Sunday, September 29, 2019
Bermain telefon ketika buang air besar menyebabkan buasir.
Mengaku atau tidak, ramai diantara kita membawa telefon pintar ketika membuang air besar untuk mengurangkan rasa bosan berada dalam tandas. Namun begitu, menurut doktor tabiat ini boleh meningkatkan risiko terkena penyakit buasir.
Buasir atau juga di panggil hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Bercangkuk lama di dalam tandas boleh meningkatkan risiko terkena penyakit buasir di mana penggunan telefon ketika membuang air besar secara tidak sedar akan memanjangkan lagi masa berada dalam tandas.
Ketika bercakap dengan akhbar The Sun, Doktor Sarah Jarvis iaitu seorang pengarah klinik berkata " sembelit dan kekejangan ketika membuang air besar, mengandung, usia tua adalah faktor penyakit buasir. Begitu juga dengan duduk dalam tandas terlalu lama kerana melayan telefon".
Oleh itu doktor tidak menggalakan penggunaan telefon ketika membuang air besar.
Selain itu, Dr sarah juga menasihati "untuk mengurangkan risiko penyakit buasir, pengambilan makan mengadungi serat, minum air yang cukup dan bersenam amat digalakan." Beliau juga berpesan "jangan duduk terlalu lama dalam tandas hanya kerana bermain telefon".
Sumber: https://www.mirror.co.uk/tech/using-your-phone-loo-giving-20126728
Saturday, September 28, 2019
Pugai balabak
Pugai adalah satu istilah yang digunakan di Sabah bagi merujuk kepada ilmu pengasih. Di Sabah terdapat pelbagai jenis pugai namun antara pugai yang terkenal ialah pugai Balabak.
Pugai Balabak sebenarnya berasal dari kepulauan Balabac dan kepulauan Banggi. Seorang wanita bernama Limpatuk yang juga wanita bersuami 7 merupakan orang pertama menghasilkan minyak pengasih pugai balabak. Minyak pugai balabak ini dihasilkan dari sejenis kayu ajaib iaitu kayu balabak dan pokok ini hanya tumbuh di pulau Balabak dan Banggi Sabah.
Ciri-ciri kayu ini ialah ianya tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti seperti tunduk menyembah bumi. Walaupun pokok ini menjalar dan membesar, pucuk pokok ini akan terus berpaut pada akarnya sehingga mati. Pokok ini hanya berdaun dihujung dan daunnya runcing serta berbunga putih. Pokok balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun dan bunganya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja. Keesokan harinya kuntum bunga pokok balabak akan ghaib dengan sendirinya. Oleh itu amat sukar untuk menemui kuntum bunga yang menjadi ramuan utama pugai balabak ini. Setakat yang diketahui hanya Limpatuk sahaja yang pernah menjumpai bunga ini. Selepas menemui kuntum bunga pokok balabak, Limpatuk menghasilkan minyak pengasih dengan ramuan bersama kayu dan akar pokok balabak. Dari ramuan itu lah yang menjadi IBU minyak pugai balabak yang diwarisi dari generasi ke generasi. Sekiranya ada individu yang meminta minyak pugai balabak akan diberi hanya setitis namun sudah memadai kerana minyak itu akan bertambah dengin sendiri setiap bulan purnama.
Walau bagai mana pun, untuk memiliki minyak pugai balabak mempunyai pelbagai rintangan dan dugaan. Ini kerana antara pantang larang pugai ini ialah tidak boleh keluar dari pulau asalnya. Sekiranya pugai ini dibawa keluar merentasi laut, ribut taufan akan datang menyerang. Selain itu haiwan seperti ikan yu dan burung camar juga akan datang menyerang.
Sekiranya berjaya membawa keluar dari pulau, haiwan di darat juga akan tertarik dengan pugai ini. Haiwan seperti lipan dan ular akan sering memasuki rumah sekiranya minyak pugai ini diletakkan di dalam rumah. Oleh itu antara pantang pugai ini ialah jangan disimpan dalam rumah.
Selain untuk memikat hati untuk percintaan, minyak pugai balabak ini juga sering digunakan untuk tujuan pelaris perniagaan dan juga menguatkan pengaruh politik.
-**
Pugai Balabak sebenarnya berasal dari kepulauan Balabac dan kepulauan Banggi. Seorang wanita bernama Limpatuk yang juga wanita bersuami 7 merupakan orang pertama menghasilkan minyak pengasih pugai balabak. Minyak pugai balabak ini dihasilkan dari sejenis kayu ajaib iaitu kayu balabak dan pokok ini hanya tumbuh di pulau Balabak dan Banggi Sabah.
Ciri-ciri kayu ini ialah ianya tumbuh menjalar dan pucuknya akan bertaut semula dengan pangkal akarnya seperti seperti tunduk menyembah bumi. Walaupun pokok ini menjalar dan membesar, pucuk pokok ini akan terus berpaut pada akarnya sehingga mati. Pokok ini hanya berdaun dihujung dan daunnya runcing serta berbunga putih. Pokok balabak hanya akan berbunga sekuntum sahaja setiap 10 tahun dan bunganya berputik dan mekar cuma dalam tempoh satu malam sahaja. Keesokan harinya kuntum bunga pokok balabak akan ghaib dengan sendirinya. Oleh itu amat sukar untuk menemui kuntum bunga yang menjadi ramuan utama pugai balabak ini. Setakat yang diketahui hanya Limpatuk sahaja yang pernah menjumpai bunga ini. Selepas menemui kuntum bunga pokok balabak, Limpatuk menghasilkan minyak pengasih dengan ramuan bersama kayu dan akar pokok balabak. Dari ramuan itu lah yang menjadi IBU minyak pugai balabak yang diwarisi dari generasi ke generasi. Sekiranya ada individu yang meminta minyak pugai balabak akan diberi hanya setitis namun sudah memadai kerana minyak itu akan bertambah dengin sendiri setiap bulan purnama.
