Monday, December 31, 2018
Misteri menjelang New Year di pekan Nabalu.
Cerita ini terjadi pada penghujung disember 2015. Ia satu cerita misteri yang menimpa saya di pekan Nabalu. Ya di pekan Nabalu yang cantik view gunung dia tu. Kejadian ini tidak lah seram sangat cuma saya masih belum dapat jawapan dan kepastian dengan apa yang berlaku.
Cerita ini bermula begini. Saya dengan bini saya bercadang sambut new year di kg dia saaana Ranau sebab kami sudah sambut krismas di kampung saya di Ranau juga tapi saya punya kampung masuk dalaaam lagi. (Tu nama kampung biar lah rahsia bah kan). Jadi yang 30 hb 12 2015 tu awal pagi lagi kami dari kk sebab mahu palan-palan jalan bilang bini saya. Maklum lah ni kalau mood cuti ni malas mau jalan kalang kabut. Banyak lagi singgah singgah terutama sana sinalau bakas. Jadi lebih kurang jam 8 pagi kami gerak sudah balik Ranau. Sekitar jam 10 pagi kami di pekan Nabalu sudah. Saya kalau balik Ranau wajib singgah Pekan Nabalu sebab mahu kasi lurus kaki, mahu kencing, mahu sigup sigup lagi dan kadang kadang singgah kopi2 dulu. Dan waktu saya singgah di pekan Nabalu tu tiada yang ganjil dan tiada yang menakutkan. Ya lah baru jam 10 pagi mana ada hantu kan. Tapi yang seramnya time saya duduk sambil besigup bawa pokok dekat tandas kraftangan tu tiba-tiba handphone saya berbunyi, ada panggilan masuk. Saya nampak nama yang keluar di telefon tidak sedap sudah hati saya. Sekali saya jawab tu call ceiiiii betu-betul bah firasat saya.
Saya punya bini kerja makan gaji dan dia sudah apply cuti. 5 hari lagi tu, jadi tiada sudah dia mahu risau. Saya ni kerja sendiri(pelukis) dan kebetulan ada projek buat ilustrasi buku sama kawan. Sebelum balik kampung semua part saya sudah saya kasi selesai jadi saya anggap semua ok sebab editor mahu tengok pun 6 hb januari 2016. Tapi malangnya kawan saya yang call tadi tu cakap "bro, penulis dan ilustrator kena suruh kumpul besok di palace hotel. Ini malam cek in sudah. Seminggu kita bengkel sebelum submit sama editor". Fuuhhh dia punya ayat tu simple saja tapi dengan kejam kasi padam bayangan kehausan saya sama tu tumpung tapai pahit manis, sama sinalau bakas bosou tuhau, taaaaapunn saja lah. Dengan tabah saya menjawab "ok bro, tapi mungkin lambat sikit saya sampai. Dalam tengah malam mangkali saya cek in".
Bini saya yang baru keluar dari tandas tengok saya sambil bekedut dahi tanda hairan.
"Kenapa kau ni pucat macam nampak hantu" dia bilang.
Jadi saya pun kasi jelas sama dia yang saya tidak dapat join dia sama family dia sambut new year. Bini saya cakap "oh bah, kalau begitu kau hantar saya balik kampung saja lah, nanti pulang kk saya ikut kakak. Tapi kalau kamu siap awal balik lah ambil saya."
Saya jawab "bah" saja sebab macam itu lah ending cuti-cuti malaysia saya.
Kami meneruskan perjalanan dengan mood new year yang pudar sudah. Bini saya cuba kasi ceria suasana sebab dia nampak muka haus saya yang penuh kekecewaan. Bilang bini saya "kalau saya letak anak kura-kura di mulut kau yang monyok sudah kompem tebalik tidak boleh naik".. sambil dia ketawa terbahak bahak. Saya senyum kambing saja sebab sudah lah tidak lucu haus lagi.
Sampai saja di pekan Ranau kami lunch dan terus beli barang untuk new year. Saya kasi biar bini saya yang berabis membeli sebab saya tiada mood sudah. Nampak tu arang ingat sinalau, apa lagi kalau nampak tu minuman, terus sesak nafas saya mahu fikir.
Habis saja kami membeli di pekan terus pecut balik kampung dengan perjalanan lebih kurang sejam. Dekat juga bah tu tapi ada jalan garabol lagi kan. Sudah lah viva saja kereta, auto pula tu macam mana mau laju di garabol kan.
Bila kami mahu sampai sudah di rumah bini saya, dari jauh saya boleh nampak sudah ipar-ipar dan biras-biras saya santai santai sana bawa rumah. Bila saya nampak senyuman diorang menyambut ketibaan kami macam saya boleh rasa "nikali lah, sampai kalapik!!" dalam hati diorang. Tapi apa kan daya, next time lah. Saya jumpa bapa sama mama bini saya kasi jelas sama diorang semua yang saya tidak dapat sambut new year di kampung sebab urusan kerja. Diorang semua memang sporting dan memahami. Lepas saya berehat dalam sejam begitu saya pun salam semua family bini saya sebab mahu gerak sudah pulang kk. Memang penat tapi tanggung jawab mesti dilaksanakan.
Lebih kurang jam 5 setengah petang saya mula gerak dari kampung bini saya. Sampai di pekan Ranau mahu gelap sudah. Oleh kerana masih kenyang sebab ada makan di rumah mentua tadi saya cuma singgah isi minyak di pekan dan teruskan perjalanan.
Memandu di jalan Ranau-kk pada waktu malam sudah menjadi kebiasaan saya. Selama ini saya tidak pernah diganggu apa juga jenis hantu atau pun apa juga jenis manusia berperangai hantu di sepanjang jalan Ranau-kk. Pernah saya memandu balik Ranau waktu subuh satu orang pun tidak pernah saya mengalami benda yang pelik. Malah saya belum pernah dengar orang bercerita sama saya yang dia mengalami gangguan ketika memandu jalan Ranau-kk. Sebab itu lah walau pun saya ini penakut, macam tiada memandu satu orang ikut jalan Ranau-kk.
Tapi kali ini ada sedikit kelainan dari kebiasaan. Lepas saya isi minyak saya teruskan perjalanan. Lebih kurang 10 minit kemudian saya rasa macam terlampau penat dan rasa mengantuk. Dalam hati saya "nanti lah di kundasang tidur dalam 10 minit". Sebelum sampai kundasang, rasa betul-betul berat mata saya. Sehingga sambung menyambung tu rokok saya hisap mahu kasi hilang mengantuk. Sampai saja di kundasang saya parking tepi jalan, kasi rebah kerusi dan terus baring. Saya tidak pasti berapa minit saya tertidur, tiba-tiba saya dengar 'weew!! Weew!! Bilang tu bunyi ambulan. Terkejut betul saya terus terbangun panik campur mamai mamai lagi. Itu ambulans datang dari arah ranau. Lepas terbangun saya terus start kereta dan jalan. Sebab macam hilang tu mengantuk terkejut dengar bunyi ambulan.
Lebih kurang 5 minit lepas saya gerak dari kundasang tiba-tiba saya dengar lagi bunyi ambulan. Dalam hati saya "aik, banyak juga emergency hari ni". Tapi ini kali itu ambulan datang dari arah kk.
"Bukan kebiasaan kalau ada yang kritikal itu pesakit kena hantar kk kah. Kenapa ni ambulan turun Ranau pula" saya bercakap satu orang sambil kasi hilang mengantuk.
Dalam hati saya mungkin ambulan yang sama juga tadi ambil orang sakit bawa pergi hospital Ranau. Tanpa berfikir lebih banyak lagi pasal itu ambulan saya pun terus memandu macam biasa sambil menyanyi bersama kepulan asap rokok campur kabus tanah tinggi yang sejuk menusuk kalbu.
Time saya siok siok nyanyi lagu bruno mars dengan lirik yang salah bersama suara yang sumbang, tiba-tiba ada cahaya kemerah merahan datang dari belakang. Saya cuba perhati betul-betul.
"Aik ambulan lagi?"
Tapi ini kali tu ambulan tidak berbunyi siren dia. Cuma lampu kecemasan dia saja yang berkelip kelip. Sambil bingung sebab banyak muncul ambulan saya memperlahankan kereta saya supaya itu ambulan boleh memotong. Itu ambulan semakin dekat di belakang saya. Tapi peliknya walaupun tiada kereta dan ada ruang memotong tu ambulan masih mengekori saya dan tidak mahu memotong.
"Pelik juga ni" dalam hati saya.
Saya cuba lagi tengok itu ambulan dari cermin. Yang pelik lagi biasanya lampu dalam kereta ambulan terang dan kita dari luar jelas nampak melalui cermin depan ambulan. Tapi ambulan ini gelap saja dalam dia. Terus lain perasaan saya. Dalam keadaan gelap gelita di jalan Ranau -kk dengan dengan kabus tebal sekali sekala memendekkan jarak penglihatan, kereta viva auto saya yang pandai semput naik bukit diekori oleh ambulan pelik. Macam mana laju saya begitu juga laju ambulan tu. Macam mana perlahan saya pandu ambulan tu masih di belakang saya. Walau pun ruang memotong besar atau jalan 3 lorong itu ambulan tetap di belakang saya. Terus berpeluh dahi saya sebab banyak sudah imiginasi bermain di kepala saya.
Bila sudah keadaan begitu saya pun memandu dengan kelajuan maksimum yang saya mampu. Viva saya pun teriak teriak sudah enjin dia kena picit minyak dia berabis. Tengok belakang pun saya tidak berani sudah. Takut pula sekali saya tengok bukan ambulan lagi tapi perempuan terbang ikut-ikut saya. Sampai begitu imiginasi saya disebabkan ambulan pelik ni.
Saya terus memandu dengan laju. Tapi saya cuba tenangkan fikiran dan cuba fikir apa yang perlu saya buat. Saya punya idea mahu kasi berenti tu kereta untuk menguji itu ambulan ikut behenti atau jalan terus. Tapi saya tidak berani berhenti sembarangan. Takut kalau saya berhenti sembarangan lepas itu ambulan pun ikut berhenti, sekali keluar dari kereta ambulan tu semua tiada muka macam mana.?
Saya cuba tengok itu jalan macam saya mahu dekat sudah itu pekan Nabalu. Saya kuatkan semangat penakut saya untuk tabah sehingga sampai pekan nabalu. Saya punya rancangan berhenti dekat restoran tepi jalan yang selalu buka waktu malam.
Sampai saja di pekan Nabalu......
Bersambung.................
Saturday, December 29, 2018
Maut terkena penyakit menari
Gambar dari wikipedia |
Kedengaran seperti tidak masuk akal apabila disebut Wabak Penyakit Menari. Tapi misteri ini tercatat sebagai satu sejarah misteri di Eropah.
Pada tahun 1518 penyakit yang di panggil Dancing plague melanda Strasboug, Alsace ( France) yang telah meragut banyak nyawa. Kejadian ini bermula apabila seorang perempuan yang bernama Mrs. Troffea mula menari di jalanan sekitar Strasboug tanpa berhenti selama berhari-hari. Selepas seminggu seramai 34 orang turut menari bersama wanita itu. Dalam masa sebulan sahaja lebih kurang 400 orang dijangkiti penyakit ini dan kebanyakannya adalah perempuan. Mereka yang terkena wabak ini terus menari tanpa henti siang dan malam sehinggakan kebanyakan mereka jatuh sakit dan meninggal akibat kepenatan, serangan jantung serta stroke.
Pihak berkuasa tempatan telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghentikan wabak ini. Sehinggakan mereka menyediakan pentas kayu untuk 'pesakit' ini menari beserta muzik kerana mereka berfikir para pesakit akan berhenti menari sekiranya diberi ruang yang selesa dengan irama yang betul berbanding tarian serabut sebelumnya. Namun semua cara seolah olah mengeruhkan lagi keadaan apabila semakin ramai yang terjebak dengan wabak ini. Pihak berkuasa pada ketika itu berpendapat penyakit ini ada kaitan dengan astrologi dan pengaruh sihir.
Pada zaman sekarang teori yang terkenal untuk menjelaskan kejadian ini ialah keracunan makanan daripada toksik yang dihasilkan oleh sejenis kulat yang biasa tumbuh pada bijirin gandum. Walau bagai mana pun banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan teori tersebut dan menganggap kejadian ini masih misteri sehingga kini.
Bagaimana sekiranya wabak seperti ini melanda kawasan anda. Adakah anda menerima ia sebagai penyakit yang disebabkan toksik kulat atau adakah anda akan menganggap ia adalah satu bentuk sumpahan.? Atau pun ia cuma lah satu penyakit pisikologi seperti tarian kiki challenge pada masa kini?
Friday, December 21, 2018
Fenomena 'Air mata biru' di miri Sarawak.
Walaupun begitu fenomena ini bukan lah berlaku sepanjang tahun. Sekitar september 2015 kejadian yang dirakamkan oleh jurugambar menjadikan pantai Tusan ini tiba-tiba terkenal. Sebelum masyarakat menyedari tentang fenomena ini pantai Tusan ini hanya lah dikenali di sekitar miri sahaja.
Selain daripada fenomena air mata biru ini pantai Tusan yang terletak lebih kurang 40km dari bandar Miri juga menjajikan pemandangan yang menakjubkan. Tebing tinggi yang tebentuk di pesisir pantai menjadikan pantai ini unik dan seolah olah berada di luar negara. Selain itu terdapat juga batu berbentuk kuda yang terbentuk di tebing tinggi tersebut.
Bacaan selanjutnya;
https://sarawakvoice.com/2017/04/01/air-mata-biru-di-pantai-tusan-miri-tarik-pelancong/
https://ohbulan.com/wow-pantai-ini-bertukar-biru-pada-waktu-malam-hanya-di-miri-sarawak/
Info.. Program Adam50 akan ditamatkan.
Info 21 Dis. - Disebabkan kurang mendapat sambutan menggalakkan mendorong Permodalan Nasional Berhad (PNB) menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia atau ADAM50 mulai 31 Disember 2018 selepas setahun ia dibuka kepada semua bayi yang lahir pada 2018.
Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, bagaimanapun pendaftaran dana itu untuk bayi yang dilahirkan pada 2018 dibuka sehingga 31 Mac 2019.
Berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program ini.
“Malah, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya,” katanya dalam pembentangan prestasi PNB bagi 2018 di sini hari ini.
ADAM50 diumumkan kerajaan sebelum ini di bawah Belanjawan 2018 khusus untuk setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 sehingga 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/adam50-ditamatkan-kurang-sambutan-1.808713#ixzz5aJpCXrbY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, December 19, 2018
Lelaki misteri dari Taured.
Kejadian misteri ini berlaku di Jepun sekitar tahun 1954. Pada Satu pagi, di lapangan terbang Haneda seorang lelaki yang kelihatan seperti ahli perniagaan tiba di kaunter imigresen untuk pemeriksaan. Tiada sedikit pun yang pelik tentang lelaki ini ketika di minta untuk mengeluarkan passport. Namun apa yang membuatkan pegawai imigresen ini bingung ialah pasport lelaki tersebut menyatakan lelaki ini berasal dari negara Taured. Satu negara yang tidak pernah wujud.
Apabila ditanya Taured berada di mana, lelaki itu berkata Taured berada di antara sepanyol dengan perancis. Pegawai itu cuba menjelaskan bahawa Taured tidak pernah wujud dan tempat yang dikatakan oleh lelaki itu mungkin Andora sambil menunjukkan peta. Lelaki itu berang dan memberitahu pegawai itu supaya tidak mempermainkannya. Pegawai itu cuba menenangkan lelaki misteri itu.
Lelaki ini datang ke Jepun dengan tujuan mesyuarat bersama satu syarikat. Walau bagaimana pun setelah syarikat tersebut dihubungi, mereka menafikan mempunyai temunjanji bersama dengan lelaki misteri ini. Syarikat tersebut juga menafikan pernah berurusan dengannya sebelum ini.
Pihak Jepun kemudian mengambil keputusan untuk menahan lelaki ini di sebuah hotel berhampiran dan menyimpan segala dokumen dan barang milik lelaki di balai polis bagi memudahkan proses penyiasatan. Ketika polis meneliti segala dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu dan pasport tiada apa yang mencurigakan selain negara asalnya yang tidak pernah wujud. Pasport lelaki misteri itu juga mempunyai cop pelbagai negara selain memiliki pelbagai jenis mata wang.
Pada keesokan harinya ketika polis ingin menyoal siasat lelaki itu mereka mendapati bilik hotel yang dihuni oleh lelaki misteri itu sudah pun kosong. Selain lelaki misteri itu hilang, barang milik lelaki itu yang berada dalam simpanan polis juga hilang. Polis kemudian membuat sekatan jalan dan memburu lelaki misteri itu namun gagal menemuinya. Peristiwa ini terus menjadi misteri tanpa sebarang petunjuk untuk catatan lanjut.
selain dari lelaki misteri Taured, peristiwa serupa pernah berlaku di utara German pada 1805 di mana seorang lelaki kelihatan seperti sesat dan mendakwa dirinya berasal dari negara Laxaria yang terletak di benua Sakria. Manakala di Paris pula seorang pemuda yang ditangkap kerana mencuri roti pada 1905 mendakwa dirinya berasal dari negara Liziba. Taured, Laxaria dan liziba adalah negara yang tidak pernah wujud, persoalannya siapa kah mereka ini.?Adakah mereka ini ialah pesakit mental atau sengaja mereka cerita untuk kepentingan diri?Atau, Adakah mereka dari dimensi lain yang secara tidak sengaja memasuki dimensi kita?
selain dari lelaki misteri Taured, peristiwa serupa pernah berlaku di utara German pada 1805 di mana seorang lelaki kelihatan seperti sesat dan mendakwa dirinya berasal dari negara Laxaria yang terletak di benua Sakria. Manakala di Paris pula seorang pemuda yang ditangkap kerana mencuri roti pada 1905 mendakwa dirinya berasal dari negara Liziba. Taured, Laxaria dan liziba adalah negara yang tidak pernah wujud, persoalannya siapa kah mereka ini.?Adakah mereka ini ialah pesakit mental atau sengaja mereka cerita untuk kepentingan diri?Atau, Adakah mereka dari dimensi lain yang secara tidak sengaja memasuki dimensi kita?
Sunday, December 16, 2018
Misteri Budak hijau di Woolpit.
Peristiwa misteri ini berlaku di perkampungan Woolpit, Suffolk England sekitar abad ke-12. Penduduk kampung Woolpit dikejutkan dengan kemunculan 2 budak adik beradik yang mempunyai kulit berwarna hijau. Kedua dua budak lelaki dan perempuan ini bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh penduduk dan juga tidak memakan makanan biasa manusia. Penduduk kampung berusaha menghidang pelbagai makanan namun ditolak sehingga lah mereka dihidangkan kacang polong. Kedua adik beradik ini perlahan-lahan menyesuaikan dengan cara hidup di sekitarnya. Namun begitu warna kehijauan pada badan budak misteri ini beransur hilang. Manakala budak lelaki itu pula jatuh sakit.
Tidak lama selepas itu budak lelaki itu meninggal dunia. Manakala budak perempuan itu pula terus hidup dan mampu menyesuaikan diri malah budak perempuan itu akhirnya mampu bertutur dalam bahasa English.
Setelah budak perempuan itu mampu berkomunikasi dalam bahasa English maka penduduk mula bertanya di mana asal usulnya. Budak itu memberitahu bahawa dia berasal dari tempat yang tidak pernah di sinari cahaya matahari dan sentiasa kelihatan seperti waktu subuh. Di tempat asalnya semua benda berwarna hijau. Dia juga memberitahu nama kampungnya dipanggil Land Of St Martin.
Apabila dia ditanya bagai mana boleh sampai di Woolpit, budak perempuan itu memberitahu yang dia tidak ingat keseluruhan kejadian itu. Yang dia ingat dia sedang berjalan dengan ayah dan adiknya di tepi sebuah sungai sebelum terpisah dengan ayahnya dan tiba di perkampungan Woolpit.
Penjelasan.
Pelbagai pihak cuba tampil dengan teori tersendiri. Ada pihak yang mengaitkan hal ini dengan penculikan dan penderaan dadah. Ada juga yang mengaitkan dengan mahkluk asing dan tidak kurang juga yang menganggap ianya satu cerita dongeng sahaja.
Namun begitu penduduk sekitar Woolpit menganggap cerita ini adalah satu kejadian sebenar yang kini menjadi lagenda dan kebanggaan penduduk sehinggakan penduduk meletakkan gambar dua orang budak pada papan tanda kampung mereka menggambarkan budak berkulit hijau itu.
Papan tanda ini digunakan sejak 1977 |
Saturday, December 15, 2018
Kapal laut berhantu, S.S Ourang Medan
Sekitar febuari 1948, 2 kapal laut milik Amerika iaitu The city of Baltimore dan silver star yang sedang belayar di selat Melaka menerima mesej kecemasan berbentuk kod morse. Mesej tersebut ialah,
"S.o.s from Ourang Medan, **** we float. All officer including captian dead in chatroom and on the bridge. Probably all the crew dead ****. (Beberapa kod kurang jelas). Selepas itu datang lagi mesej "I died".
Selepas mesej terakhir itu tiada lagi sebarang isyarat yang diterima dari kapal S.s Ourang Medan. Apabila kapal silver star berjaya menemui kapal Ourang Medan, mereka mendapati kapal tersebut dalam keadaan yang baik. Namun apa yang mengerikan ialah mereka menemui mayat yang bergelimpangan termasuk bangkai seekor anjing di dalam kapal. Mayat yang keras dengan pelbagai posisi pelik itu mati dengan mulut ternga-nga dan mata yang terbeliak seolah olah ketakutan sebelum mati.
Tiada yang terselamat dalam kapal tersebut. Kesemua mangsa juga tiada luka serta kecederaan ditemui. Ketika silver star sudah bersedia untuk menarik kapal Ourang Medan ke pelabuhan yang berhampiran dengan tiba-tiba kapal Ourang Medan terbakar. Silver star dan bomba penyelamat Belanda terpaksa berundur dan hanya mampu melihat Kapal Ourang Medan meletup, terbakar kemudian tenggelam.
Siasatan lanjut untuk kes Ourang Medan tidak dapat diteruskan kerana segala saki baki Ourang Medan untuk dijadikan petunjuk kepada kes misteri ini tenggelam buat selamanya.
Like facebook page kami:
Friday, December 14, 2018
Misteri Bebola api naga di Thailand.
Naga bukan lah sesuatu yang sangat asing di kalangan masyarakat Asia. Walau pun belum ada bukti secara fizikal kewujudan naga tetapi naga wujud dalam karya, budaya dan agama di asia.
Di Thailand satu fenomena yang sangat ganjil dikaitkan dengan kesaktian dan kewujudan naga. Di sungai Mekong beratus ratus bebola api keluar dari sungai kemudian naik lebih kurang 100 meter ke udara sebelum lenyap. Fenomena ini terjadi setiap tahun dari awal oktober sehingga lewat november.
Fenomena ini sebenarnya berlaku di banyak tempat seperti Laos dan vietnam namun di Thailand masyarakatnya menyambut dan meraihkan pesta sempena fenomena ini. Pesta yang dipanggil pesta Phayanak ini diraihkan sempena kemunculan bebola api ini pada setiap tahun. Pesta ini juga kini menjadi salah satu tarikan pelancong.
Menurut kepercayan masyarakat buddha di Thailand bebola api itu di keluarkan oleh naga untuk menyambut kedatangan buddha ke bumi setiap hujung pesta buddhist lent.
Sehingga kini fenomena ini masih lagi misteri. Walau pun ahli saintis tampil dengan beberapa penjelasan namun mereka masih gagal membuktikan teori mereka.
Sumber:Skeptoid.com, Wikipedia,
Like dan follow kami di facebook page:
https://www.facebook.com/kolopia/
Di Thailand satu fenomena yang sangat ganjil dikaitkan dengan kesaktian dan kewujudan naga. Di sungai Mekong beratus ratus bebola api keluar dari sungai kemudian naik lebih kurang 100 meter ke udara sebelum lenyap. Fenomena ini terjadi setiap tahun dari awal oktober sehingga lewat november.
Fenomena ini sebenarnya berlaku di banyak tempat seperti Laos dan vietnam namun di Thailand masyarakatnya menyambut dan meraihkan pesta sempena fenomena ini. Pesta yang dipanggil pesta Phayanak ini diraihkan sempena kemunculan bebola api ini pada setiap tahun. Pesta ini juga kini menjadi salah satu tarikan pelancong.
Menurut kepercayan masyarakat buddha di Thailand bebola api itu di keluarkan oleh naga untuk menyambut kedatangan buddha ke bumi setiap hujung pesta buddhist lent.
Sehingga kini fenomena ini masih lagi misteri. Walau pun ahli saintis tampil dengan beberapa penjelasan namun mereka masih gagal membuktikan teori mereka.
Sumber:Skeptoid.com, Wikipedia,
Like dan follow kami di facebook page:
https://www.facebook.com/kolopia/
Thursday, December 13, 2018
6 Gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung tertinggi di Asia Tenggara bukan terletak di malaysia. Berikut adalah 6 gunung tertinggi di Asia tenggara mengikut perbandingan gunung tertinggi setiap negara.
No1. Gunung Hkakabo Razi. (5,881 M)
Gunung ini terletak di maynmar. Boleh tahan juga tinggi ini gunung sehingga puncak gunung ini ada glesier (ais) lagi.
No1. Gunung Hkakabo Razi. (5,881 M)
Gunung ini terletak di maynmar. Boleh tahan juga tinggi ini gunung sehingga puncak gunung ini ada glesier (ais) lagi.
Hkakabo Razi |
No2. Puncak Jaya. (4,884 M)
Gunung ini terletak di banjaran sudirman, Papua New Guine, Indonesia. Dulu puncak jaya juga ada glesier tapi sekarang makin menipis mungkin sebab pemanasan global.
puncak Jaya |
No3.Gunung Kinabalu. ( 4,093 M)
Gunung ini terletak di Ranau Sabah, malaysia. Walaupun tidak mempunyai glesier kadangkala akan terdapat bekuan air menjadi kepingan ais di puncak apabila musim suhu rendah. Kundasang merupakan kaki gunung kinabalu popular sebagai destinasi peancong dan banyak jual sayur. Banyak sumandak lawa lawa lagi.
Kinabalu |
No4. Gunung Fansipan ( 3,143 M)
Gunung ini terletak di Vietnam. Fansipan merupakan gunung tertinggi di semenanjung IndoChina sehingga mendapat gelaran 'The Roof of Indochina'.
Fansipan |
No5. Gunung Ramelau (2,963 M)
Gunung ini terletak di Timor Leste. Gunung ini bukan saja menjadi kebanggaan sebagai puncak tertinggi di Timor Leste tetapi juga sebagai tempat suci keagamaan. Di puncaknya terletak patung Virgin Mary dan menjadi kunjungan terhadap orang kristian setiap tahun.
Ramelau |
No6. Gunung Apo (2,956 M)
Gunung ini terletak di Filipin. Gunung yang tertinggi di Filipina ini berada di Kota Davao daerah Catabato.
Apo |
Nota; senarai kedudukan gunung tertinggi di asia tenggara ini dibuat dengan membandingkan setiap gunung yang tertinggi dari setiap negara di asia tenggara. Jika dibuat kedudukan gunung tertinggi bagi setiap gunung yang terdapat di asia tenggara, maka Gunung kinabalu berada di kedudukan ke 23 berikut adalah kedudukannya.
Name | Height | Location |
---|---|---|
Hkakabo Razi [1] | 5,881 m (19,295 ft) | Myanmar |
Gamlang Razi [1] | 5,870 m (19,259 ft) | Myanmar |
Peak 5710 [1] | 5,710 m (18,734 ft) | Myanmar |
Dindaw Razi [1] | 5,464 m (17,927 ft) | Myanmar |
Tami Razi [1] | 5,101 m (16,736 ft) | Myanmar |
Sheankala Razi | 5,000 m (16,404 ft) | Myanmar |
Puncak Jaya | 4,884 m (16,024 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Sumantri | 4,870 m (15,978 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Ngga Pulu | 4,862 m (15,951 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Carstensz East | 4,820 m (15,814 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Puncak Mandala | 4,760 m (15,617 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Puncak Trikora | 4,750 m (15,584 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Ngga Pilimsit | 4,717 m (15,476 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Madoi Razi[2] | 4,616 m (15,144 ft) | Myanmar |
Mount Yamin | 4,540 m (14,895 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Mount Wilhelm | 4,505 m (14,780 ft) | Papua New Guinea (New Guinea) |
J. P. Coen Peak | 4,500 m (14,764 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Valentiyn Peak | 4,453 m (14,610 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Mount Giluwe | 4,367 m (14,327 ft) | Papua New Guinea (New Guinea) |
Phangran Razi | 4,328 m (14,199 ft) | Myanmar / India |
Mount Tambora before 1815 | 4,300 m (14,108 ft) | Indonesia (Sumbawa) |
Phonyin Razi | 4,282 m (14,049 ft) | Myanmar / India |
Mount Kinabalu | 4,095 m (13,435 ft) | Malaysia (Borneo) |
Ngga Nggulumbulu | 4,061 m (13,323 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Antares | 3,970 m (13,025 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Angemuk | 3,949 m (12,956 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Mount Saramati | 3,826 m (12,552 ft) | Myanmar / India |
Mount Kerinci | 3,805 m (12,484 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Jumbul Ambera | 3,785 m (12,418 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Mount Kobowre | 3,750 m (12,303 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Mount Rinjani | 3,727 m (12,228 ft) | Indonesia (Lombok) |
Mount Semeru | 3,677 m (12,064 ft) | Indonesia (Java) |
Phongan Razi | 3606 m ( 11,830 ft) | Myanmar/ India |
Mount Rantemario / Latimojong | 3,478 m (11,411 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Mount Tanpa Nama | 3,466 m (11,371 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mount Slamet | 3,428 m (11,247 ft) | Indonesia (Java) |
Bumhpa Bum | 3,411 m (11,191 ft) | Myanmar |
Mount Sumbing | 3,371 m (11,060 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Arjuno | 3,339 m (10,955 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Raung | 3,332 m (10,932 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Lawu | 3,265 m (10,712 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Lonkrumadin | 3,185 m (10,449 ft) | Myanmar |
Mount Dempo | 3,173 m (10,410 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mount Welirang | 3,156 m (10,354 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Merbabu | 3,145 m (10,318 ft) | Indonesia (Java) |
Fansipan | 3,143 m (10,312 ft) | Vietnam |
Mount Sundoro (/Sindoro) | 3,136 m (10,289 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Leuser | 3,119 m (10,233 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mol Len | 3,088 m (10,131 ft) | Myanmar |
Iyang-Argapura | 3,088 m (10,131 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Cereme (/Ciremai) | 3,078 m (10,098 ft) | Indonesia (Java) |
Phu Si Lung | 3,076 m (10,092 ft) | Vietnam |
Mount Gandang Dewata | 3,074 m (10,085 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Nat Ma Taung (Mount Victoria) | 3,070 m (10,072 ft) | Myanmar |
Mount Agung | 3,031 m (9,944 ft) | Indonesia (Bali) |
Fuyul Sojol | 3,030 m (9,941 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Mount Binaiya | 3,027 m (9,931 ft) | Indonesia (Seram) |
Mount Pangrango | 3,019 m (9,905 ft) | Indonesia (Java) |
Buyu Balease | 3,016 m (9,895 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Phu Luong | 2,985 m (9,793 ft) | Vietnam |
Tatamailau / Ramelau | 2,986 m (9,797 ft) | East Timor |
Pegunungan Arfak | 2,955 m (9,695 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Mount Apo | 2,954 m (9,692 ft) | Philippines (Mindanao) |
Mount Dulang-dulang | 2,938 m (9,639 ft) | Philippines (Mindanao) |
Mount Merapi | 2,930 m (9,613 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Pulag | 2,922 m (9,587 ft) | Philippines (Luzon) |
Mount Talakmau | 2,919 m (9,577 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mount Marapi | 2,891 m (9,485 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Geureudong | 2,885 m (9,465 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mount Kalatungan | 2,880 m (9,449 ft) | Philippines (Mindanao) |
Mount Singgalang | 2,877 m (9,439 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Moncong Lompobatang | 2,874 m (9,429 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Bulu Kandela | 2,870 m (9,416 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Mount Butak | 2,868 m (9,409 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Tambora | 2,850 m (9,350 ft) | Indonesia (Sumbawa) |
Mount Patah | 2,850 m (9,350 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Phou Bia | 2,819 m (9,249 ft) | Laos |
Mount Ragang / Piapayungan | 2,815 m (9,236 ft) | Philippines (Mindanao) |
Peuët Sagoë | 2,801 m (9,190 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Ijen | 2,799 m (9,183 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Tujuh | 2,732 m (8,963 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Phu Xai Lai Leng | 2,720 m (8,924 ft) | Laos / Vietnam |
Kennedy Peak | 2,703 m (8,868 ft) | Myanmar |
Mount Kapalatmada | 2,700 m (8,858 ft) | Indonesia (Buru) |
Sangpang Bum | 2,692 m (8,832 ft) | Myanmar |
Loi Leng | 2,673 m (8,770 ft) | Myanmar |
Mount Tagubud | 2,670 m (8,760 ft) | Philippines (Mindanao) |
Mount Papandayan | 2,665 m (8,743 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Mekongga | 2,650 m (8,694 ft) | Indonesia (Sulawesi) |
Mount Trusmadi | 2,643 m (8,671 ft) | Malaysia (Borneo) |
Mong Ling Shan | 2,641 m (8,665 ft) | Myanmar |
Nattaung | 2,623 m (8,606 ft) | Myanmar |
Ngọc Linh | 2,598 m (8,524 ft) | Vietnam |
Mount Talang | 2,597 m (8,520 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mount Halcon | 2,586 m (8,484 ft) | Philippines (Mindoro) |
Mount Tambuyukon | 2,579 m (8,461 ft) | Malaysia (Borneo) |
Doi Inthanon | 2,565 m (8,415 ft) | Thailand |
Loi Pangnao | 2,563 m (8,409 ft) | Myanmar |
Bon Irau | 2,501 m (8,205 ft) | Indonesia (New Guinea) |
Bukit Daun | 2,467 m (8,094 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mayon Volcano | 2,462 m (8,077 ft) | Philippines (Luzon) |
Mount Sinabung | 2,460 m (8,071 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Kanlaon Volcano | 2,435 m (7,989 ft) | Philippines (Negros) |
Mount Mutis | 2,427 m (7,963 ft) | Indonesia (Timor) |
Mount Murud | 2,423 m (7,949 ft) | Malaysia (Borneo) |
Mount Malindang | 2,404 m (7,887 ft) | Philippines (Mindanao) |
Mount Chiêu Lầu Thi | 2,402 m (7,881 ft) | Vietnam (Hà Giang) |
Mount Mulu | 2,376 m (7,795 ft) | Malaysia (Borneo) |
Matebian | 2,372 m (7,782 ft) | East Timor |
Poco Mandasawu (Ranakah) | 2,370 m (7,776 ft) | Indonesia (Flores) |
Mount Bromo | 2,329 m (7,641 ft) | Indonesia (Java) |
Bukit Raya | 2,300 m (7,546 ft) | Indonesia (Borneo) |
Mount Matutum | 2,286 m (7,500 ft) | Philippines (Mindanao) |
Doi Pha Hom Pok | 2,285 m (7,497 ft) | Thailand |
Mount Sibayak | 2,212 m (7,257 ft) | Indonesia (Sumatra) |
Mount Salak | 2,211 m (7,254 ft) | Indonesia (Java) |
Mount Tahan | 2,187 m (7,175 ft) | Malaysia (Peninsular) |
Mount Korbu | 2,183 m (7,162 ft) | Malaysia (Peninsular) |
Mount Yong Belar | 2,180 m (7,152 ft) | Malaysia (Peninsular) |
Doi Chiang Dao | 2,175 m (7,136 ft) | Thailand |
Mount Chamah | 2,171 m (7,123 ft) | Malaysia (Peninsular) |
Mount Banahaw | 2,170 m (7,119 ft) | Philippines (Luzon) |
Galunggung | 2,168 m (7,113 ft) | Indonesia (Java) |
Phu Soi Dao | 2,120 m (6,955 ft) | Thailand / Laos |
Mount Irau | 2,110 m (6,923 ft) | Malaysia (Peninsular) |
Mount Benum | 2,107 m (6,913 ft) | Malaysia (Peninsular) |
Mount Mantalingajan | 2,085 m (6,841 ft) | Philippines (Palawan) |
Phou Khe | 2,079 m (6,821 ft) | Thailand / Laos |
Myinmoletkat Taung | 2,072 m (6,798 ft) | Myanmar |
Mount Guiting-Guiting | 2,058 m (6,752 ft) | Philippines (Sibuyan) |
Bukit Batu Lawi | 2,046 m (6,713 ft) | Malaysia (Borneo) |
Mount Tapulao | 2,037 m (6,683 ft) | Philippines (Luzon) |
Doi Mae Tho | 2,031 m (6,663 ft) | Thailand |
Mount Isarog | 2,000 m (6,562 ft) | Philippines (Luzon) |
Subscribe to:
Posts (Atom)