Wednesday, December 19, 2018

Lelaki misteri dari Taured.

  

Kejadian misteri ini berlaku di Jepun sekitar tahun 1954. Pada Satu pagi, di lapangan terbang Haneda seorang lelaki yang kelihatan seperti ahli perniagaan tiba di kaunter imigresen untuk pemeriksaan. Tiada sedikit pun yang pelik tentang lelaki ini ketika di minta untuk mengeluarkan passport. Namun apa yang membuatkan pegawai imigresen ini bingung ialah pasport lelaki tersebut menyatakan lelaki ini berasal dari negara Taured. Satu negara yang tidak pernah wujud.
  Apabila ditanya Taured berada di mana, lelaki itu berkata Taured berada di antara sepanyol dengan perancis. Pegawai itu cuba menjelaskan bahawa Taured tidak pernah wujud dan tempat yang dikatakan oleh lelaki itu mungkin Andora sambil menunjukkan peta. Lelaki itu berang dan memberitahu pegawai itu supaya tidak mempermainkannya. Pegawai itu cuba menenangkan lelaki misteri itu.


  Lelaki ini datang ke Jepun dengan tujuan mesyuarat bersama satu syarikat. Walau bagaimana pun setelah syarikat tersebut dihubungi, mereka menafikan mempunyai temunjanji bersama dengan lelaki misteri ini. Syarikat tersebut juga menafikan pernah berurusan dengannya sebelum ini.
   Pihak Jepun kemudian mengambil keputusan untuk menahan lelaki ini di sebuah hotel berhampiran dan menyimpan segala dokumen dan barang milik lelaki di balai polis bagi memudahkan proses penyiasatan. Ketika polis meneliti segala dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu dan pasport tiada apa yang mencurigakan selain negara asalnya yang tidak pernah wujud. Pasport lelaki misteri itu juga mempunyai cop pelbagai negara selain memiliki pelbagai jenis mata wang.
  Pada keesokan harinya ketika polis ingin menyoal siasat lelaki itu mereka mendapati bilik hotel yang dihuni oleh lelaki misteri itu sudah pun kosong. Selain lelaki misteri itu hilang, barang milik lelaki itu yang berada dalam simpanan polis juga hilang. Polis kemudian membuat sekatan jalan dan memburu lelaki misteri itu namun gagal menemuinya. Peristiwa ini terus menjadi misteri tanpa sebarang petunjuk untuk catatan lanjut.
   selain dari lelaki misteri Taured, peristiwa serupa pernah berlaku di utara German pada 1805 di mana seorang lelaki kelihatan seperti sesat dan mendakwa dirinya berasal dari negara Laxaria yang terletak di benua Sakria. Manakala di Paris pula seorang pemuda yang ditangkap kerana mencuri roti pada 1905 mendakwa dirinya berasal dari negara Liziba. Taured, Laxaria dan liziba adalah negara yang tidak pernah wujud, persoalannya siapa kah mereka ini.?Adakah mereka ini ialah pesakit mental atau sengaja mereka cerita untuk kepentingan diri?Atau, Adakah mereka dari dimensi lain yang secara tidak sengaja memasuki dimensi kita?
 

No comments:

Post a Comment