Walau bagai mana pun, untuk memiliki minyak pugai balabak mempunyai pelbagai rintangan dan dugaan. Ini kerana antara pantang larang pugai ini ialah tidak boleh keluar dari pulau asalnya. Sekiranya pugai ini dibawa keluar merentasi laut, ribut taufan akan datang menyerang. Selain itu haiwan seperti ikan yu dan burung camar juga akan datang menyerang.
Sekiranya berjaya membawa keluar dari pulau, haiwan di darat juga akan tertarik dengan pugai ini. Haiwan seperti lipan dan ular akan sering memasuki rumah sekiranya minyak pugai ini diletakkan di dalam rumah. Oleh itu antara pantang pugai ini ialah jangan disimpan dalam rumah.
Selain untuk memikat hati untuk percintaan, minyak pugai balabak ini juga sering digunakan untuk tujuan pelaris perniagaan dan juga menguatkan pengaruh politik.
-**
Wednesday, August 7, 2019
Suami menjadikan isteri taruhan judi.
Kerana judi seorang suami sanggup mempertaruhkan isterinya dan membiarkan wanita itu dirogol beramai-ramai oleh rakannya selepas dia kalah dalam permainan poker. Kejadian ini berlaku di India.
NDTV melaporkan, lelaki itu pada mulanya minum arak dan bermain judi bersama dua rakannya di rumahnya di Zafarabad di Uttar Pradesh, India.
Lelaki itu dilaporkan menghabiskan semua wangnya untuk berjudi dan kerana terdesak dia mempertaruhkan isterinya sendiri.
Bagaimanapun, lelaki itu kalah dan dia membiarkan isterinya di rogol dua lelaki berkenaan.
Mangsa yang kecewa terus melarikan diri ke rumah bapa saudara sebelum suami mengekorinya untuk mengaku kesilapannya dan meminta maaf.
Selepas dipujuk wanita terbabit bersetuju untuk mengikut suaminya pulang ke rumah.
Namun, dalam perjalanan pulang, lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum membiarkan beberapa rakannya merogol isterinya buat kali kedua.
India Today melaporkan, mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis tempatan namun mereka enggan memfailkan aduannya sebelum dia ke mahkamah untuk mendapatkan bantuan.
Pihak mahkamah kemudiannya mengarahkan polis mendaftarkannya sebagai kes rogol secara beramai-ramai dan menganggap ia adalah perkara serius.
Sumber: Harian metro
Tuesday, August 6, 2019
6 cara menghalau lipas tanpa menggunakan racun serangga.
Lipas merupakan serangga yang mampu membawa pelbagai jenis bakteria. Jika tidak dicegah kehadiran lipas dalam rumah boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada seisi keluarga. Walau bagaimana pun ada diantara kita enggan menggunakan racun serangga untuk menghalau lipas kerana takut akan kesan sampingan dari bahan kimia yang terkandung dalam racun tersebut. Di sini kami akan kongsikan 6 cara menghalau lipas tanpa menggunakan racun dan bahan kimia yang merbahaya.
1. Minyak Pati.
Lipas benci bau minyak peppermint, lavendar, eucalyptus dan pokok teh. Ini kerana minyak pati tersebut menghalang deria lipas untuk menjejak bau makanan. Lipas juga akan mati sekerinya terdedah kepada minyak pati secara berlebihan terutamanya peppermint. Cara menggunakan minyak pati ialah campurkan 15 titis minyak pati ke dalam 10 auns air dan masukan kedalam botol penyembur kemudian goncang dan sembur ke kawasan yang berkemungkinan lipas masuk.
2. Borax.
Borax merupakan pembersih semulajadi yang berkesan dan selamat digunakan. Borax mengandungi asid boric yang mampu menghancurkan usus lipas sekiranya dimakan lipas. Untuk membunuh lipas menggunakan borax, campurkan 2 cawan gula bersama 2 sudu besar Borax ke dalam satu liter air. Masukan campuran ini ke dalam botol penyembur dan semburkan ke kawasan lipas selalu muncul. Campuran ini juga mampu membunuh semut.
3. Serbuk penaik.
Serbuk penaik juga berkesan untuk menghalau lipas. Campurkan satu bahagian serbuk penaik dengan satu bahagian gula. Letakan campuran ini ke dalam mangkuk kecil ataupun penutup bekas kemudian letakkan di sudut-sudut gelap. Gula akan menjadi penarik kepada lipas manakala serbuk penaik akan membunuh lipas.
4. Vaseline.
Anda boleh menjadikan vaseline sebagai perangkap lipas dengan menambahkan agar-agar dan gula ke dalam vaseline kemudian meletakan campuran tersebut di atas kadbod. Letakkan kadbod di tempat persembunyian lipas. Gula menjadi penarik kepada lipas dan lipas akan mati bila termakan vaseline.
Pastikan perangkap ini jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
5. Bunga kekwa.
Bunga kekwa mengandungi pyrethrins, iaitu sejenis kimia yang menyerang sistem saraf serangga apabila terkena sentuhan terus.
Guna bunga kekwa kering untuk menghalau lipas dengan mengahncurkan sehingga menjadi serbuk kemudian ambil 2 sudu besar serbuk tersebut dan campurkan dalam satu liter air panas bersama secubit serbuk pencuci. Masukan campuran kedalam botol penyembur dan semburkan ke kawasan yang terdapat lipas.
6. Gel silika.
Gel silika selalunya terdapat dalam paket kecil dan biasa didapati dalam kotak barangan yang kita beli. Jangan buang paket gel silika ini kerana ia mampu membunuh lipas. Gel silika ini mampu menyerap lembapan dan mengeringkan apa saja yang tersentuh dengannya. Sekiranya lipas bersentuhan dengan gel silika ia akan mengeringkan lipas dan membunuhnya. Anda boleh campurkan gel silika bersama gula kemudaian taburkan disekitar rumah. Pastikan gel silika ini ditempatkan jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Lipas merupakan serangga yang tahan lasak. Membuat penghalau dan perangkap tidak menjamin 100% untuk lipas datang kembali. Oleh itu selain pembuat penghalau dan perangkap, penjagaan kebersihan juga penting. Piring terus dibasuh, lantai sentiasa di mop untuk membuka bau makanan dan letakkan sampah dalam tong yang ditutup rapat. Selian itu bersihkan timbunan barang yang mampu menjadi sarang lipas dan serangga lain. Tutup rekahan pada dinding dan lantai kerana lipas mampu hidup di celah rekahan.
Sumber: theasianparents.com
Saturday, August 3, 2019
Saintis mencipta Manusia-monyet dalam makmal.
Sekumpulan saintis dipercayai telah mencipta embrio manusia-monyet di dalam makmal. Berita ini dilaporkan oleh surat khabar El Pais yang telah menemu bual Juan Carlos Izpisua Belmonte yang merupakan ketua kumpulan pengkaji manusia-monyet berpangkalan di China.
Asas idea kajian ini ialah menyuntik embrionik stem cell manusia ke dalam embrio monyet. Jika berjaya, embrio monyet tersebut akan memiliki tisu dan organ tertentu yang mampu berfungsi dalam tubuh manusia biasa. Berlainan dengan Hibrid yang tidak memiliki sebarang organ yang mampu berfungsi dalam tubuh manusia atau pun monyet.
Oleh kerana masih diperingkat awal belum ada fakta terperinci mengenai manusia-monyet ini. Kumpulan saintis ini dikatakan turut menggunakan CRISPR gene editing untuk memastikan embrioa manusia mampu bergabung baik dengan embrio monyet.
Izpisau sebenarnya berkerja di Salk institute di California namun membuat kajian ini di China atas dasar undang-undang. Kumpulan saintis ini merupakan kumpulan yang sama mencipta manusia-babi pada 2017 namun gagal. Walau begitu kumpulan ini yakin kajian kali ini mempunyai peluang tinggi untuk berjaya.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah alasan dan tujuan saintis ini mencipta manusia-monyet. Menurut kumpulan saintis ini, mereka menjalakan kajian ini untuk tujuan perubatan. Organ dalam tubuh manusia-monyet ini kelak mampu digunakan untuk pesakit yang memerlukan organ baru tanpa menunggu dari penderma organ.
Walau pun dengan tujuan yang baik, namun kajian ini mendapat tentangan dan kritikan hebat dari pelbagai kerajaan, NGO dan badan keagamaan. Namun begitu Izpisua tidak pernah mengambil peduli sebarang kritikan dari mana-mana pihak dan terus mencari jalan untuk meneruskan kajian ini.
"Sejarah telah membuktikan bahawa etika kita turut berevolusi. Banyak perkara yang satu ketika dulu kita anggap tidak beretika kemudian kini diterima umum dan dianggap normal. Saya percaya suatu hari nanti setelah masyarakat melihat fungsi dan kegunaan manusia-monyet ini masyarakat akan mampu menerimanya dan melihat sebagai satu hasil kajian sain yang beretika" kata Izpisau.
Sumber: Iflscience.com, Elpais.com
Thursday, August 1, 2019
Remaja lumpuh selepas lakukan cabaran 1000 squat.
Masyarakat zaman ini tidak kira yang tinggal di bandar mahupun luar bandar semakin peka dengan isu kesihatan diri.
Di mana-mana acara kesukanan mahupun hari istimewa, pasti akan diselitkan dengan aktiviti seperti zumba, senamrobik, sukaneka dan macam-macam lagi. Tujuan aktiviti ini diwujudkan adalah bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
Di media sosial juga memberikan pengaruh hebat dalam aspek ini. Ramai individu yang memiliki tubuh badan ideal dan cantik akan berkongsi tips yang mereka amalkan untuk mendapatkan kesan seperti itu.
Malah, ada juga diwujudkan cabaran-cabaran yang menjadi ikutan ramai untuk ditayangkan di media sosial.
Namun, sekiranya dilakukan tanpa langkah yang betul, ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri seperti yang berlaku kepada dua wanita dari China ini.
Menurut laporan China Press, seorang gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Tang telah didiagnos dengan Rhabdomyolysis setelah melakukan senaman squat sebanyak 1,000 kali!
Tang yang berasal dari Chongqing memaklumkan bahawa dia telah mencabar seorang rakannya untuk melakukan squat menerusi panggilan video. Kedua-duanya mula mencabar diri masing-masing untuk melakukan sebanyak 1,000 kali squat sekali gus yang diselesaikan dalam masa beberapa jam.
Selepas tamatnya ‘pertandingan’ ini, Tang hanya mengalami kesakitan otot yang tidak terlalu serius. Namun pada keesokan harinya, apabila Tang berada di tempat kerja, dia menyedari bahawa dia masih lagi mengalami kesakitan pada bahagian kaki.
Akan tetapi pada hari ketiga, Tang mendapati bahawa kakinya tidak boleh dibengkokkan lagi. Bukan sahaja itu, air kencingnya juga dikatakan berwarna seakan-akan warna teh!
Risau dengan keadaan Tang, teman lelakinya segera membawa Tang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Khoo Teck Puat. Di situlah, doktor memaklumkan bahawa Tang telah mengalami satu keadaan yang disebut sebagai Rhabdomyolysis. Rhabdomyolysis merujuk kepada satu keadaan yang mengakibatkan tisu otot rangka mati secara drastik.
Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan Rhabdomyolysis:
- Traumatik (sindrom crush)
- Tidak bergerak dalam jangka masa panjang
- Dadah atau toksin
- Jangkitan
- Ketidakupayaan
- Hipotermia (peningkata suhu badan secara drastik)
- Ketidakseimbangan elektrolit
Terdapat beberapa kesan yang akan dialami oleh penderita Rhabdomyolysis seperti kencing berwarna gelap, demam, otot menjadi lemah, degupan jantung laju, sakit perut, mual dan muntah serta kencing tidak lawas. Malah, pembedahan juga boleh dilakukan ke atas pesakit bagi merawat kes Rhabdomyolysis yang parah!
Gambar: China press |
China Press juga melaporkan bahawa keadaan yang sama turut berlaku kepada rakan Tang. Keadaan ini hanya diketahui apabila Tang menghubungi rakannya itu untuk bertanya khabar tetapi mendapati bahawa rakannya turut terlantar di hospital akibat melakukan 1,000 squat ini.
Kesimpulannya, jadikan kejadian ini sebagai iktibar. Pastikan anda sentiasa meminum banyak air pada sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Pastikan badan anda sentiasa terhidrat sepanjang masa!
Sumber: Era Baru , China press
Thursday, July 11, 2019
Cara menangani 'Kegutan'
Kegutan adalah satu istilah yang digunakan di Sabah untuk sakit yang dialami selepas mengambil minuman beralkohol dengan berlebihan. Kegutan biasanya berlaku keesokan hari selepas minum semalaman. Dalam bahasa English, Kegutan dikenali sebagai hangover. Antara simptom kegutan ialah sakit kepala, sakit perut, rasa loya, muntah-muntah dan rasa lemah.
Biasanya simptom kegutan ini akan sembuh dengan sendiri selepas 8-24 jam. Walau bagaimana pun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit kegutan dan juga cara untuk mengelak kegutan yang teruk.
1.Minum air yang cukup.
Kekal hidrasi ketika minum alkohol adalah sangat penting. Alkohol membuatkan kita sering membuang air kecil dan menyebabkan air dalam badan berkurangan. Dihidrasi akan menjadi salah satu faktor kepada kegutan. Oleh itu sangat penting minum air kosong sambil minum alkohol.
2.Minum minyak Zaitun.
Sebelum minum alkohol anda disarankan mengambil sesudu minyak zaitun bagi melambatkan penyerapan alkohol ke dalam tubuh kita. Sesudu minyak zaitun bukan saja mampu mengurakan sakit kegutan keesokan harinya juga melambatkan rasa mabuk.
3.Sarapan.
Sangat penting untuk mengambil sarapan keesokan harinya untuk mengembalikan kalori dalam badan. Namun begitu jangan mengambil sarapan yang berat. Ada yang mempercayai roti bakar sangat sesuai untuk sarapan kerana kandungan karbon mampu menjadi penapis toksik. Namun begitu tiada kajian saintifik yang menyokong teori ini, tapi tidak juga salah mencuba bah kan.
4.Makan halia.
Halia merupakan herba yang telah terbukti untuk mengurangkan rasa mual dan muntah-muntah. Memakan hirisan halia goreng sebelum minum alkohol juga mampu mengurangkan simptom kegutan keesokannya.
5.Tidur.
Kegutan bukan disebabkan kurang tidur tapi kurang tidur akan membuatkan kegutan lebih teruk. Oleh itu selepas mengambil sarapan anda disarankan untuk sambung tidur beberapa jam bagi membolehkan badan pulih dengan sendiri.
Ada beberapa teori mengatakan bahawa alkohol yang tinggi congeners memberi kegutan yang lebih teruk. Congeners ialah toksik kimia campuran diantara methanol, isopentanol dan acetone. Antara minuman tinggi congeners ialah whiskey, tequila dan wain. Manakala minuman yang berwarna cerah seperti vodka, gin dan rum mengandungi rendah congeners.
Simptom kegutan ini berbeza bagi setiap individu. Oleh itu pandai-pandai lah kamu kawal diri ketika minum. Diri sendiri saja yang tahu kemampuan dan had badan anda.
Pesan akhir dari penulis
kalau takut kegutan, jangan minum.
Sekian.
Sunday, March 10, 2019
Kambing diundi jadi datuk bandar
WASHINGTON - Seekor kambing baka Nubian dilantik sebagai datuk bandar bagi Fair Haven di Vermont, Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi proses undian pada Selasa lalu.
Kambing betina yang diberi nama Lincoln berumur tiga tahun akan menggalas tugas berkenaan selama satu tahun di pekan yang mempunyai seramai 2,500 orang penduduk.
Proses undian pada Selasa lalu menyaksikan Lincoln menewaskan 15 lagi calon lain termasuk Crystal, seekor gerbil dan sekawan anjing serta kucing.
Lincoln menerima sebanyak 13 undi sekali gus menewaskan calon anjing, Sammie dengan 10 undi untuk memenangi pilihan raya itu. Seramai 53 penduduk di situ keluar untuk membuang undi.
Fair Haven tidak mempunyai datuk bandar rasmi tetapi Pengurus Bandar itu, Joseph Gunter, menjalankan tugas-tugas berkenaan.
Sewaktu Gunter membaca akhbar bahawa penduduk kampung di Omena, Michigan, memilih Sweet Tart iaitu seekor kucing sebagai ‘pegawai atasan’, dia mendapat idea sama untuk menganjurkan pilihan raya bagi kutipan dana pembinaan sebuah taman permainan di sini.
Kambing itu milik seorang guru sekolah subjek Matematik. Bagaimanapun, usaha mengutip dana bagi pembiayaan taman permainan itu cuma mencecah kutipan kira-kira AS$100 (RM409) iaitu AS$5 (RM20) bagi setiap calon yang bertanding.
Gunter tidak kecewa kerana dia menyatakan pilihan raya haiwan ‘adalah satu cara terbaik menarik kanak-kanak terlibat dalam kerajaan tempatan’.
Jumlah orang membuang undi didapati rendah namun, Gunter mengakui: “Ia mungkin disebabkan kali pertama, kami menjangkakan (jumlah undi) lebih baik pada tahun depan.” – Kosmo
Patung ngeri Michael Jackson hantui remaja dan kanak-kanak.
Sebuah video berdurasi 35 saat memaparkan patung mirip Michael Jackson ala momo yang mengatakan bahawa penyayi yang telah meninggal dunia itu akan masuk ke dalam bilik tidur pada waktu malam telah mencetuskan satu siasatan polis.
Rakaman watak yang diinspirasikan daripada Raja pop berkenaan telah dikongsi secara dalam talian dan mengancam untuk datang ke rumah-rumah sambil menjerit "heee heee".
Polis di mexico telah mengeluarkan amaran selepas meme 'El Ayuwoki' mendakwa figura ala momo itu akan muncul pada pukul 3 pagi. Nama 'Ayuwoki' berasal daripada lagu Michael Jackson yang berjudul 'smooth criminal'.
Kenyataan polis berkenaan berbunyi "walaupun ramai orang percaya ini adalah sejenis syaitan atau hantu daripada internet, ia bukanlah satu kuasa ghaib."
"Kanak-kanak dan remaja ingin berkongsi dan percaya dengannya kerana mengikut trend, tetapi perkara ini boleh menggangu emosi dan pisikologi yang mengakibatkan masalah tidur, panik atau kebimbangan.
Media mexico Infobee melaporkan, pencipta patung itu menjelaskan bahawa arca animasi tersebut dibuat menyamai Elvis presley tetapi entah mengapa ia akhirnya dipakaikan kostum seperti Raja pop berkenaan.
Sumber
-Mstar
-Mirror uk
Like dan follow facebook page kami
-->>>>>> www.facbook.com/kolopia
Saturday, March 9, 2019
Gadis dikurung dalam sangkar anjing, dipukul dan didera sehingga maut.
Seorang gadis berusia 14 tahun yang mayatnya ditemui ditanam di laman belakang rumah keluarganya dipaksa tinggal di dalam sangkar anjing dan dibiarkan kelaparan.
Mary Crocker dipercayai tinggal di sebuah tempat kecil sehingga badannya menjadi tidak normal dan dia turut dipukul.
Bukan itu sahaja, gadis itu turut dibiarkan dalam keadaan bogel dan hanya mandi jika ada seseorang mengangkat sangkar tersebut dari dapur ke bilik mandi. Di situ dia hanya akan disembur air semata-mata.
Polis di Amerika Syarikat (AS) berkata lima ahli keluarga yang terlibat dalam penderaan Mary turut memberikan makanan beracun agar gadis itu tidak menjamah makanan tersebut.
Pegawai polis berkata ia adalah hukuman kepada pelbagai tabiat buruk seperti enggan bersenam atau melakukan kerja atau mencuri makanan.
Mayatnya ditemui pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 14 di sisi mayat abang sulungnya, Elwyn di laman belakang keluarga tersebut di Gorgia, AS.
Polis berkata kedua-duanya hanya belajar di rumah dan tidak pernah dilaporkan hilang.
Crocker turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 11 tahun yang menghidap cefebal palsy dan kini diletakkan di rumah kebajikan susulan penahanan bapa dan ibu tirinya.
Pendedahan itu dibuat semasa perbicaraan kes tersebut di mahkamah agung Efingham County.
Lima ahli keluraganya turut didakwa atas pertuduhan membunuh.
Namun tiada pertuduhan dikenakan berhubung kematian Elwyn, 16 yang mungkin meninggal dunia 2 tahun lalu sebelum Mary.
Bapa gadis itu, Elwyn Crocker Senior, 50 dan isterinya Candice, 33 dan ibunya Kim Wright, 50 antara 5 ahli keluarga yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Mary.
Suspek lain adalah teman lelaki Wright, Roy Anthony Prater, 55 dan bapa saudara tiri Mary, Tony wright.
Penyiasat Abby Brwon semasa sesi pendengaran memberitahu Mary dibiarkan tinggal di dalam sangkar selama 24 jam.
Gambar Mary berada dalam sangkar diambil sebelum kematiannya pada oktober 2018 didakwa ditemui di dalam telefon bimbit bapanya.
Brown berkata bapa Mary mengaku bersalah melakukan penderaan terhadap anaknya itu atas arahan isteri dan ibunya.
Sumber Mstar dan Metro uk
Like dan follow facebook page kami
-->>>>www.facebook.com/kolopia
Friday, March 8, 2019
Pengantin wanita ditampar suami kerana bergurau suap kek
Pengantin perempuan ditampar suaminya dihadapan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka gara-gara sepotong kek.
Video yang berdurasi 35 saat itu menunjukkan pengantin wanita berbusana gaun putih dihiasi tiara bersama vel putih.
Kelihatan pengantin itu terlebih dahulu menyuapkan sepotong kek kepada isterinya.
Namun apabila tiba giliran pengantin perempuan, wanita itu dilihat seolah-olah mahu bergurau ketika ingin menyuap suaminya.
Malangnya pengantin perempuan tersebut ditampar suaminya sehingga dia terjatuh ke belakang sambil diperhati oleh tetamu yang hadir.
Pengantin lelaki itu bagaimanapun cuba di tenagkan oleh seseorang selepas menampar isterinya.
Wanita itu cuba menahan kesakitan sambil memegang pipinya dengan kek masih lagi berada di tangannya.
Selepas insiden itu, status hubungan pengantin yang tidak diketahui identitinya ity tidak dapat dipastikan.
Sumber Mstar dan https://www.mirror.co.uk
Like dan follow facebook page kami
----->>>>>https://www.facebook.com/kolopia/
Ubah diri jadi manusia tanpa jantina.
Seorang wanita di Edmonds, Washington, yang melakukan perubahan untuk menjadi pengkid kini menganggap dirinya ialah makhluk asing dan tanpa jantina, Jareth Nebula, sanggup menjalani pembedahan bagi membuang kedua-dua payudaranya supaya dia lebih menyerupai makhluk asing dan bukan lagi seorang wanita mahupun lelaki.
Dia menukar jantina untuk menjadi seorang lelaki ketika berumur 29 tahun tetapi kemudian menyedari bahawa gender itu tidak lagi sesuai dengan jiwanya.
Jareth yang bekerja sebagai seorang model sambilan dan penyambut tetamu di sebuah salun gunting rambut kemudian memilih untuk tidak dikaitkan dengan mana-mana jantina.
“Saya tidak berasa diri ini manusia lagi. Saya tidak dapat menjelaskannya kepada orang lain, secara ringkasnya saya bukannya dari dunia ini,” kata Nebula.
“Saya tidak berasa selesa menjadi wanita mahupun lelaki. Saya tahu saya tidak boleh tinggalkan badan manusia ini atau lari daripada persepsi orang ramai.
"Namun, secara peribadi saya ialah makhluk asing tanpa jantina,” tambahnya.
Nebula mendakwa dia mula berasa tidak dapat bercampur dengan rakan-rakan selepas disahkan menghidap Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) ketika berusia 26 tahun.
EDS adalah sejenis penyakit yang menjejaskan tisu pada organ dalaman dan tisu badan seperti kulit, tulang dan salur darah.
“Penyakit ini membolehkan saya melentur sendi-sendi badan sesuka hati, suatu aksi yang menarik ketika saya masih kecil,” jelasnya.
Penghidap EDS mempunyai sendi mudah lentur dan kulit yang mudah meregang serta rapuh.
Sumber: Kosmo
Thursday, February 28, 2019
Upacara mayat berjalan
Pernah viral di internet kononnya terdapat satu kaum yang mengamalkan ilmu hitam sehingga mampu membuatkan mayat itu hidup kembali untuk mencari pembunuhnya.
Cerita itu kedengaran sangat hebat dan nampak seperti benar namun cerita itu diputarbelit berdasarkan satu budaya unik suku kaum Toraja.
Budaya yang unik ini di panggil upacara ma'nene yang bermaksud upacara penyucian atau pun upacara mayat berjalan.
Kaum Toraja adalah kaum yang tinggal di selatan Sulawesi. Bila berbincang tentang pengkebumian, Toraja memiliki satu tradisi yang sangat unik dan berbeza.
Bagi kaum Toraja, mereka tidak mengkebumikan mayat ahli keluarga yang meninggal sebaliknya mereka akan menyimpan mayat tersebut. Ada yang menyimpan mayat di pokok besar, di dalam gua, rumah yang di bina khas malah ada yang menyimpan mayat ahli keluarga mereka di dalam rumah dan tinggal bersama-sama.
Selang beberapa tahun mereka akan menjalankan upacara ma'nene. Dalam upacara ini mereka akan membuka keranda dan membersihkan mayat kemudian menukar pakaian yang cantik. Mereka juga akan membawa mayat itu berjalan mengelilingi kampung.
Mayat ahli keluarga yang dibawa berjalan |
Ketika upacara ini, kesemua ahli keluarga si mati akan berkumpul. Mereka akan meluangkan masa bersama mayat si mati dan mereka melayan si mati seperti masih hidup. Mereka akan menawarkan makanan, minuman dan rokok kepada mayat si mati sebagai simbolik ritual. Pada masa kini kebanyakan ahli keluarga akan mengambil gambar bersama mayat sebelum di masukan semula ke dalam keranda.
Walau bagai mana pun tradisi ma'nene ini semakin jarang kelihatan kerana kemasukan agama kristian dikalangan suku Toraja. Hampir 80% kaum Toraja di Sulawesi memeluk agama kristian sejak 1950. Sebelum itu, kaum Toraja menganut kepercayaan aminisme yang di panggil Alok to dolo.
Sumber:
- https://www.bbc.com/indonesia/majalah-39638082
-https://allthatsinteresting.com/7-bizarre-cultural-practices
Like dan follow facebook page kami
--->>>>https://www.facebook.com/kolopia/
Wednesday, February 27, 2019
Bergambar dengan hantu pucat.
SEORANG ibu kepada dua anak mendakwa terdapat 'hantu' dalam gambar anaknya. Laura Watson dan keluarganya melawat Plessey Woods Country Park di Northumberland, England pada Isnin lalu.
Selepas berkelah dan membawa anjing peliharaan bersiar-siar, anak perempuan Watson, Charlotte, 15 dan anak lelakinya Byrin, 9, bersama sepupu mereka Jack, 16, ternampak sebatang pokok yang tinggi.
Mereka mula memanjat pokok tersebut, sementara Watson mengambil beberapa keping gambar ketiga-tiga mereka sedang bergembira.
Walau bagaimanapun, dia amat terkejut apabila melihat dengan teliti salah satu gambar yang diambilnya.
Di belakang Byrin, kelihatan seperti ada seorang lagi budak berwajah pucat, rambut warna gelap, sedang berdiri di belakang anaknya dengan tangannya memegang bahu anaknya itu.
Watson memberitahu dia sangat pasti tidak ada kanak-kanak lain di sekitar pokok itu pada masa gambar diambil.
"Kalau ada, saya akan dapat melihat mereka dan saya tidak akan mengambil gambar jika terdapat budak lain di belakangnya."
Bagi mereka yang mendakwa gambar itu disunting dengan Photoshop, Watson berkata dia tidak tahu melakukan perkara-perkara seperti itu.
"Saya buta teknologi dan saya bukan jenis orang yang akan berbuat demikian."
