Wednesday, January 23, 2019

Maut terlebih makan durian



Seorang lelaki maut di Curug , Tangerang dipercayai akibat terlebih memakan durian.

Ketua unit siasatan jenayah Tangerang selatan, Alexander Yuriko berkata lelaki yang dikenali sebagai Adie berumur 53 tahun mempunyai tekanan darah timggi dan disahkan memakan buah durian dalam kuantiti yang banyak sebelum meninggal dunia.

Alexander juga memberitahu kompas.com bahawa akibat pemakanan yang tidk terkawal saluran darah mangsa pecah dan hidung turut berdarah.

The Jakarta Post melaporkan mangsa ditemui di dalam minivan oleh rakan-rakannya. Mangsa bekerja sebagai pemandu minivan tersebut.

Daripada hasil siasatan mangsa tidak mempunyai sebarang tanda penderaan fizikal. Ahli keluarga dan saksi mengakui mangsa mempunyai tekanan darah tinggi.

Keluarga menolak agar mangsa dibedah siasat lalu dibawa ke kediaman keluarganya dan dikebumikan di kampung halamannya di Ciamis, Jawa Barat.

Sumber: Harian metro

Follow facebook page kami: https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment