Friday, February 22, 2019
Kesemua penduduk kampung hilang dengan misteri.
Menurut lagenda, ketika bulan penuh pada malam musim sejuk sekitat november 1930, seorang pemburu bernama Joe Labelle pergi ke perkampungan Anjikuni berdekatan tasik Anjikuni di daerah Kivalliq, Nunavut Kanada. Apa yang menghairankan, ketika dia tiba di perkampungan itu Joe Labelle tidak melihat sebarang kelibat manusia mahupun binatang peliharaan.
Joe Labelle sebenarnya sudah biasa dengan penduduk kampung Anjikuni kerana sudah beberapa kali menumpang di kampung itu ketika memburu. Dia sangat rapat dengan penduduk kampung itu kerana mereka sangat mesra terhadap Joe. Namun peliknya pada malam itu tiada siapa pun kelihatan menyambut kedatangannya, malah bunyi anjing yang biasanya menyalak setiap kali Joe tiba di kampung itu tidak kedengaran.
Joe kemudiannya memeriksa kesetiap Rumah dan pondok di kampung itu. Dia mendapati setiap rumah masih lengkap dengan peralatan rumah, pakaian, bekalan makanan dan juga senjata memburu masih lagi bersangkut pada dinding. Ada sesetengah rumah yang masih terhidang pinggan mangkuk namun makanan didalamnya sudah pun basi.
Joe cuba menjejaki kalau-kalau ada bekas laluan atau pun tapak kaki manusia di atas salji namun tiada. Joe tidak menemui sebarang petanda penduduk kampung itu bergerak keluar dari kampung secara beramai-ramai.
Berikutan kejadian itu Jeo pergi ke telegraph yang berdekatan untuk menghantar pesanan kepada polis pergunungan Kanada.
Setelah polis menjalankan siasatan mereka mendapati sesuatu yang pelik dan menyeramkan.
Polis mendapati kesemua kuburan di perkampungan itu digali dan mayat dalam kuburan itu hilang. Tidak jauh dari perkampungan mereka menemui 7 ekor bangkai anjing yang ditimbus oleh salji.
Polis berpendapat penduduk kampung Anjikuni hilang lebih kurang 8 minggu sebelum kedatangan Joe Labelle.
Sehingga kini fail siasatan kes kehilangan penduduk Anjikuni masih belum menemui jawapan. Hanya teori dari pelbagai pihak sahaja yang berlegar legar cuba merungkai misteri ini. Ada pihak yang mengatakan misteri ini ada hubung kait dengan penculikan mahkluk asing.
Namun secara rasminya misteri ini masih belum selesai dan tiada siapa yang tahu di mana kesemua penduduk kampung Anjikuni ini pergi.
Sumber: https://mysteriousfacts.com/the-story-behind-disappearance-of-people-from-anjikuni-village/
Like dan follow facebook page kami
--->>>>https://www.facebook.com/kolopia/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tourist Wins $200,000 At Tourist's $200,000 Scramble
ReplyDeleteTourist won $200,000 titanium meaning playing titanium engagement rings for her Tourist's 'Boutique Tourist' joico titanium at the Las titanium easy flux 125 amp welder Vegas Motor Speedway (MTSX) in January, 2020. titanium jewelry for piercings