Watson berkata dia benar-benar ketakutan sejak melihat budak lelaki itu dalam foto dan beberapa rakan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya di Facebook.
"Saya dan anak perempuan saya tidak dapat tidur malam tadi kerana sangat takut," katanya kepada The Daily Mail.
"Saya bimbang sekiranya ada yang mengikut kami balik."
Dia telah diberitahu kisah legenda tempatan tentang seorang budak lelaki lemas di Sungai Blyth di sekitar Plessey Woods dan tertanya-tanya apakah gambar itu adalah semangatnya.
Walaupun ketakutan, Watson berminat untuk kembali ke hutan itu untuk mengesan sebarang aktiviti paranormal lain.
"Saya tidak percaya apa-apa seperti itu sehingga saya sendiri melihatnya."
Bayi disuntik cecair peluntur dan sabun.
TURKI- Sejak anak perempuannya berusia sebulan, ibu durjana ini sudah mula mendera bayi yang tidak berdosa itu.
Wanita yang dikenali sebagai Elif K mengaku bersalah atas perbuatan kejamnya itu di balai polis ketika menyerah diri kerana kesalahanya itu.
Menurut ibu yang tidak berhati perut itu, dia tidak mampu mampu menyanyagi anak kandungnya sendiri. Dengan itu dia mendera anak perempuannya sejak usia sebulan bayi itu.
Setiap kali sakit akibat didera Elif K akan membawa anaknya ke hospital untuk dirawat. Ketika di hospital doktor gagal mengenal pasti punca dan penyakit bayi malang itu pada awalnya.
Namun setelah menyiasat dengan lebih terperinci, pihak hospital khuatir bayi itu sakit akibat didera. Pihak hospital kemudiannya menghubungi polis untuk siasatan lanjut. Berikutan laporan itu, Elif K ditahan polis untuk siasatan namun dilepaskan kerana Elif K berjaya meyakinkan polis yang dia tidak bersalah.
Semakin hari simptom pada bayi yang malang ini semakin teruk dan tidak menunjukan perubahan yang postif. Pihak hospital pula semakin yakin bahawa bayi itu didera. Ini kerana selain darah yang keluar dari telinga, hidung dan pusat bayi terdapat juga kesan luka, lebam dan keretakan pada tengkorak bayi itu.
Pihak hospital akhirnya mengambil keputusan untuk memberi pengawasan sepenuhnya dari pihak hospital dan menghalang pelawat untuk melawat bayi tersebut termasuk ibu kandungnya.
Setelah tindakan itu diambil, pihak hospital mendapati simptom pada bayi itu semakin berkurangan dan semakin pulih.
Elif K sangat tertekan kerana tidak dibenarkan berjumpa dengan bayinya. Dia mengambil keputusan untuk menyerah diri kepada pihak polis. Ketika di soal siasat kali kedua Elif K mengaku dia mendera anaknya dengan menyuntik cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga, hidung dan pusat bayi sejak bayinya berusia sebulan. Bayi itu berusia 18 bulan ketika doktor mula menghalang Elif K melawat anaknya. Dia juga mengaku turut menyuntik bayinya dengan cecair peluntur dan sabun ketika berada dalam wad hospital.
Elif K ketika di tahan dan dipenjara |
Elif K kini berada dalam tahanan polis untuk dibicarakan. Manakala bayinya yang bernama Eilyn Miray semakin pulih dibawah jagaan ayahnya.
Sumber:https://allthatsinteresting.com/turkish-bleach-baby
Like dan follow facebook page kami
➜https://www.facebook.com/kolopia/
Monday, February 25, 2019
Petisyen untuk minum cecair mayat.
Hampir 35,000 orang menandatangani satu Petisyen atas talian supaya dibenarkan meminum cecair mayat yang terdapat di dalam Black Sarcophagus.
Black sarcophagus ialah keranda hitam yang diperbuat daripada batu granite hitam. Keranda misteri ini ditemui di Alexandria Mesir pada julai 2018. Selepas pengkaji membuka keranda hitam ini mereka mendapati 3 rangka manusia bersama larutan cecair berwarna hitam di dalam keranda ini.
Ramai yang mempercayai cecair yang terdapat dalam keranda hitam itu mengandungi kuasa mistik. Cecair itu juga dipercayai mampu mengeluarkan kekuatan manusia sebebnar dan mampu memwarisi ilmu individu yang berada dalam keranda tersebut.
Oleh itu satu petisyen dimulakan mendesak kerajaan mesir supaya memberi kebenaran kepada mereka yang ingin meminum cecair mayat itu.
Berikutan petisyen yang mendapat sambutan dari seluruh dunia, pihak mesir dan pengkaji black sarcohpagus tampil memberi kenyataan. Menurut mereka, cecair yang terdapat dalam keranda hitam bukan sesuatu yang bersifat sebagai minuman penambah tenaga melainkan cuma cecair dari sisa mayat yang terdapat dalam keranda itu.
Penemuan black sarcophagus merupakan satu penemuan terbesar di Alexandria. Sebelum ini ramai pihak yang memberi amaran kepada pengkaji supaya tidak membuka keranda hitam itu kerana menurut kepercayaan kuno orang mesir keranda berwarna hitam adalah keranda yang memiliki sumpahan.
Namun pihak pengkaji tetap membuka keranda itu pada ogos 2018 dan sehingga kini belum ada petanda sebarang sumpahan terhadap kumpulan pengkaji ini. Oleh itu kemungkinan besar cecair yang terdapat dalam keranda ini juga tidak memiliki sebarang kuasa mistik.
Bagai mana pula dengan anda? Sekiranya diberi peluang adakah anda sanggup minum cecair mayat ini demi kuasa mistik?
Sumber: https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/black-sarcophagus-0010423
Like dan follow facebook page kami
-->>>> https://www.facebook.com/kolopia/
Sunday, February 24, 2019
Misteri remaja bertelur.
Pada tahun 2015, Akmal yang kini berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mendakwa mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu, mendakwa dirinya mengeluarkan telur sejak 2015 dan dalam tempoh lebih dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.
Pada masa itu, pakar perubatan bingung melihat kewujudan objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam 'bersarang' dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap telur-telur itu.
Sekarang, memasuki tiga tahun, Akmal kembali ke hospital sambil mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.
"Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan hari ini dua biji, jadi jumlahnya sudah 20 biji.
"Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih. Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning," kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, memetik Detik.
Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan kejadian ini.
Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri.
Ini kerana, katanya, mengikut logik perubatan adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.
"Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya," kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.
"Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia. Itu tidak mungkin, apatah lagi di saluran pencernaan," katanya.
Taslim berkata Akmal berada dalam keadaan normal tetapi kini dikuarantin selama seminggu, untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.
Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.
"Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa. Tapi saya tidak tahu keputusan terakhir. Tapi setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi," kata Taslim.
Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.
"Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa," katanya.
"Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut. Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali," kata bapanya.
[Sumber]
Like dan follow facebook page kami
Saturday, February 23, 2019
38 tahun terperangkap dalam tubuh bayi.
Seorang perempuan berusia 38 tahun hidup seperti terperangkap dalam tubuh bayi yang berusia 9 bulan disebabkan oleh masalah kesihatan.
Penyakit yang dihadapinya membuatkan dia tidak mampu membesar sama ada dari segi fizikal mahu pun mental.
Perempuan ini bernama Maria Audenete Ferreira do Nascimento. Dia lahir pada 7 mei 1981 di Ceara Brazil. Maria akan mencapai usia 38 pada tahun ini tapi masih kelihatan seperti bayi 9 bulan.
Maria menghidap penyakit ganjil yang kronik iaitu Hipothyroidism sejak lahir. Penyakit ini menyebabkan thyroid gland maria gagal menghasilkan hormon dengan baik untuk pertumbuhan fizikal dan mental.
Penyakit ini sebenarnya boleh dirawat sekiranya diberikan rawatan sejak lahir. Malangnya bagi Maria, dia tidak diberikan rawatan yang sepatutnya.
Walau pun menderita dengan penyakit ganjil ini, maria dianggap bertuah kerana memiliki keluarga yang sangat penyayang. Ibu tirinya Francisca 'Doura' dos Santos percaya Maria adalah anugerah untuknya dari Tuhan. Doura menjaga Maria dengan baik dan penuh kasih sayang sejak kematian ibu kandung maria. Ayah maria berkahwin dengan Doura selepas kematian isteri.
Sumber: https://www.boldsky.com/insync/pulse/2018/baby-maria-audente-suffers-from-a-rare-condition-of-hyperthyroidism-where-she-looks-like-a-baby-123590.html
Like dan follow facebook page kami
-->>>>>https://www.facebook.com/kolopia/
Friday, February 22, 2019
Kesemua penduduk kampung hilang dengan misteri.
Menurut lagenda, ketika bulan penuh pada malam musim sejuk sekitat november 1930, seorang pemburu bernama Joe Labelle pergi ke perkampungan Anjikuni berdekatan tasik Anjikuni di daerah Kivalliq, Nunavut Kanada. Apa yang menghairankan, ketika dia tiba di perkampungan itu Joe Labelle tidak melihat sebarang kelibat manusia mahupun binatang peliharaan.
Joe Labelle sebenarnya sudah biasa dengan penduduk kampung Anjikuni kerana sudah beberapa kali menumpang di kampung itu ketika memburu. Dia sangat rapat dengan penduduk kampung itu kerana mereka sangat mesra terhadap Joe. Namun peliknya pada malam itu tiada siapa pun kelihatan menyambut kedatangannya, malah bunyi anjing yang biasanya menyalak setiap kali Joe tiba di kampung itu tidak kedengaran.
Joe kemudiannya memeriksa kesetiap Rumah dan pondok di kampung itu. Dia mendapati setiap rumah masih lengkap dengan peralatan rumah, pakaian, bekalan makanan dan juga senjata memburu masih lagi bersangkut pada dinding. Ada sesetengah rumah yang masih terhidang pinggan mangkuk namun makanan didalamnya sudah pun basi.
Joe cuba menjejaki kalau-kalau ada bekas laluan atau pun tapak kaki manusia di atas salji namun tiada. Joe tidak menemui sebarang petanda penduduk kampung itu bergerak keluar dari kampung secara beramai-ramai.
Berikutan kejadian itu Jeo pergi ke telegraph yang berdekatan untuk menghantar pesanan kepada polis pergunungan Kanada.
Setelah polis menjalankan siasatan mereka mendapati sesuatu yang pelik dan menyeramkan.
Polis mendapati kesemua kuburan di perkampungan itu digali dan mayat dalam kuburan itu hilang. Tidak jauh dari perkampungan mereka menemui 7 ekor bangkai anjing yang ditimbus oleh salji.
Polis berpendapat penduduk kampung Anjikuni hilang lebih kurang 8 minggu sebelum kedatangan Joe Labelle.
Sehingga kini fail siasatan kes kehilangan penduduk Anjikuni masih belum menemui jawapan. Hanya teori dari pelbagai pihak sahaja yang berlegar legar cuba merungkai misteri ini. Ada pihak yang mengatakan misteri ini ada hubung kait dengan penculikan mahkluk asing.
Namun secara rasminya misteri ini masih belum selesai dan tiada siapa yang tahu di mana kesemua penduduk kampung Anjikuni ini pergi.
Sumber: https://mysteriousfacts.com/the-story-behind-disappearance-of-people-from-anjikuni-village/
Like dan follow facebook page kami
--->>>>https://www.facebook.com/kolopia/
Subscribe to:
Posts (Atom)