Tuesday, January 29, 2019

Batu bergerak sendiri.




Fenomena ini terjadi di Racetrack Playa, Death Valley National Park, California. Di sini terdapat batu yang kelihatan seolah olah bergerak sendiri kerana mempunyi garisan di sepanjang kawasan seperti bekas laluan batu itu sendiri.

Pelbagai penjelasan diberi, ada yang mengaitkan pergerakan batu ini  dengan alien, medan magnetic dan juga ada yang mengatakan itu cuma lah perlakuan lawak jenaka.

Seorang Renjer bernama Alan berkata "kawasan itu sangat sunyi, semakin lama anda berada di Racetrack Playa semakin terasa tempat itu seperti diselubungi misteri."


Menurut kepercayan kuno salah satu suku Red Indian, batu ini adalah batu yang hidup. Batu ini bukan sahaja mampu bergerak tetapi mampu berkomunikasi antara satu sama lain dan juga manusia yang mempunyai kebolehan. Suku kaum itu juga memberi amaran untuk tidak menggangu kawasan tersebut serta batu-batu yang terdapat di kawasan gersang itu.

Walau bagai mana pun, saintis berpendapat inya cuma fenomena alam yang boleh dijelaskan. Batu-batu yang bergerak ini dibantu oleh tolakan angin dan juga sedikit air.


Apa pun penjelasan, yang pasti batu ini bergerak secara perlahan dan terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia. Sekiranya anda berkemampuan , anda boleh mengunjungi tempat ini kerana ia merupakan tumpuan pelancong.

Like facebook page kami;
https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment