Thursday, January 24, 2019

Wanita maut di telan ular sawa.



Wanita berumur 54 tahun yang di kenali sebagai Wa Tiba ditelan seekor ular sawa sepanjang 23 kaki di sulawesi Indonesia. Kejadian yang berlaku pada jun 2018 ini menjadi tajuk utama di kebanyakan media seluruh dunia.

Media tempatan, mengatakan satu misi mencari Wa Tiba telah dilancarkan sejurus laporan kehilangan wanita tersebut di buat. Wa Tiba yang tidak kembali ke rumah selepas menjenguk kebun sayurnya dikhuatiri di telan Ular selepas penemuan seekor Ular sawa dengan perut besar kerana kekenyangan berdekatan kebun sayur Wa Tiba.

Setelah pasukan mencari dan penduduk membelah perut ular sawa tersebut, mereka mendapati mayat wanita yang dicari berada dalam perut ular dengan keadaan cukup anggota badan serta masih lengkap berpakaian.

Berikut adalah link kepada video ketika mereka membelah perut ular tersebut.
1) https://youtu.be/wcg7Dyid9fQ
2)  https://www.youtube.com/watch?v=t9WaFLvLSRg

Amaran.!!
Video mengadungi unsur yang mengerikan. Tidak sesui untuk kanak-kanak dan yang lemah semangat.


No comments:

Post a Comment