan semburkan ke kawasan lipas selalu muncul. Campuran ini juga mampu membunuh semut.

3. Serbuk penaik.

     Serbuk penaik juga berkesan untuk menghalau lipas. Campurkan satu bahagian serbuk penaik dengan satu bahagian gula. Letakan campuran ini ke dalam mangkuk kecil ataupun penutup bekas kemudian letakkan di sudut-sudut gelap. Gula akan menjadi penarik kepada lipas manakala serbuk penaik akan membunuh lipas.

4. Vaseline.

     Anda boleh menjadikan vaseline sebagai perangkap lipas dengan menambahkan agar-agar dan gula ke dalam vaseline kemudian meletakan campuran tersebut di atas kadbod. Letakkan kadbod di tempat persembunyian lipas. Gula menjadi penarik kepada lipas dan lipas akan mati bila termakan vaseline.
Pastikan perangkap ini jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

5. Bunga kekwa.

    Bunga kekwa mengandungi pyrethrins, iaitu sejenis kimia yang menyerang sistem saraf serangga apabila terkena sentuhan terus.
Guna bunga kekwa kering untuk menghalau lipas dengan mengahncurkan sehingga menjadi serbuk kemudian ambil 2 sudu besar serbuk tersebut dan campurkan dalam satu liter air panas bersama secubit serbuk pencuci. Masukan campuran kedalam botol penyembur dan semburkan ke kawasan yang terdapat lipas.

6. Gel silika.

    Gel silika selalunya terdapat dalam paket kecil dan biasa didapati dalam kotak barangan yang kita beli. Jangan buang paket gel silika ini kerana ia mampu membunuh lipas. Gel silika ini mampu menyerap lembapan dan mengeringkan apa saja yang tersentuh dengannya. Sekiranya lipas bersentuhan dengan gel silika ia akan mengeringkan lipas dan membunuhnya. Anda boleh campurkan gel silika bersama gula kemudaian taburkan disekitar rumah. Pastikan gel silika ini ditempatkan jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Lipas merupakan serangga yang tahan lasak. Membuat penghalau dan perangkap tidak menjamin 100% untuk lipas datang kembali. Oleh itu selain pembuat penghalau dan perangkap, penjagaan kebersihan juga penting. Piring terus dibasuh, lantai sentiasa di mop untuk membuka bau makanan dan letakkan sampah dalam tong yang ditutup rapat. Selian itu bersihkan timbunan barang yang mampu menjadi sarang lipas dan serangga lain. Tutup rekahan pada dinding dan lantai kerana lipas mampu hidup di celah rekahan.

Sumber: theasianparents.com