Monday, December 31, 2018
Misteri menjelang New Year di pekan Nabalu.
Cerita ini terjadi pada penghujung disember 2015. Ia satu cerita misteri yang menimpa saya di pekan Nabalu. Ya di pekan Nabalu yang cantik view gunung dia tu. Kejadian ini tidak lah seram sangat cuma saya masih belum dapat jawapan dan kepastian dengan apa yang berlaku.
Cerita ini bermula begini. Saya dengan bini saya bercadang sambut new year di kg dia saaana Ranau sebab kami sudah sambut krismas di kampung saya di Ranau juga tapi saya punya kampung masuk dalaaam lagi. (Tu nama kampung biar lah rahsia bah kan). Jadi yang 30 hb 12 2015 tu awal pagi lagi kami dari kk sebab mahu palan-palan jalan bilang bini saya. Maklum lah ni kalau mood cuti ni malas mau jalan kalang kabut. Banyak lagi singgah singgah terutama sana sinalau bakas. Jadi lebih kurang jam 8 pagi kami gerak sudah balik Ranau. Sekitar jam 10 pagi kami di pekan Nabalu sudah. Saya kalau balik Ranau wajib singgah Pekan Nabalu sebab mahu kasi lurus kaki, mahu kencing, mahu sigup sigup lagi dan kadang kadang singgah kopi2 dulu. Dan waktu saya singgah di pekan Nabalu tu tiada yang ganjil dan tiada yang menakutkan. Ya lah baru jam 10 pagi mana ada hantu kan. Tapi yang seramnya time saya duduk sambil besigup bawa pokok dekat tandas kraftangan tu tiba-tiba handphone saya berbunyi, ada panggilan masuk. Saya nampak nama yang keluar di telefon tidak sedap sudah hati saya. Sekali saya jawab tu call ceiiiii betu-betul bah firasat saya.
Saya punya bini kerja makan gaji dan dia sudah apply cuti. 5 hari lagi tu, jadi tiada sudah dia mahu risau. Saya ni kerja sendiri(pelukis) dan kebetulan ada projek buat ilustrasi buku sama kawan. Sebelum balik kampung semua part saya sudah saya kasi selesai jadi saya anggap semua ok sebab editor mahu tengok pun 6 hb januari 2016. Tapi malangnya kawan saya yang call tadi tu cakap "bro, penulis dan ilustrator kena suruh kumpul besok di palace hotel. Ini malam cek in sudah. Seminggu kita bengkel sebelum submit sama editor". Fuuhhh dia punya ayat tu simple saja tapi dengan kejam kasi padam bayangan kehausan saya sama tu tumpung tapai pahit manis, sama sinalau bakas bosou tuhau, taaaaapunn saja lah. Dengan tabah saya menjawab "ok bro, tapi mungkin lambat sikit saya sampai. Dalam tengah malam mangkali saya cek in".
Bini saya yang baru keluar dari tandas tengok saya sambil bekedut dahi tanda hairan.
"Kenapa kau ni pucat macam nampak hantu" dia bilang.
Jadi saya pun kasi jelas sama dia yang saya tidak dapat join dia sama family dia sambut new year. Bini saya cakap "oh bah, kalau begitu kau hantar saya balik kampung saja lah, nanti pulang kk saya ikut kakak. Tapi kalau kamu siap awal balik lah ambil saya."
Saya jawab "bah" saja sebab macam itu lah ending cuti-cuti malaysia saya.
Kami meneruskan perjalanan dengan mood new year yang pudar sudah. Bini saya cuba kasi ceria suasana sebab dia nampak muka haus saya yang penuh kekecewaan. Bilang bini saya "kalau saya letak anak kura-kura di mulut kau yang monyok sudah kompem tebalik tidak boleh naik".. sambil dia ketawa terbahak bahak. Saya senyum kambing saja sebab sudah lah tidak lucu haus lagi.
Sampai saja di pekan Ranau kami lunch dan terus beli barang untuk new year. Saya kasi biar bini saya yang berabis membeli sebab saya tiada mood sudah. Nampak tu arang ingat sinalau, apa lagi kalau nampak tu minuman, terus sesak nafas saya mahu fikir.
Habis saja kami membeli di pekan terus pecut balik kampung dengan perjalanan lebih kurang sejam. Dekat juga bah tu tapi ada jalan garabol lagi kan. Sudah lah viva saja kereta, auto pula tu macam mana mau laju di garabol kan.
Bila kami mahu sampai sudah di rumah bini saya, dari jauh saya boleh nampak sudah ipar-ipar dan biras-biras saya santai santai sana bawa rumah. Bila saya nampak senyuman diorang menyambut ketibaan kami macam saya boleh rasa "nikali lah, sampai kalapik!!" dalam hati diorang. Tapi apa kan daya, next time lah. Saya jumpa bapa sama mama bini saya kasi jelas sama diorang semua yang saya tidak dapat sambut new year di kampung sebab urusan kerja. Diorang semua memang sporting dan memahami. Lepas saya berehat dalam sejam begitu saya pun salam semua family bini saya sebab mahu gerak sudah pulang kk. Memang penat tapi tanggung jawab mesti dilaksanakan.
Lebih kurang jam 5 setengah petang saya mula gerak dari kampung bini saya. Sampai di pekan Ranau mahu gelap sudah. Oleh kerana masih kenyang sebab ada makan di rumah mentua tadi saya cuma singgah isi minyak di pekan dan teruskan perjalanan.
Memandu di jalan Ranau-kk pada waktu malam sudah menjadi kebiasaan saya. Selama ini saya tidak pernah diganggu apa juga jenis hantu atau pun apa juga jenis manusia berperangai hantu di sepanjang jalan Ranau-kk. Pernah saya memandu balik Ranau waktu subuh satu orang pun tidak pernah saya mengalami benda yang pelik. Malah saya belum pernah dengar orang bercerita sama saya yang dia mengalami gangguan ketika memandu jalan Ranau-kk. Sebab itu lah walau pun saya ini penakut, macam tiada memandu satu orang ikut jalan Ranau-kk.
Tapi kali ini ada sedikit kelainan dari kebiasaan. Lepas saya isi minyak saya teruskan perjalanan. Lebih kurang 10 minit kemudian saya rasa macam terlampau penat dan rasa mengantuk. Dalam hati saya "nanti lah di kundasang tidur dalam 10 minit". Sebelum sampai kundasang, rasa betul-betul berat mata saya. Sehingga sambung menyambung tu rokok saya hisap mahu kasi hilang mengantuk. Sampai saja di kundasang saya parking tepi jalan, kasi rebah kerusi dan terus baring. Saya tidak pasti berapa minit saya tertidur, tiba-tiba saya dengar 'weew!! Weew!! Bilang tu bunyi ambulan. Terkejut betul saya terus terbangun panik campur mamai mamai lagi. Itu ambulans datang dari arah ranau. Lepas terbangun saya terus start kereta dan jalan. Sebab macam hilang tu mengantuk terkejut dengar bunyi ambulan.
Lebih kurang 5 minit lepas saya gerak dari kundasang tiba-tiba saya dengar lagi bunyi ambulan. Dalam hati saya "aik, banyak juga emergency hari ni". Tapi ini kali itu ambulan datang dari arah kk.
"Bukan kebiasaan kalau ada yang kritikal itu pesakit kena hantar kk kah. Kenapa ni ambulan turun Ranau pula" saya bercakap satu orang sambil kasi hilang mengantuk.
Dalam hati saya mungkin ambulan yang sama juga tadi ambil orang sakit bawa pergi hospital Ranau. Tanpa berfikir lebih banyak lagi pasal itu ambulan saya pun terus memandu macam biasa sambil menyanyi bersama kepulan asap rokok campur kabus tanah tinggi yang sejuk menusuk kalbu.
Time saya siok siok nyanyi lagu bruno mars dengan lirik yang salah bersama suara yang sumbang, tiba-tiba ada cahaya kemerah merahan datang dari belakang. Saya cuba perhati betul-betul.
"Aik ambulan lagi?"
Tapi ini kali tu ambulan tidak berbunyi siren dia. Cuma lampu kecemasan dia saja yang berkelip kelip. Sambil bingung sebab banyak muncul ambulan saya memperlahankan kereta saya supaya itu ambulan boleh memotong. Itu ambulan semakin dekat di belakang saya. Tapi peliknya walaupun tiada kereta dan ada ruang memotong tu ambulan masih mengekori saya dan tidak mahu memotong.
"Pelik juga ni" dalam hati saya.
Saya cuba lagi tengok itu ambulan dari cermin. Yang pelik lagi biasanya lampu dalam kereta ambulan terang dan kita dari luar jelas nampak melalui cermin depan ambulan. Tapi ambulan ini gelap saja dalam dia. Terus lain perasaan saya. Dalam keadaan gelap gelita di jalan Ranau -kk dengan dengan kabus tebal sekali sekala memendekkan jarak penglihatan, kereta viva auto saya yang pandai semput naik bukit diekori oleh ambulan pelik. Macam mana laju saya begitu juga laju ambulan tu. Macam mana perlahan saya pandu ambulan tu masih di belakang saya. Walau pun ruang memotong besar atau jalan 3 lorong itu ambulan tetap di belakang saya. Terus berpeluh dahi saya sebab banyak sudah imiginasi bermain di kepala saya.
Bila sudah keadaan begitu saya pun memandu dengan kelajuan maksimum yang saya mampu. Viva saya pun teriak teriak sudah enjin dia kena picit minyak dia berabis. Tengok belakang pun saya tidak berani sudah. Takut pula sekali saya tengok bukan ambulan lagi tapi perempuan terbang ikut-ikut saya. Sampai begitu imiginasi saya disebabkan ambulan pelik ni.
Saya terus memandu dengan laju. Tapi saya cuba tenangkan fikiran dan cuba fikir apa yang perlu saya buat. Saya punya idea mahu kasi berenti tu kereta untuk menguji itu ambulan ikut behenti atau jalan terus. Tapi saya tidak berani berhenti sembarangan. Takut kalau saya berhenti sembarangan lepas itu ambulan pun ikut berhenti, sekali keluar dari kereta ambulan tu semua tiada muka macam mana.?
Saya cuba tengok itu jalan macam saya mahu dekat sudah itu pekan Nabalu. Saya kuatkan semangat penakut saya untuk tabah sehingga sampai pekan nabalu. Saya punya rancangan berhenti dekat restoran tepi jalan yang selalu buka waktu malam.
Sampai saja di pekan Nabalu......
Bersambung.................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment