Friday, December 14, 2018

Misteri Bebola api naga di Thailand.

Naga bukan lah sesuatu yang sangat asing di kalangan masyarakat Asia. Walau pun belum ada bukti secara fizikal kewujudan naga tetapi naga wujud dalam karya, budaya dan agama di asia.
 Di Thailand satu fenomena yang sangat ganjil dikaitkan dengan kesaktian dan kewujudan naga. Di sungai Mekong beratus ratus bebola api keluar dari sungai kemudian naik lebih kurang 100 meter ke udara sebelum lenyap. Fenomena ini terjadi setiap tahun dari awal oktober sehingga lewat november.

Fenomena ini sebenarnya berlaku di banyak tempat seperti Laos dan vietnam namun di Thailand masyarakatnya menyambut dan meraihkan pesta sempena fenomena ini. Pesta yang dipanggil pesta Phayanak ini diraihkan sempena kemunculan bebola api ini pada setiap tahun. Pesta ini juga kini menjadi salah satu tarikan pelancong.



Menurut kepercayan masyarakat buddha di Thailand bebola api itu di keluarkan oleh naga untuk menyambut kedatangan buddha ke bumi setiap hujung pesta buddhist lent.
 Sehingga kini fenomena ini masih lagi misteri. Walau pun ahli saintis tampil dengan beberapa penjelasan namun mereka masih gagal membuktikan teori mereka.

Sumber:Skeptoid.comWikipedia,


Like dan follow kami di facebook page:
https://www.facebook.com/kolopia/


No comments:

Post a Comment