Monday, January 28, 2019

Facebook, Whatsapp dan Instagram akan disatukan. Apakah maksud sebenarnya?



Baru-baru ini The New York Times menulis bahawa CEO Facebook Mark Zuckerberg mempunyai perancangan untuk mengabungkan perkhidmatan pesanan Whatsapp, instagram dan juga facebook.

Melalui penggabungan ini ketiga-tiga aplikasi saling terhubung di antra satu sama lain. Dengan itu para pengguna Whatsapp boleh mengirim pesanan secara terus ke facebook messenger atau instagram tanpa perlu memuat turun aplikasi facebook atau pun instagram. Dan begitu juga sebalik nya.

Walau bagai mana pun ketiga tiga aplikasi ini masih bersifat stand alone( terpisah) cuma teknikal aplikasi itu belum dikenal pasti.

Penggabungan ini juga merupakan satu gabungan aplikasi khidmt pesanan terbesar di dunia yang bakal menghubungkan 2.6 bilion pengguna untuk kali pertama nanti. Penggabungan ini juga bakal memberi kawalan yang lebih luas terhadap syarikat berkenaan.

Menurut individu yang terlibat, pengabungan ini masih di peringkat awal dan dijangka siap pada hujung 2019 atau awal 2020.

Apabila penggabungan ini terlaksana, pengguna hanya perlu satu daripada 3 aplikas ini untuk berhubung dengan semua pengguna. Facebook juga memberi jaminan bahawa pengguna bakal mendapat perkhidmatan yang cepat, mudah dan selamat apabila fungsi ini dilancarkan kelak.


Sumber:The New York Times



No comments:

Post a Comment