Wednesday, January 30, 2019
Pelajar meninggal dalam tidur kerana memakan lebihan pasta. Ketahui kenapa?
Kadang kala ada diantara kita memakan lebihan makanan yang sudah semalaman atau lebih dengan alasan makanan masih belum basi. Sekiranya anda ada kebiasaan seperti itu anda dinasihatkan supaya menyimpan lebihan makanan itu ke dalam peti ais. Seorang pemuda kehilangan nyawa akibat memakan lebihan makanan yang tidak disimpan dalam peti ais.
Kes di mana pelajar berusia 20 tahun berasal dari Belgium ini sebenarnya beelaku pada 2008. Tetapi baru-baru ini Dr.Bernard memuat naik vedio berkenaan kes ini kemudian menjadi viral.
Kronologi kes itu ialah:
Selepas kembali dari sekolah, lelaki yang Dikenali sebagai AJ memanaskan lebihan pasta semalam di dalam microwave. Aj memakan pasta itu kemudian keluar bermain bola bersama rakannya. 1 jam setengah, selepas dia kembali dari bermain bola AJ mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah-muntah.
Selepas muntah beberapa kali, Aj kemudiannya tidur kerana menganggap sakitnya itu hanya keracunan makanan biasa. Malangnya, keesokan pagi ibu bapa Aj mendapati anak mereka itu sudah tidak bernyawa.
Aj disahkan mengalami keracunan makanan yang serius. Dia dijangkiti spore-forming becteria yang di panggil bacillus cereus dipercayai terdapat dalam pasta yang dipanaskannya.
Belgium National Reference Laboratory of foodbrone mengkaji sample pasta dan sos tomato yang dimakan pemuda itu dan mendapati toksik daripada kesemua bakteria yang terdapat dalam sample makanan itu cukup untuk mengagalkan fungsi hatinya sekaligus meragut nyawanya.
Berikutan kes ini anda dinasihatkan untuk menyimpan lebihan makanan ke dalam peti ais sekiranya bercadang untuk memakan lebihan tersebut. AJ mungkin terselamat sekiranya melakukan sedemikian. Lebih baik berjaga jaga daripada menyesal kemudian hari.
Sumber: https://www.health.com/food/student-dies-after-eating-leftover-pasta-in-rare-food-poisoning-case?amp=true
Video Dr.Bernard https://youtu.be/5ujTYLV2Qo4
Like facebook page kami:https://www.facebook.com/kolopia/
Tuesday, January 29, 2019
Batu bergerak sendiri.
Fenomena ini terjadi di Racetrack Playa, Death Valley National Park, California. Di sini terdapat batu yang kelihatan seolah olah bergerak sendiri kerana mempunyi garisan di sepanjang kawasan seperti bekas laluan batu itu sendiri.
Pelbagai penjelasan diberi, ada yang mengaitkan pergerakan batu ini dengan alien, medan magnetic dan juga ada yang mengatakan itu cuma lah perlakuan lawak jenaka.
Seorang Renjer bernama Alan berkata "kawasan itu sangat sunyi, semakin lama anda berada di Racetrack Playa semakin terasa tempat itu seperti diselubungi misteri."
Menurut kepercayan kuno salah satu suku Red Indian, batu ini adalah batu yang hidup. Batu ini bukan sahaja mampu bergerak tetapi mampu berkomunikasi antara satu sama lain dan juga manusia yang mempunyai kebolehan. Suku kaum itu juga memberi amaran untuk tidak menggangu kawasan tersebut serta batu-batu yang terdapat di kawasan gersang itu.
Walau bagai mana pun, saintis berpendapat inya cuma fenomena alam yang boleh dijelaskan. Batu-batu yang bergerak ini dibantu oleh tolakan angin dan juga sedikit air.
Apa pun penjelasan, yang pasti batu ini bergerak secara perlahan dan terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia. Sekiranya anda berkemampuan , anda boleh mengunjungi tempat ini kerana ia merupakan tumpuan pelancong.
Like facebook page kami;
https://www.facebook.com/kolopia/
Monday, January 28, 2019
Facebook, Whatsapp dan Instagram akan disatukan. Apakah maksud sebenarnya?
Baru-baru ini The New York Times menulis bahawa CEO Facebook Mark Zuckerberg mempunyai perancangan untuk mengabungkan perkhidmatan pesanan Whatsapp, instagram dan juga facebook.
Melalui penggabungan ini ketiga-tiga aplikasi saling terhubung di antra satu sama lain. Dengan itu para pengguna Whatsapp boleh mengirim pesanan secara terus ke facebook messenger atau instagram tanpa perlu memuat turun aplikasi facebook atau pun instagram. Dan begitu juga sebalik nya.
Walau bagai mana pun ketiga tiga aplikasi ini masih bersifat stand alone( terpisah) cuma teknikal aplikasi itu belum dikenal pasti.
Penggabungan ini juga merupakan satu gabungan aplikasi khidmt pesanan terbesar di dunia yang bakal menghubungkan 2.6 bilion pengguna untuk kali pertama nanti. Penggabungan ini juga bakal memberi kawalan yang lebih luas terhadap syarikat berkenaan.
Menurut individu yang terlibat, pengabungan ini masih di peringkat awal dan dijangka siap pada hujung 2019 atau awal 2020.
Apabila penggabungan ini terlaksana, pengguna hanya perlu satu daripada 3 aplikas ini untuk berhubung dengan semua pengguna. Facebook juga memberi jaminan bahawa pengguna bakal mendapat perkhidmatan yang cepat, mudah dan selamat apabila fungsi ini dilancarkan kelak.
Sumber:The New York Times
Thursday, January 24, 2019
Wanita maut di telan ular sawa.
Wanita berumur 54 tahun yang di kenali sebagai Wa Tiba ditelan seekor ular sawa sepanjang 23 kaki di sulawesi Indonesia. Kejadian yang berlaku pada jun 2018 ini menjadi tajuk utama di kebanyakan media seluruh dunia.
Media tempatan, mengatakan satu misi mencari Wa Tiba telah dilancarkan sejurus laporan kehilangan wanita tersebut di buat. Wa Tiba yang tidak kembali ke rumah selepas menjenguk kebun sayurnya dikhuatiri di telan Ular selepas penemuan seekor Ular sawa dengan perut besar kerana kekenyangan berdekatan kebun sayur Wa Tiba.
Setelah pasukan mencari dan penduduk membelah perut ular sawa tersebut, mereka mendapati mayat wanita yang dicari berada dalam perut ular dengan keadaan cukup anggota badan serta masih lengkap berpakaian.
Berikut adalah link kepada video ketika mereka membelah perut ular tersebut.
2) https://www.youtube.com/watch?v=t9WaFLvLSRg
Amaran.!!
Video mengadungi unsur yang mengerikan. Tidak sesui untuk kanak-kanak dan yang lemah semangat.
Bayi lahir bulan januari dan febuari cenderung menjadi seorang yang berjaya.
Menurut satu kajian bayi yang lahir pada bulan januari dan febuari cenderung menjadi kaya dan terkenal. Bayi yang memiliki zodiak aquarius kebanyakannya berjaya mengecapi cita-cita mereka bila dewasa kelak. Jurnal of social sciences juga mendapati sebahagian besar bintang Hollywood lahir pada bulan januari dan febuari.
Untuk menjalankan kajian hubung kait diantara kerjaya dan bulan kelahiran para pengkaji meneliti pelbagai jenis kerjaya seperti ahli politik, saintis, penulis, ahli sukan, penyanyi, pelakon dan selebriti dahulu dan sekarang.
Kajian itu mendapati kebanyakannya mempunyai zodiak Aquarius.
Menurut horoscope.com mereka yang memiliki zodiak Aquarius adalah seorang yang bertenaga, mempunyai imiginasi tinggi dan suka berdikari. Jika dilihat, ciri-ciri ini adalah sesuai untuk kerjaya yang memerlukan kreativiti yang tinggi.
Antara selebriti yang memiliki zodiak Aquarius adalah Jennifer Aniston, Oprah winfrey dan Cristiano Ronaldo.
Terdapat juga kajian lain yang menyokong statistik ini. Di UK sekumpulan pengkaji dari UK Office of National Statistic menganalisis 19 kerjaya berbeza untuk melihat hubung kait di antara bulan kelahiran dengan kerjaya.
Kumpulan pengkaji tersebut mendapati mereka yang lahir di bulan januari cenderung kepada kerja seperti doktor dan ceo, manakala mereka yang lahir bulan febuari cenderung kepada kerjaya sebagai artis.
Walau bagai mana pun, kajian ini cuma lah satu statistik semata mata. Tidak bermakan mereka yang lahir di bulan yang lain tidak mempunyai masa depan. Tidak juga bererti bayi yang lahir bulan januari dan febuari dijamin berjaya dalam hidup. Semua itu bergantung kepada usaha, doa dan rezeki.
Sumber: Mirror.co.uk
Like dan follow facebook kami;
https://www.facebook.com/kolopia/
Wednesday, January 23, 2019
Maut terlebih makan durian
Seorang lelaki maut di Curug , Tangerang dipercayai akibat terlebih memakan durian.
Ketua unit siasatan jenayah Tangerang selatan, Alexander Yuriko berkata lelaki yang dikenali sebagai Adie berumur 53 tahun mempunyai tekanan darah timggi dan disahkan memakan buah durian dalam kuantiti yang banyak sebelum meninggal dunia.
Alexander juga memberitahu kompas.com bahawa akibat pemakanan yang tidk terkawal saluran darah mangsa pecah dan hidung turut berdarah.
The Jakarta Post melaporkan mangsa ditemui di dalam minivan oleh rakan-rakannya. Mangsa bekerja sebagai pemandu minivan tersebut.
Daripada hasil siasatan mangsa tidak mempunyai sebarang tanda penderaan fizikal. Ahli keluarga dan saksi mengakui mangsa mempunyai tekanan darah tinggi.
Keluarga menolak agar mangsa dibedah siasat lalu dibawa ke kediaman keluarganya dan dikebumikan di kampung halamannya di Ciamis, Jawa Barat.
Sumber: Harian metro
Follow facebook page kami: https://www.facebook.com/kolopia/
Tuesday, January 22, 2019
Lagu berpuaka, Ramai yang bunuh diri kerana lagu ini.
Jika iman tidak kuat, jangan dengar lagu ini!!
Lagu yang bertajuk Gloomy sunday atau juga di kenali sebagai
Hungarian suicide song telah dikaitkan dengan beberapa kes bunuh diri dipercayai selepas mendengar lagu gloomy sunday.
Lagu ini pernah di haramkan di beberapa buah negara berikutan kes ini. Lagu ini dicipta oleh Rezso Seress seorang lelaki berasal dari Hungari dan diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1933. Kemudian lagu ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.
Pada awalnya lagu asal ini tidak berapa memdapat sambutan namun 2 tahun kemudian Lagu ini diterbitkan semula oleh
Pál Kálmar yang kemudiannya membawa kepada banyak kes membunuh diri terutama di kalangan remaja.
Lagu ini juga semakin bertambah misterinya apabila penulis asal lagu ini Rozse Serees, juga membunuh diri pada 1968. Dia terjun dari sebuah apartmemt di Budapest.
Rozse juga menulis sebuah nota sebelum membunuh diri. Nota itu bertulis;
“I stand in the midst of this deadly success as an accused man. This fatal fame hurts me. I cried all of the disappointments of my heart into this song, and it seems that others with feelings like mine have found their own hurt in it.”
Lirik lagu gloomy sunday;
Gloomy is Sunday,
with shadows I spend it all
My heart and I have decided
to end it all
Soon there'll be candles and
prayers that are sad, I know
Let them not weep,
let them know that I’m glad to go
Death is no dream,
for in death I'm caressing you
With the last breath of my soul
I'll be blessing you.
Berikut adalah antara link untuk lagu ini;
https://www.youtube.com/watch?v=55FP1LfkkVQ
Untuk pelbagai cerita menarik follow kami di facbook.
https://www.facebook.com/kolopia/
Monday, January 21, 2019
Lelaki bunuh diri sambil bersiaran live.
22 januari 2019, Jambatan kedua pulau pinang.
Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.
Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu.
“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.
"Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.
“Kami tiba lebih kurag 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.
Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.
Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu.
"Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.
“Kami tiba lebih kurag 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.
Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.
Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.
Mangsa seterusnya dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang.

Sumber: Astro awani
Saturday, January 19, 2019
Batu keramat sipitang.
Di jalan Beaufort-sipitang, bagi mereka yang pertama kali atau pun jarang-jarang melalui jalan ini pasti merasa hairan apabila melihat pondok dan jejambat berbumbung yang terletak di tepi jalan berhampiran kampung Inuman.
Sebenarnya jejambat dan pondok ini terletaknya satu batu yang boleh di panggil "batu keramat" kerana ia menjadi tempat untuk penggemar nombor ekor untuk meminta nombor. Menurut penduduk sekitar ramai yang akan datang berkunjung ke tempat ini ketika malam jumaat dan juga sehari sebelum cabutan nombor ekor.
Menurut seorang penduduk sekitar(namanya enggan di dedahkan), batu ini mula menampakkan keajaibannya ketika pembinaan jalanraya Beaufort-sipitang. Ketika membina jalan ini kontraktor memindahkan batu ini kerana berada di atas pelan laluan jalanraya. Namun begitu keesokan harinya batu tersebut kembali ke tempat asal. Pada mulanya kontraktor tersebut menggap ia dilakukan oleh orang yang cuba mempermainkan pekerjanya. Setelah beberapa kali dipindahkan batu tersebut tetap juga kembali ke tempat asal. Pekerja pembinaan jalanraya mula berang kemudian membuang batu itu jauh dari tempat itu. Namum pekerja pembinaan jalanraya sangat terkejut kerana keesokan harinya batu itu kembali lagi di tempatnya. Pekerja pembinaan selepas itu menganggap batu tersebut bukan sembarang batu. Akhirnya pihak kontraktor mengambil keputusan untuk melencongkan jalan untuk mengelak batu keramat itu.
Setelah peristiwa itu tular dari mulut ke mulut, maka datang seorang lelaki cina meminta nombor dari batu itu. Lelaki cina itu memenangi nombor lottery yang besar dan dia mendakwa nombor yang menang itu di beri oleh penunggu batu keramat tersebut. Lelaki itu kemudian membuat pondok untuk batu tersebut dan mengecat batu itu dengan warna kuning. Setelah cerita lelaki cina itu tersebar maka batu keramat itu mula dikunjungi oleh ramai penggemar nombor ekor sehingga kini.
Sumber: wartasipitang.blogspot.com |

Tempat ini benar-benar wujud dan sememangnya menjadi kunjungan kepada mereka yang suka mencari nombor ekor bertuah. Namun cerita di sebalik batu ini tidak dapat disahkan benar memandangkan ia cuma cerita dari mulut ke mulut. Begitu juga tentang kesaktian batu ini kita tidak mampu menunjukan kebenarannya kerana hanya kita dengar melalui cerita mulut ke mulut.
Untuk makluman, penulis tidak menggalakan pembaca untuk meminta nombor dari batu keramat ini. Sekiranya pembaca berhajat untuk berkunjung ke tempat ini dan meminta nombor, segala risiko tanggung jawab sendiri. Tulisan ini hanya untuk info dan hiburan sahaja.
Rakan yang menceritakan batu keramat ini kepada penulis pernah berpesan "kalau mahu datang, mesti tahu cara meminta"
Dan ada juga rakan berpesan "judi itu haram, memuja batu itu dosa besar"
Tapi penulis berpesan "segala pendapat dan tindakan haruslah menurut kepercayaan dan agama sendiri"
--TAMAT--
sila like facebook page kolopia untuk pelbagai info dan cerita menarik;https://www.facebook.com/kolopia/
Friday, January 18, 2019
Hantu parking lot
Sedar tak sedar saya sudah masuk 3 bulan kerja sebagai pengawal keselamatan di sini. Walau pun sekadar pengawal keselamatan tapi tugas saya agak mencabar kerana menjaga salah satu pusat membeli belah yang terkenal. Kalau kerja shift siang macam macam kes kena tangani. Kes mencuri, ada yang bergaduh, jaga lalu lintas kawasan parking dan kadang-kadang terpaksa menegur orang yang merokok di kawasan larangan. Kalau kena shift malam pula tidak boleh terlelap sedikit pun sebab seorang kena jaga sampai 3 tingkat mesti ronda ikut masa sebab takut ada pencuri. Tapi apa pun kena tahan hati juga untuk meringankan beban keluarga.
Saya masih ingat lagi waktu saya kena temudaga.
"Kau ok kah kalau kerja shift malam?" Ketua pengawal bertanya.
"Boleh tuan" saya menjawab dengan nada yakin.
"Kau takut hantu kah?" Dia bertanya dengan mata tajam tapi di tambah dengan senyuman sinis.
"Tidak tau tuan, saya belum pernah nampak hantu?" Sambil saya ketawa kecil.
Ketua pengawal itu membetulkan kerusinya kemudian duduk dengan tegak sambil memandang tepat ke arah saya dan bertanya,
"Kalau saya suruh kau jaga 3 tingkat kawasan parking bangunan ini waktu malam.... seorang diri kau sanggup kah?"
"Sanggup tuan!!!"
Saya jawab dengan yakin saja sebab sebelum saya mohon kerja di sana saya sudah maklum sebagai pengawal keselamatan ada kala kerja waktu siang dan ada kala kerja waktu malam. Soal hantu saya tidak berapa fikirkan sebab saya orang kampung biasa jalan-jalan di hutan seorang diri waktu malam. Jadi dalam fikiran saya ini bandar, terang menderang sepanjang malam dan sentiasa ada orang berjalan, apa juga yang menakutkan?.
Bermula dari temu duga itu saya di beri arahan untuk bekerja shift siang, sehingga lah 3 bulan kemudian saya di panggil ke pejabat pengurusan bangunan.
Bos besar pihak pengurusan pusat membeli belah sudah sedia menunggu saya dalam pejabat. Sambil memegang sehelai kertas dia merenung dan tersenyum.
"Esok kau cuti, lusa kau turun shift malam boleh kah?"
Saya yang sedikit gugup sebab berhadapan dengan bos menjawab ringkas.
"Ya bos, boleh bos"
"Bagus, kau akan saya tugaskan sebagai incharge bahagian parking waktu malam. Kau akan ada 2 orang anggota dan setiap anggota meronda 3 tingkat parking mengikut masa yang di tetapkan. Tugas kamu adalah menyelia 2 anggota ini. Sekiranya ada anggota yang ingin ke tandas, mahu ambil rehat atau apa-apa alasan untuk meninggalkan kawasan jagaan kau kena ambil alih tempat mereka. Faham?"
Saya pun angguk sambil menjawab,
"Faham bos"
Tapi dalam hati saya
"Cepat juga saya jadi incharge. Harap-harap 2 anggota saya tu ok"
Setelah sehari bercuti saya kembali kerja dengan jadual yang agak berbeza. Kali ini saya masuk kerja jam 9 malam dan akan balik pada pukul 7 pagi. Saya lapor diri dengan ketua shift malam kemudian ketua shift malam memperkenalkan saya kepada 2 anggota yang akan berada di bawah seliaan saya.
"Ini Rajik, dia ni sudah 6 tahun kerja di sini. Dari start dia masuk sampai sekarang tidak pernah tukar posisi. Sentiasa jaga tingkat 1,2 dan 3 parking waktu malam."
Dari pengamatan saya Rajik mungkin dalam usia 40an. Tubuh gempal, rendah sedikit berbanding saya, berkulit cerah dan mata bulat. Orangnya kelihatan kurang bercakap dan mungkin pemalu. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam sambil tersenyum.
"Ini Badur, mau dekat 9 tahun sudah dia kerja sini. Macam-macam sudah pengalaman dia ni. Dia ni semua lokasi dan shift dia sudah try. Kalau jaga parking 4,5,6 waktu malam mau dekat setahun sudah dia ni. Nanti badur akan bawa kau tengok kunci jam shift malam sebab tidak sama dengan kunci jam waktu siang"
Kunci jam bermaksud kunci yang diletakan di pelbagai lokasi kawasan rondaan pengawal. Pengawal akan diberi satu jam yang perlu di kunci mengikut masa tertentu untuk menjadi bukti bahawa pengawal tersebut membuat rondaan di kawasan yang diletakkan kunci.
Badur seperti orang yang mesra dan mudah di bawa bercakap. Orangnya kurus, bermisai nipis dan umur lingkungan 30an.
Nampak cergas bertenaga dan periang orangnya.
"Bah mari, kita round kawasan kita" sambil badur menepuk nepuk bahu saya.
Saya rasa selesa dengan rakan kerja saya yang baru. Badur membawa saya melihat kawasan rondaan bermula dari tingkat 1.
"Kau biasa juga bah kan jaga parking waktu siang" Badur cuba memulakan cerita.
"Biasa juga, cuma waktu siang semua tingkat ada pengawal"
"Ya, kalau malam kita tiga saja. Rajik stand by tingkat 2 saya stand by tingkat 5 dan kau akan stand by di tempat kami kalau kami meronda sudah."
Badur banyak bercerita tentang pengalaman dia semasa mengawal waktu malam sambil menunjukan lokasi kunci jam.
"Bagus juga kalau shift malam ni bro, jarang bos besar datang. Cuma saya dengan Rajik saja paling lama bertahan shift malam. Yang lain tukar tukar saja."
Saya pun mula rasa sangsi
"Aik,, kenapa juga tukar tukar. Ada masalah kah?"
"Entah lah bro. Macam macam alasan diorang. Ada hantu kacau lah, mimpi buruk lah, macam-macam lah bah. Kalau sudah malas kerja ni alasan yang tidak lojik pun pandai keluar"
Sambil saya ketawa kecil
"Ya lah. Betul juga"
Sambil kami naik tangga untuk ke tingkat terakhir iaitu tingkat 6 saya tanya dengan Badur
"Dur selama kau di sini kau tidak pernah rasa lain-lain kah, macam kena kacau benda yang pelik?"
Badur tersenyum sambil menoleh ke arah saya. Tapi yang peliknya Sejurus dia menoleh ke arah saya dia terhenti berjalan dan senyumannya hilang. Mata dia merenung ke arah saya tanpa berkelip dan muka macam pucat.
"Ah, Badur.. kenapa kau ni?"
Dia masih lagi kaku merenung saya. Dalam hati saya
"Saya salah tanya kah ni?"
Saya mula rasa pelik dan sedikit risau. Saya tepuk bahu Badur yang masih merenung ke arah saya
"Badur!!! Kenapa kau ni. Kau mau kasi takut saya kah ni"
Badur undur satu langkah perlahan lahan dia tutup mata sambil hembus nafas panjang kemudian tunduk dan meneruskan perjalanan. Saya yang tidak berpuas hati dengan kelakuan dia terus bertanya
"Woii Badur!!! Kenapa kau. Saya silap tanya kah?"
Dia terus berjalan tanpa menoleh sambil menjawab
"Kalau kita anggap semua yang kita lihat itu kawan, tiada masalah. Semua pasti ok"
Saya berlari lari anak mengejar dia kemudian menahan bahunya.
"Kenapa kau tiba-tiba begini Badur. Kau sengaja kasi takut saya kah. Kalau begini kau layan orang baru, siapa pun tidak tahan oh."
Dia kemudian menolah ke arah saya, kemudian senyum
"Tiada apa apa bah, kan saya bilang kita anggap saja apa yang kita nampak itu kawan ok sudah tu"
Badur kini agak muram berbanding tadi. Di tingkat 6 dia sedikit pelik dan kurang bercakap. Dia hanya menunjukan lokasi kunci kemudian berkata,
"Bah, kau pigi lah tempat si Rajik. Dia mau start meronda sudah tu. Lepas Si Rajik habis meronda nanti saya panggil untuk tukar tempat stand by saya."
Saya pun tidak banyak cakap sudah sebab macam lain perasaan saya Badur tiba tiba bermasam muka. Saya terus ke tempat Rajik stand by. Apabila saya tiba di tempat Rajik dia terus berdiri dari kerusi bersiap-siap buat rondaan. Sambil tersenyum Rajik berkata,
"Bah, saya kunci jam dulu"
Dalam beberapa langkah Rajik pergi saya panggil dia.
"Rajik"
"Ya bro"
"Si Badur bah, time kami bercerita tadi tiba-tiba dia macam lain-lain ni. Macam muram masam saja muka dia. Dia memang begitu kah tu?
Bila saya tanya begitu air muka si Rajik pun macam berubah kemudian bertanya,
"Ngam-ngam di tingkat 6 kah dia jadi muram?"
"Ya Rajik, di tingkat 6. Macam mana kau tau?"
Si Rajik terdiam sekejap dia alihkan pandangan dia ke arah lain kemudian tunduk. Dia tarik nafas kemudian menoleh ke arah saya kembali,
"Kau relak saja bro, tiada apa-apa juga tu. Mangkali dia penat bah tu. Lama sudah dia tidak cuti tiada orang ganti. Bah saya meronda dulu."
Rajik terus berpaling dan meneruskan rondaan. Saya masih berdiri terpaku berfikir apa yang tidak kena.
"Macam mana si Rajik tahu Badur berperangai pelik di tingkat 6. Jangan-jangan ada something wrong dengan tingkat 6 ni"
Dalam hati saya.
Saya kemudian duduk di tempat Rajik stand by. Jam lebih kurang 10 malam. Kereta yang parking pun tidak banyak tapi masih ada orang yang berlegar-legar di kawasan parking. Ada juga pengunjung yang baru sampai. Mungkin diorang mahu tengok wayang. Saya duduk sambil memikirkan perangai pelik 2 anggota saya.
Lebih kurang 30 minit kemudian dari jauh saya nampak Rajik berjalan menuju ke arah saya.
"Siap sudah dia meronda mangkali ni"
Dalam hati saya.
Apabila Rajik sampai tempat saya dia terus cakap
"Cuba kau tanya Badur. Mungkin dia pun mahu kunci jam sudah tu"
Saya pun mencapai walkie talkie,
"Badur, calling Badur"
"Yaaaa.. masuk"
Badur menjawab dengan nada bergurau. Dalam hati saya
"Aik!! Ok sudah lah mood dia ni"
Saya pun tanya Badur lagi,
"Kau mau kunci jam sudah kah"
"Ya bro... kalau kau sudi datang tempat saya, saya akan jalankan rondaan hehehehe"
Badur menjawab dengan nada bergurau.
Saya pun bergegas ke tingkat 5. Apabila saya sampai di tempat Badur dia menyambut dengan senyuman.
"Bro jangan kau ambil hati saya tiba-tiba masam muka tadi arrr. Penat bah naik tangga sampai tingkat 6"
"Ok bah"
Walau pun alasan dia kurang memuaskan saya kasi ok saja. Saya malas sudah memikirkan perangai pelik diorang.
Di tingkat 5 kereta agak sunyi sedikit kalau sudah jam 11. Hanya ada beberapa kereta, itu pun kereta yang parking untuk satu malam. Orang pun tiada yang lalu lalang sudah. Semua pengunjung yang mahu menonton wayang parking di tingkat 1 dan 2 sebab dekat dengan pondok bayar tiket parking dan dekat dengan gate keluar. Saya yang merasa boring menunggu Badur siap meronda, mula membelek belek buku laporan pengawal yang ada atas meja Badur. Dalam buku laporan itu seminggu lalu ada pengawal bernama Alan menulis laporan rondaan. Tapi yang peliknya dia hanya membuat laporan sehari sahaja.
"Sudah berhenti barangkali"
bisik hati saya, sebab tiada pula nama Alan kena transfer ke shift siang.
Sedang saya asyik membaca buku laporan tiba-tiba wakie talkie saya berbunyi dengan suara yang tidak jelas dan putus putus.
"Khizzzz!!! Khizzz!!!" bunyi walkie talkie saya.
Saya pun mencapai walkie talkie saya
"Badur calling Badur"
Namun masih sama bunyi yang tidak jelas berserta bunyi "khizzz!!" Seperti radio yang tiada siaran. Saya cuba sekali lagi
"Calling Rajik"
Masih lagi bunyi yang tidak jelas suara terputus putus yang keluar dari walkie talkie saya. Perasan risau mula melanda takut kalau ada apa-apa kes kecemasan berlaku. Saya mula berdiri kemudian berjalan mundar mandir sambil terus cuba menghubungi Badur dan Rajik tapi bunyi walkie talkie masih sama.
"Khizzzz!!! Khizzz!!!!" Itu saja bunyi yang keluar. Saya cuba meninjau sekeliling tingkat 5 kalau-kalau ada kelibat Badur namun tiada. Ketika saya berfikir tindakan apa yang perlu saya ambil dengan tiba-tiba walki talkie berbunyi
"Khizzz!!! Tingkat 6 khizzz!!!!#&@^@ tingkat"
Tanpa berlengah saya terus bergegas ke tingkat 6. Ketika saya berlari menaiki tangga suara dalam walkie talkie semakin jelas
"Tingkat 6, tingkat 6, tingkat 6"
Saya sangat risau ada kes terjadi lantas terus berlari sekuat hati menuju ke tingkat 6. Apabila tiba di tingkat 6 saya terus berteriak memanggil Badur namun hanya gema suara saya saja kedengaran. Kawasan parking tingkat 6 kosong tanpa sebiji kereta pun. Saya terus berlari di sekeliling tingkat 6 mencari Badur sambil memanggil namanya. Pada waktu itu walkie talkie saya berhenti berbunyi sudah. Saya cuba menghubungi Badur.
"Badur calling Badur"
Tapi tiada respon.
"Rajik calling Rajik"
Pun sama juga tiada jawapan.
Saya pun terhenti seketika sambil melihat sekeliling untuk mencari badur. Ketika saya cuba menghubungi mereka sekali lagi tiba-tiba saya terdengar suara perempuan menangis. Suara tangisan itu kedengaran sangat kuat sehingga bergema seluruh tingkat 6 dengan tangisannya. Saya cuba mencari dari arah mana suara menangis itu. Kemudian saya ternampak seorang perempuan berdiri di tepi kawasan parking menghadap ke luar. Jarak saya dengan perempuan itu lebih kurang 30 meter. Saya terus menuju ke arah perempuan itu
"Miss hello miss, kamu ok kah"
Semakin saya dekat semakin kuat suara dia menangis. Sebelum saya sempat sampai ke tempat perempuan itu dengan tiba-tiba dia melompat terjun ke bawah.
"JANGAN!!!!!!!"
Itu saja yang mampu keluar dari mulut saya yang tidak sempat menghalang dia. Saya berlari menuju ke tepi kawasan parking untuk melihat ke bawah. Saya sangat terkejut apabila melihat tiada siapa-siapa dia bawah.
"Mana dia pigi"
Saya terus berundur ke belakang sehingga terduduk. Seluruh badan saya terasa kembang dan bulu roma pun naik. Lutut terasa lemah dan jantung berdegup kencang. Belum sempat saya berdiri tiba-tiba saya terdengar suara dari atas siling
"~~~aabaaannggg~~~hehehe~~"
Apabila saya mendongak saya ternampak perempuan dengan kakinya melekat di siling, kepalanya ke bawah sambil rambut panjangnya berjuntai hampir mengenai muka saya. Muka perempuan itu sangat jelas dengan kulit pucat dan mata terbeliak besar merenung ke arah saya sambil tersenyum memanggil
"~~~aaabaaanggg~~~"
Saya terus berlari sekuat hati sambil berteriak
"Arrrrrggggghhh Badurrr toolooongg!!!!!"
Saya terus menuju ke tangga untuk ke tingkat 5. Saya bukan lagi berlari biasa turun anak tangga tapi melompat lompat kerana ketakutan. Ketika saya keluar dari tangga untuk ke tingkat 5 tiba-tiba pintu tangga tidak dapat dibuka. Saya menarik sekuat hati sambil menumbuk pintu dan memanggil minta tolong tapi pintu tidak terbuka dan tiada orang yang datang menolong. Ketika saya bertungkus lumus membuka pintu dari atas kedengaran suara tangisan perempuan tadi
"~~~~abang~~~jangan tinggalkan saya~~~huhuhu"
Selepas terdengar begitu saya berhenti membuka pintu keluar ke tingkat 5 dan terus berlari turun ke tingkat 2. Ketika saya berlari turun sekuat hati tiba-tiba kaki saya menjadi berat dan seolah olah ada benda berat di belakang saya. Saya cuba berteriak tapi suara saya tidak dapat keluar. Benda di belakang saya terasa panas. Saya terus menutup mata dan menangis ketakutan. Ketika saya cuba sedaya upaya untuk bergerak terasa seperti ada rambut terkena di tengkuk saya. Mata saya terus tutup sekuatnya sebab saya tahu dia di belakang saya sudah. Selepas itu saya terasa seperti ada hembusan nafas di telinga saya berserta bau haruman kemudian ada bisikan perempuan
"~~~kita kahwin ya bang~~~"
Disambung dengan ketawa megilai betul-betul dekat telinga saya. Selepas itu bunyi "nggiiiiitttt" nyaring di telinga saya dan saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. Saya jatuh pengsan.
Selepas saya sedar saya di luar bangunan sudah berbaring di atas troli ambulan. Saya nampak cahaya ambulan berkelip kelip. Rajik dan Badur bersama beberapa nurse menyorong saya ke arah ambulan.
"Nah sedar sudah dia" kata Badur
"Ya, ya. Biar dia berehat dulu" kata nurse itu sambil terus menyorong saya ke arah ambulan. Selepas mendengar kata nurse begitu Badur dan Rajik berhenti mengekori. Saya hanya mampu merenung mereka sambil di usung masuk ke dalam ambulan. Terasa banyak yang ingin saya tanya kepada mereka tapi kepala saya terasa sakit dan pening. Ketika saya memandang Badur dan Rajik dari jauh kelihatan seorang perempuan berdiri di tengah-tengah. Terasa seperti mereka bertiga merenung tajam ke arah saya kemudian Badur,Rajik dan perempuan itu mengukir satu senyuman seram. Saya cepat-cepat tutup mata. Saya tidak membuka mata sehingga saya terdengar pintu ambulan itu di tutup.
Berikutan kejadian itu saya berada di wad hospital lebih kurang seminggu. Kepala saya luka dan menerima 9 jahitan. Tangan kiri patah dan ada tulang rusuk sebelah kiri yang patah. Ramai kawan dan saudara yang datang melawat. Sudah tentu soalan pertama mereka
"Apa yang terjadi"
Saya hanya jawab saya tergelincir di tangga. Ada beberapa rakan sekerja termasuk ketua pengawal datang melawat namun Badur dan Rajik tidak muncul. Saya memberitahu ketua pengawal bahawa saya tidak akan kembali bekerja lagi. Selepas keluar dari hospital saya terus balik kampung dan tidak akan menjejakkan kaki ke tempat itu lagi.
-------------------------------------TAMAT------------------------------------------
Note: cerita ini hanya rekaan untuk tujuan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa sama ada masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.
Untuk update cerita seram, cerita menarik dan info semasa sila like facebook page kolopia
https://www.facebook.com/kolopia/
Saturday, January 5, 2019
Episode 2 Misteri menjelang New Year di Pekan Nabalu
Saya cuba tengok itu jalan macam saya mahu dekat sudah itu pekan Nabalu. Saya kuatkan semangat penakut saya untuk tabah sehingga sampai pekan nabalu. Saya punya rancangan berhenti dekat restoran tepi jalan yang selalu buka waktu malam.
Sampai saja di pekan Nabalu, belum sempat saya bagi signal berhenti tiba-tiba itu ambulan kasi bunyi siren dia. Sikit lagi saya eksiden terkejut beruk. Lepas saja dia bagi siren terus dia memotong dan memecut. Punya panas hati saya.
"#&$€#*@×$&!!!!!! Turun lah kalau berani!!! Konon saya berteriak sendiri dalam kereta. Berani lah kalau itu ambulan sudah jauh di depan. Padahal tadi sikit lagi mahu tecirit ketakutan.
Selepas itu ambulan hilang dari penglihatan, saya pun parking bagus bagus di tepi jalan. Saya punya plan mahu minum kopi dulu sekejap sambil kasi tenang jiwa yang takut campur terkejut sama marah. Saya pun tidak pasti apa tujuan ambulan tu buat begitu. Sengaja kasi takut saya atau betul-betul hantu. Apa pun saya berharap tiada lagi ambulan tiba-tiba muncul.
Sebelum saya keluar mahu minum kopi saya cek lagi hand phone saya. Banyak mesej yang masuk sebab dari kampung tiada tengok hp. Cek punya cek pandai pigi tengok facebook sambil sigup sigup last last kasi lurus kerusi terus tertidur.
Saya tidak pasti berapa lama saya tertidur. Tiba-tiba saya terbangun ada bunyi anjing bergaduh. Sekali saya tengok di luar ada sekumpulan anjing bergaduh, ada yang mengonggong ada yang menyalak kesakitan bising betul.
Dalam hati saya "bah ngam lah ni, kupi2 dulu". Saya pun keluar mahu pergi restoran tepi jalan di pekan Nabalu. Restoran itu sudah lama menjadi persinggahan saya kalau jalan malam di Ranau-kk. Sambil berjalan ke arah restoran saya menikmati rokok sambil sejuk2 diselimuti kabus. Ketika saya tinggal mahu langkah masuk baru saya perasan,
"Aikk, tutup?"
"Bukan tadi macam buka kah?"
Restoran itu terang dengan lampu tapi tutup. Saya tidak dapat pastikan yang baru saya sampai itu sama ada buka atau tutup itu restoran gara-gara takut dengan itu ambulan. Bila begitu, perasaan saya macam tidak sedap hati. Walau pun saya tidak dapat pastikan yang baru saya sampai itu restoran buka atau tidak, tapi saya pasti masa saya cek hand phone, saya dengar macam suara orang ramai bercerita cerita juga. Tapi bila saya tengok sekeliling langsung tiada satu manusia pun. Terus terdetik dalam hati saya, "dari tadi saya seorang saja lah di sini".
Saya cek jam pun baru pukul 8pm, tak kan semua orang yang tinggal sini sudah tidur. Meremang terus bulu roma saya. Dengan sepantas kilat saya balik ke kereta.
Waktu saya bejalan ke arah kereta saya ternampak sesuatu yang pelik dalam kereta saya. Saya berhenti berjalan sambil memerhati apa dalam kereta. Saya yang berdiri kira-kira 5 meter di belakang kereta di bantu cahaya lampu jalan cuba melihat apa yang berada dalam kereta saya.
Selepas saya perhati betul-betul, terkejut betul saya terus saya membelakang. Saya tidak sanggup mahu tengok lebih dekat lagi apa yang berada dalam kereta saya. Bergigit rapat gigi dan macam terkunci ini kaki. Saya nampak macam kepala orang di tempat duduk belakang kereta saya. "Silaka macam kepala orang oh" dalam hati saya. Saya cuba pujuk hati saya mungkin ada barang saya letak sana menyerupai kepala namun ingatan saya tidak menyokong pujukan itu sebab saya tidak letak apa-apa barang di belakang. Saya mahu tengok kali kedua untuk kepastian tapi saya takut benda itu betul-betul hantu.
Saya terus tercegat membelakang kereta saya. Saya menggigil dengan kuat disebabkan takut dan sejuk. Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Saya mengharapkan ada orang, yang betul-betul orang jalan-jalan di kawasan itu supaya redah sikit rasa takut saya. Saya hanya mampu melihat sekawanan anjing sambil kaki saya macam terkunci.
Saya perlahan-lahan keluarkan rokok untuk meredahkan rasa takut. Belum sempat saya bakar rokok saya tiba-tiba anjing yang berada di depan saya berganti-ganti menggongong panjang "woooooooo!!!!!
Terdengar suara anjing yang menyeramkan itu saya terus panik. Terus saya bertekad memberanikan diri masuk kereta untuk jalan dari situ. Berabis saya lari menuju kereta. Rasa macam 3 langkah saja saya sampai sudah di kereta. Walau macam mana pun saya tidak tengok di belakang kereta saya. Sampai saja dalam kereta saya pegang cermin pandang belakang terus kasi patah. Saya tidak mahu tertengok secara tidak sengaja di belakang. Keras juga pula itu barang. 3-4 kali juga saya pulas baru patah. Lepas itu saya start kereta terus pecut.
Cermin kereta saya kasi turun semua sebab kalau cermin berbuka macam saya kurang sikit rasa takut. Saya memandu selaju yang saya dapat. Saya bukan lah orang yang kuat sembayang tapi kali itu sepanjang jalan saya cuma fokus tengok depan jalan raya sambil nyanyi lagu-lagu rohani dengan nada yang hampir menangis. Oleh kerana 3 buah lagu saja saya tahu kebanyakan masa saya bercakap "Tuhan tolong saya" berulang kali. Begitu lah gaya orang yang jarang sembayang. Waktu begini baru ingat Tuhan.
Bergegar seluruh badan saya membayangkan benda pelik di belakang saya. Banyak imiginasi liar saya yang menambahkan lagi ketakutan saya. Apa pun saya terus memecut selaju mungkin. Sekali sekala bertembung dengan kereta dari arah bertentangan meredahkan sedikit rasa takut.
Waktu saya masih bergegar ketakutan, dan saya tidak pasti di mana sudah saya tibab-tiba di tepi jalan sebelah kanan ada ambulan berhenti dengan semua lampunya terpasang termasuk lampu lampu kecemasannya.
"Silaka!!! Ada lagi??
Menyumpah sudah hati saya. Saya cuba sedaya upaya untuktidak menoleh ke arah ambulan. Saya rasa macam ada kelibat orang di ambulan dan kemungkinan itu ambulan biasa tapi saya tetap tidak berani untuk tengok itu ambulan. Saya limpas tu ambulan dengan hanya fokus pada satu titik iaitu jalan di depan pemanduan saya. Sejurus selepas saya telimpas itu ambulan tiba-tiba saya dengar suara perempuan teriak dari arah ambulan.
"Arrgggggghhhh!!!!
Dengan nada yang nyaring.
Saya betul-betul terkejut. Macam mahu keras seluruh badan saya. Bulu roma meremang naik sampai kepala sehingga badan rasa macam kebas. Nafas saya mula rasa sesak. Degupan jantung saya berdenyut deras dan kuat. Saya sangat rasa takut yang tidak terkata selepas terdengar jeritan suara perempuan. Saya hampir pengsan.
Namun saya tetap kuatkan semangat. Saya hanya mampu meraung untuk melepaskan rasa takut. Saya terus bernyanyi dengan lagu yang bercampur campur untuk hilangkan rasa takut. Ianya satu perjalanan yang cukup menyeksa bagi saya.
"Kenapa lambat sampai ini??
Itu lah soalan bertalu talu dalam hati saya. Dimana dan sejauh mana sudah saya berjalan saya tidak dapat pastikan sudah sebab saya hanya fokus di depan sahaja. Saya cuma pastikan kereta saya terus bergerak selaju yang saya mampu dan saya pastikan saya tidak pengsan ketakutan.
Ketika lutut saya masih bergetar, mulut saya masih menyanyi dengan tidak ketentuan, akhirnya saya melihat round about tamparuli. Terus pandai lega hati saya. Tidak tahu kenapa hati saya terus lega bila sampai sana. Mungkin suasana yang makin banyak lampu dan banyak bangunan, rumah dan kedai yang masih buka. Selepas sampai higway hati saya makin gembira. Saya terus cari stesen minyak dan berhenti disitu untuk cuci muka. Saya berehat sebelum meneruskan perjalanan. Setelah habis 2 nescafe dalam tin saya pun meneruskan perjalanan.
Waktu perjalanan saya mahu dekat kk sudah, saya langsung tidak rasa takut dan bila teringat peristiwa tadi saya tersengih sendiri. Lucu juga gelagat saya bila takut tahap melampau. Nasib baik tidak eksiden atau pengsan.
Sejak dari hari itu saya tidak lagi memandu seorang diri kalau perjalanan jauh. Walau bagai mana pun Pekan Nabalu tetap jadi persinggahan saya tidak kira sian atau malam, yang penting restoran itu BUKA!
--------------------------------------- TAMAT-------------------------------------
Terima kasih kerana membaca tulisan saya. Ini merupakan tulisan pertama saya dan akan banyak lagi yang menyusul.
Untuk update paling cepat tentang tulisan Kolopia.blogspot.com boleh like facebook page https://www.facebook.com/kolopia/
Terima kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)