Friday, February 1, 2019

Lelaki yang tidak makan sejak 1940


Prahlad Jani yang juga dikenali sebagai Mataji lahir pada 13 ogos 1929. Beliau yang juga merupakan seorang sami Hindu berkata dia tidak pernah makan dan minum sejak 1940.

Prahlad Jani dilahirkan di Chunriwala Mataji dan membesar di Charada, daerah Mehsana India. Menurut Jani beliau meninggalkan Rajasthan sejak berusia 7 tahun dan tinggal di dalam hutan. Pada umur 12 tahun, Jani mengalami panggilan keagaaman kemudian menjadi pengikut dewa Hindu, Amba. Sejak itu Jani berupaya menahan lapar yang panjang dan percaya dewa Amba memberinya cecair melalui lelangit mulutnya yang membolehkan beliau menahan lapar yang panjang.

Sejak tahun 1970 Jani tinggal di dalam gua yang berdekatan dengan kuil dan menghabiskan kebanyakan masanya bermeditasi.

SIASATAN SAINTIFIK
Dakwaan Jani bahawa beliau tidak makan dan minum sejak 1940 menarik minat ahli saintis untuk menjalankan ujian dan pemerhatian terhadapnya. Dr.Sudhir Shah seorang neurologist dari Sterling Hospital di Ahmedabad India, melakukan ujian terhadap Jani pada 2003 dan juga 2010. Dalam kedua-dua ujian eksperimen ini memutuskan Jani mampu menahan lapar dalam masa yang panjang tanpa menjejaskn kesihatan tubuhnya. Keputusan ujian itu juga dihantar sebagai jurnal saintifik.

UJIAN 2003
Pada tahun 2003 Jani diperhati dan diuji selama 10 hari. Selama ujian itu jani dikurung dalam sebuah bilik berkunci. Dr.Sudhir melaporkan selain tidak makan dan minum Jani juga tidak kencing dan berak selama 10 hari. Walau bagaimana pun Dr.Shudir mendapati terdapat air kencing dalam pundi kencong Jani. Selain dari itu semua ujian klinikal terhadap tubuh Jadi adalah normal.


UJIAN 2010
Dari 22 april hingha 6 may 2010 Jani sekali lagi dibawa untuk menjalankan pemerhatian dan ujian. Eksperimen ini sekali lagi diketuai oleh Dr.Shudir dan dibantu 35 pengkaji lain dari Defence Institute Of Physiologi And Allied Science (DIPAS). Organisasi ini berharap keputusan ujian terhadap Jani dapat diaplikasikan dalam ketenteraan. Pasukan pengkaji ini setiap hari menguji sampel darah dan membuat imbasan terhadap tubuh Jani. Pengawasan selama 24jam berserta rakaman kamera litar tertutup dan juga pengawal peribadi turut dikenakan keatas Jani yang dikurung dalam bilik berkunci. Selepas 15 hari pasukan pengkaji mendapati Jani tidak pernah makan dan minum serta berak dan kencing sepanjang tempoh pengawasan. Selain itu semua ujian klinikal terhadap Jani adalah normal. Malah pasukan pengkaji mendapati kesihatan Jani seperti seorang yang separuh dari usianya.

Pada tahun 2010 DIPAS mengumukan untuk membuat penyelidikan lanjut terhadap keupayaan Jani melawan kelaparan dan dihedrasi yang tinggi.

Sumber:
Wikipedia
Lightdocumentary.com

Terima kasih kerana membaca.
Like Facebook page kami;
https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment