Sumber: wartasipitang.blogspot.com |
Menurut seorang penduduk sekitar(namanya enggan di dedahkan), batu ini mula menampakkan keajaibannya ketika pembinaan jalanraya Beaufort-sipitang. Ketika membina jalan ini kontraktor memindahkan batu ini kerana berada di atas pelan laluan jalanraya. Namun begitu keesokan harinya batu tersebut kembali ke tempat asal. Pada mulanya kontraktor tersebut menggap ia dilakukan oleh orang yang cuba mempermainkan pekerjanya. Setelah beberapa kali dipindahkan batu tersebut tetap juga kembali ke tempat asal. Pekerja pembinaan jalanraya mula berang kemudian membuang batu itu jauh dari tempat itu. Namum pekerja pembinaan jalanraya sangat terkejut kerana keesokan harinya batu itu kembali lagi di tempatnya. Pekerja pembinaan selepas itu menganggap batu tersebut bukan sembarang batu. Akhirnya pihak kontraktor mengambil keputusan untuk melencongkan jalan untuk mengelak batu keramat itu.
Setelah peristiwa itu tular dari mulut ke mulut, maka datang seorang lelaki cina meminta nombor dari batu itu. Lelaki cina itu memenangi nombor lottery yang besar dan dia mendakwa nombor yang menang itu di beri oleh penunggu batu keramat tersebut. Lelaki itu kemudian membuat pondok untuk batu tersebut dan mengecat batu itu dengan warna kuning. Setelah cerita lelaki cina itu tersebar maka batu keramat itu mula dikunjungi oleh ramai penggemar nombor ekor sehingga kini.
Sumber: wartasipitang.blogspot.com |
Tempat ini benar-benar wujud dan sememangnya menjadi kunjungan kepada mereka yang suka mencari nombor ekor bertuah. Namun cerita di sebalik batu ini tidak dapat disahkan benar memandangkan ia cuma cerita dari mulut ke mulut. Begitu juga tentang kesaktian batu ini kita tidak mampu menunjukan kebenarannya kerana hanya kita dengar melalui cerita mulut ke mulut.
Untuk makluman, penulis tidak menggalakan pembaca untuk meminta nombor dari batu keramat ini. Sekiranya pembaca berhajat untuk berkunjung ke tempat ini dan meminta nombor, segala risiko tanggung jawab sendiri. Tulisan ini hanya untuk info dan hiburan sahaja.
Rakan yang menceritakan batu keramat ini kepada penulis pernah berpesan "kalau mahu datang, mesti tahu cara meminta"
Dan ada juga rakan berpesan "judi itu haram, memuja batu itu dosa besar"
Tapi penulis berpesan "segala pendapat dan tindakan haruslah menurut kepercayaan dan agama sendiri"
--TAMAT--
sila like facebook page kolopia untuk pelbagai info dan cerita menarik;https://www.facebook.com/kolopia/
No comments:
Post a Comment