Wednesday, January 30, 2019

Pelajar meninggal dalam tidur kerana memakan lebihan pasta. Ketahui kenapa?


Kadang kala ada diantara kita memakan lebihan makanan yang sudah semalaman atau lebih dengan alasan makanan masih belum basi. Sekiranya anda ada kebiasaan seperti itu anda dinasihatkan supaya menyimpan lebihan makanan itu ke dalam peti ais. Seorang pemuda kehilangan nyawa akibat memakan lebihan makanan yang tidak disimpan dalam peti ais.

Kes di mana pelajar berusia 20 tahun berasal dari Belgium ini sebenarnya beelaku pada 2008. Tetapi baru-baru ini Dr.Bernard memuat naik vedio berkenaan kes ini kemudian menjadi viral.

Kronologi kes itu ialah:
Selepas kembali dari sekolah, lelaki yang Dikenali sebagai AJ memanaskan lebihan pasta semalam di dalam microwave. Aj memakan pasta itu kemudian keluar bermain bola bersama rakannya. 1 jam setengah, selepas dia kembali dari bermain bola AJ mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah-muntah.
Selepas muntah beberapa kali, Aj kemudiannya tidur kerana menganggap sakitnya itu hanya keracunan makanan biasa. Malangnya, keesokan pagi ibu bapa Aj mendapati anak mereka itu sudah tidak bernyawa.

Aj disahkan mengalami keracunan makanan yang serius. Dia dijangkiti spore-forming becteria yang di panggil bacillus cereus dipercayai terdapat dalam pasta yang dipanaskannya.

Belgium National Reference Laboratory of foodbrone mengkaji sample pasta dan sos tomato yang dimakan pemuda itu dan mendapati toksik daripada kesemua bakteria yang terdapat dalam sample makanan itu cukup untuk mengagalkan fungsi hatinya sekaligus meragut nyawanya.

Berikutan kes ini anda dinasihatkan untuk menyimpan lebihan makanan ke dalam peti ais sekiranya bercadang untuk memakan lebihan tersebut. AJ mungkin terselamat sekiranya melakukan sedemikian. Lebih baik berjaga jaga daripada menyesal kemudian hari.

Sumber: https://www.health.com/food/student-dies-after-eating-leftover-pasta-in-rare-food-poisoning-case?amp=true

Video Dr.Bernard https://youtu.be/5ujTYLV2Qo4

Like facebook page kami:https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment