Peristiwa misteri ini berlaku di perkampungan Woolpit, Suffolk England sekitar abad ke-12. Penduduk kampung Woolpit dikejutkan dengan kemunculan 2 budak adik beradik yang mempunyai kulit berwarna hijau. Kedua dua budak lelaki dan perempuan ini bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh penduduk dan juga tidak memakan makanan biasa manusia. Penduduk kampung berusaha menghidang pelbagai makanan namun ditolak sehingga lah mereka dihidangkan kacang polong. Kedua adik beradik ini perlahan-lahan menyesuaikan dengan cara hidup di sekitarnya. Namun begitu warna kehijauan pada badan budak misteri ini beransur hilang. Manakala budak lelaki itu pula jatuh sakit.
Tidak lama selepas itu budak lelaki itu meninggal dunia. Manakala budak perempuan itu pula terus hidup dan mampu menyesuaikan diri malah budak perempuan itu akhirnya mampu bertutur dalam bahasa English.
Setelah budak perempuan itu mampu berkomunikasi dalam bahasa English maka penduduk mula bertanya di mana asal usulnya. Budak itu memberitahu bahawa dia berasal dari tempat yang tidak pernah di sinari cahaya matahari dan sentiasa kelihatan seperti waktu subuh. Di tempat asalnya semua benda berwarna hijau. Dia juga memberitahu nama kampungnya dipanggil Land Of St Martin.
Apabila dia ditanya bagai mana boleh sampai di Woolpit, budak perempuan itu memberitahu yang dia tidak ingat keseluruhan kejadian itu. Yang dia ingat dia sedang berjalan dengan ayah dan adiknya di tepi sebuah sungai sebelum terpisah dengan ayahnya dan tiba di perkampungan Woolpit.
Penjelasan.
Pelbagai pihak cuba tampil dengan teori tersendiri. Ada pihak yang mengaitkan hal ini dengan penculikan dan penderaan dadah. Ada juga yang mengaitkan dengan mahkluk asing dan tidak kurang juga yang menganggap ianya satu cerita dongeng sahaja.
Namun begitu penduduk sekitar Woolpit menganggap cerita ini adalah satu kejadian sebenar yang kini menjadi lagenda dan kebanggaan penduduk sehinggakan penduduk meletakkan gambar dua orang budak pada papan tanda kampung mereka menggambarkan budak berkulit hijau itu.
Papan tanda ini digunakan sejak 1977 |
No comments:
Post a Comment