Tuesday, August 6, 2019

6 cara menghalau lipas tanpa menggunakan racun serangga.


Lipas merupakan serangga yang mampu membawa pelbagai jenis bakteria. Jika tidak dicegah kehadiran lipas dalam rumah boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada seisi keluarga.  Walau bagaimana pun ada diantara kita enggan menggunakan racun serangga untuk menghalau lipas kerana takut akan kesan sampingan dari bahan kimia yang terkandung dalam racun tersebut. Di sini kami akan kongsikan 6 cara menghalau lipas tanpa menggunakan racun dan bahan kimia yang merbahaya.

1. Minyak Pati.

     Lipas benci bau minyak peppermint, lavendar, eucalyptus dan pokok teh. Ini kerana minyak pati tersebut menghalang deria lipas untuk menjejak bau makanan. Lipas juga akan mati sekerinya terdedah kepada minyak pati secara berlebihan terutamanya peppermint. Cara menggunakan minyak pati ialah campurkan 15 titis minyak pati ke dalam 10 auns air dan masukan kedalam botol penyembur kemudian goncang dan sembur ke kawasan yang berkemungkinan lipas masuk.

2. Borax.

    Borax merupakan pembersih semulajadi yang berkesan dan selamat digunakan. Borax mengandungi asid boric yang mampu menghancurkan usus lipas sekiranya dimakan lipas. Untuk membunuh lipas menggunakan borax, campurkan 2 cawan gula bersama 2 sudu besar Borax ke dalam satu liter air. Masukan campuran ini ke dalam botol penyembur dan semburkan ke kawasan lipas selalu muncul. Campuran ini juga mampu membunuh semut.

3. Serbuk penaik.

     Serbuk penaik juga berkesan untuk menghalau lipas. Campurkan satu bahagian serbuk penaik dengan satu bahagian gula. Letakan campuran ini ke dalam mangkuk kecil ataupun penutup bekas kemudian letakkan di sudut-sudut gelap. Gula akan menjadi penarik kepada lipas manakala serbuk penaik akan membunuh lipas.

4. Vaseline.

     Anda boleh menjadikan vaseline sebagai perangkap lipas dengan menambahkan agar-agar dan gula ke dalam vaseline kemudian meletakan campuran tersebut di atas kadbod. Letakkan kadbod di tempat persembunyian lipas. Gula menjadi penarik kepada lipas dan lipas akan mati bila termakan vaseline.
Pastikan perangkap ini jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

5. Bunga kekwa.

    Bunga kekwa mengandungi pyrethrins, iaitu sejenis kimia yang menyerang sistem saraf serangga apabila terkena sentuhan terus.
Guna bunga kekwa kering untuk menghalau lipas dengan mengahncurkan sehingga menjadi serbuk kemudian ambil 2 sudu besar serbuk tersebut dan campurkan dalam satu liter air panas bersama secubit serbuk pencuci. Masukan campuran kedalam botol penyembur dan semburkan ke kawasan yang terdapat lipas.

6. Gel silika.

    Gel silika selalunya terdapat dalam paket kecil dan biasa didapati dalam kotak barangan yang kita beli. Jangan buang paket gel silika ini kerana ia mampu membunuh lipas. Gel silika ini mampu menyerap lembapan dan mengeringkan apa saja yang tersentuh dengannya. Sekiranya lipas bersentuhan dengan gel silika ia akan mengeringkan lipas dan membunuhnya. Anda boleh campurkan gel silika bersama gula kemudaian taburkan disekitar rumah. Pastikan gel silika ini ditempatkan jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Lipas merupakan serangga yang tahan lasak. Membuat penghalau dan perangkap tidak menjamin 100% untuk lipas datang kembali. Oleh itu selain pembuat penghalau dan perangkap, penjagaan kebersihan juga penting. Piring terus dibasuh, lantai sentiasa di mop untuk membuka bau makanan dan letakkan sampah dalam tong yang ditutup rapat. Selian itu bersihkan timbunan barang yang mampu menjadi sarang lipas dan serangga lain. Tutup rekahan pada dinding dan lantai kerana lipas mampu hidup di celah rekahan.

Sumber: theasianparents.com

No comments:

Post a Comment