Thursday, January 24, 2019

Bayi lahir bulan januari dan febuari cenderung menjadi seorang yang berjaya.


Menurut satu kajian bayi yang lahir pada bulan januari dan febuari cenderung menjadi kaya dan terkenal. Bayi yang memiliki zodiak aquarius kebanyakannya berjaya mengecapi cita-cita mereka bila dewasa kelak. Jurnal of social sciences juga mendapati sebahagian besar bintang Hollywood lahir pada bulan januari dan febuari.

Untuk menjalankan kajian hubung kait diantara kerjaya dan bulan kelahiran para pengkaji meneliti pelbagai jenis kerjaya seperti ahli politik, saintis, penulis, ahli sukan, penyanyi, pelakon dan selebriti dahulu dan sekarang.

Kajian itu mendapati kebanyakannya mempunyai zodiak Aquarius.

Menurut horoscope.com mereka yang memiliki zodiak Aquarius adalah seorang yang bertenaga, mempunyai imiginasi tinggi dan suka berdikari. Jika dilihat, ciri-ciri ini adalah sesuai untuk kerjaya yang memerlukan kreativiti yang tinggi.

Antara selebriti yang memiliki zodiak Aquarius adalah Jennifer Aniston, Oprah winfrey dan Cristiano Ronaldo.

Terdapat juga kajian lain yang menyokong statistik ini. Di UK sekumpulan pengkaji dari UK Office of National Statistic menganalisis 19 kerjaya berbeza untuk melihat hubung kait di antara bulan kelahiran dengan kerjaya.

Kumpulan pengkaji tersebut mendapati mereka yang lahir di bulan januari cenderung kepada kerja seperti doktor dan ceo, manakala mereka yang lahir bulan febuari cenderung kepada kerjaya sebagai artis.

Walau bagai mana pun, kajian ini cuma lah satu statistik semata mata. Tidak bermakan mereka yang lahir di bulan yang lain tidak mempunyai masa depan. Tidak juga bererti bayi yang lahir bulan januari dan febuari dijamin berjaya dalam hidup. Semua itu bergantung kepada usaha, doa dan rezeki.

Sumber: Mirror.co.uk

Like dan follow facebook kami;
https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment