Sekitar febuari 1948, 2 kapal laut milik Amerika iaitu The city of Baltimore dan silver star yang sedang belayar di selat Melaka menerima mesej kecemasan berbentuk kod morse. Mesej tersebut ialah,
"S.o.s from Ourang Medan, **** we float. All officer including captian dead in chatroom and on the bridge. Probably all the crew dead ****. (Beberapa kod kurang jelas). Selepas itu datang lagi mesej "I died".
Selepas mesej terakhir itu tiada lagi sebarang isyarat yang diterima dari kapal S.s Ourang Medan. Apabila kapal silver star berjaya menemui kapal Ourang Medan, mereka mendapati kapal tersebut dalam keadaan yang baik. Namun apa yang mengerikan ialah mereka menemui mayat yang bergelimpangan termasuk bangkai seekor anjing di dalam kapal. Mayat yang keras dengan pelbagai posisi pelik itu mati dengan mulut ternga-nga dan mata yang terbeliak seolah olah ketakutan sebelum mati.
Tiada yang terselamat dalam kapal tersebut. Kesemua mangsa juga tiada luka serta kecederaan ditemui. Ketika silver star sudah bersedia untuk menarik kapal Ourang Medan ke pelabuhan yang berhampiran dengan tiba-tiba kapal Ourang Medan terbakar. Silver star dan bomba penyelamat Belanda terpaksa berundur dan hanya mampu melihat Kapal Ourang Medan meletup, terbakar kemudian tenggelam.
Siasatan lanjut untuk kes Ourang Medan tidak dapat diteruskan kerana segala saki baki Ourang Medan untuk dijadikan petunjuk kepada kes misteri ini tenggelam buat selamanya.
Like facebook page kami:
No comments:
Post a Comment