Pernah viral di internet kononnya terdapat satu kaum yang mengamalkan ilmu hitam sehingga mampu membuatkan mayat itu hidup kembali untuk mencari pembunuhnya.
Cerita itu kedengaran sangat hebat dan nampak seperti benar namun cerita itu diputarbelit berdasarkan satu budaya unik suku kaum Toraja.
Budaya yang unik ini di panggil upacara ma'nene yang bermaksud upacara penyucian atau pun upacara mayat berjalan.
Kaum Toraja adalah kaum yang tinggal di selatan Sulawesi. Bila berbincang tentang pengkebumian, Toraja memiliki satu tradisi yang sangat unik dan berbeza.
Bagi kaum Toraja, mereka tidak mengkebumikan mayat ahli keluarga yang meninggal sebaliknya mereka akan menyimpan mayat tersebut. Ada yang menyimpan mayat di pokok besar, di dalam gua, rumah yang di bina khas malah ada yang menyimpan mayat ahli keluarga mereka di dalam rumah dan tinggal bersama-sama.
Selang beberapa tahun mereka akan menjalankan upacara ma'nene. Dalam upacara ini mereka akan membuka keranda dan membersihkan mayat kemudian menukar pakaian yang cantik. Mereka juga akan membawa mayat itu berjalan mengelilingi kampung.
Mayat ahli keluarga yang dibawa berjalan |
Ketika upacara ini, kesemua ahli keluarga si mati akan berkumpul. Mereka akan meluangkan masa bersama mayat si mati dan mereka melayan si mati seperti masih hidup. Mereka akan menawarkan makanan, minuman dan rokok kepada mayat si mati sebagai simbolik ritual. Pada masa kini kebanyakan ahli keluarga akan mengambil gambar bersama mayat sebelum di masukan semula ke dalam keranda.
Walau bagai mana pun tradisi ma'nene ini semakin jarang kelihatan kerana kemasukan agama kristian dikalangan suku Toraja. Hampir 80% kaum Toraja di Sulawesi memeluk agama kristian sejak 1950. Sebelum itu, kaum Toraja menganut kepercayaan aminisme yang di panggil Alok to dolo.
Sumber:
- https://www.bbc.com/indonesia/majalah-39638082
-https://allthatsinteresting.com/7-bizarre-cultural-practices
Like dan follow facebook page kami
--->>>>https://www.facebook.com/kolopia/
No comments:
Post a Comment