Saturday, August 3, 2019

Saintis mencipta Manusia-monyet dalam makmal.


Sekumpulan saintis dipercayai telah mencipta embrio manusia-monyet di dalam makmal. Berita ini dilaporkan oleh surat khabar El Pais yang telah menemu bual Juan Carlos Izpisua Belmonte yang merupakan ketua kumpulan pengkaji manusia-monyet berpangkalan di China.

Asas idea kajian ini ialah menyuntik embrionik stem cell manusia ke dalam embrio monyet. Jika berjaya, embrio monyet tersebut akan memiliki tisu dan organ tertentu yang mampu berfungsi dalam tubuh manusia biasa. Berlainan dengan Hibrid yang tidak memiliki sebarang organ yang mampu berfungsi dalam tubuh manusia atau pun monyet.

Oleh kerana masih diperingkat awal belum ada fakta terperinci mengenai manusia-monyet ini. Kumpulan saintis ini dikatakan turut menggunakan CRISPR gene editing untuk memastikan embrioa manusia mampu bergabung baik dengan embrio monyet.

Izpisau sebenarnya berkerja di Salk institute di California namun membuat kajian ini di China atas dasar undang-undang. Kumpulan saintis ini merupakan kumpulan yang sama mencipta manusia-babi pada 2017 namun gagal. Walau begitu kumpulan ini yakin kajian kali ini mempunyai peluang tinggi untuk berjaya.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah alasan dan tujuan saintis ini mencipta manusia-monyet. Menurut kumpulan saintis ini, mereka menjalakan kajian ini untuk tujuan perubatan. Organ dalam tubuh manusia-monyet ini kelak mampu digunakan untuk pesakit yang memerlukan organ baru tanpa menunggu dari penderma organ.

Walau pun dengan tujuan yang baik, namun kajian ini mendapat tentangan dan kritikan hebat dari pelbagai kerajaan, NGO dan badan keagamaan. Namun begitu Izpisua tidak pernah mengambil peduli sebarang kritikan dari mana-mana pihak dan terus mencari jalan untuk meneruskan kajian ini.

"Sejarah telah membuktikan bahawa etika kita turut berevolusi. Banyak perkara yang satu ketika dulu kita anggap tidak beretika kemudian kini diterima umum dan dianggap normal. Saya percaya suatu hari nanti setelah masyarakat melihat fungsi dan kegunaan manusia-monyet ini masyarakat akan mampu menerimanya dan melihat sebagai satu hasil kajian sain yang beretika" kata Izpisau.

Sumber: Iflscience.comElpais.com

No comments:

Post a Comment