Sunday, December 2, 2018
Misteri segi tiga Bermuda
Segi Tiga Bermuda yang juga dikenali sebagai Segi Tiga berpuaka merupakan satu kawasan di utara laut Atalantik yang dipenuhi dengan misteri kehilangan pesawat dan kapal sejak dahulu lagi. Di anggarkan 300 kapal laut hilang tanpa sebarang jejak, 75 pesawat terbang tanpa kembali dan dari peristiwa itu lebih 1000 jiwa yang mungkin bersemadi di lantai segi tiga bermuda yang menggerunkan ini.
Misteri segi tiga Bermuda ini bukan lah satu pekara yang baru, dengan itu sudah tentu banyak pihak yang cuba memberi penjelasan tentang fenomena misteri ini. Ada yang merungkai misteri ini dari sudut paranormal dan tidak kurang juga golongan saintis yang tampil memberi penjelasan dari sudut sains namun, masih belum ada satu pun teori yang membawa kepda sebarang penemuan kehilangan pesawat atau kapal di kawasan segi tiga bermuda ini.
Antara peristiwa kehilangan pesawat di segi tiga bermuda ialah misteri penerbangan 19 yang berlaku pada 5 Disember 1945. Pada awalnya penerbangan ini merupakan satu penerbangan latihan ketenteraan di kawasan segi tiga bermuda yang menggunakan 5 pesawat TBM Avenger Tropedo Bomber. Selepas lebih kurang 45 minit berlepas kesemua kapal putus perhubungan dengan menara kawalan di daratan. setelah kelima-lima pesawat Bomber gagal dihubungi PBM 5 Mariner bersama 13 anak kapalnya dikerah untuk misi mencari dan menyelamat malangnya mereka juga turut hilang begitu sahaja.
Ketika siasatan keatas kehilangan Flight 19 ada pengkaji berpendapat bahawa kawasan segi tiga bermuda ini adalah kawasan yang mempunyai cuaca yang ekstrem. Oleh sebab itu segi tiga bermuda juga dikenali sebagai laluan ribut. Namun sebelum penerbangan pesawat ini berlepas ramalan cuaca adalah baik dan ketika perhubungan radio masih berfungsi tiada laporan dari juruterbang tentang cuaca yang buruk. Hal ini turut mengundang spekulasi bahawa segi tiga bermuda ini adalah kawasan aktif UFO dan tempat mahkluk asing (Alien) bersembunyi. Mereka yang hilang mungkin diculik oleh mahkluk asing untuk bahan ujikaji. Ada juga yang menganggap terdapat lohong hitam ( Black Hole) di kawasan segi tiga bermuda di mana kesemua pesawat dan kapal yang hilang ditelan oleh lohong hitam ini.
Ketika pelbagai pihak berlaga pendapat tentang fenomena segi tiga bermuda ini, belum ada satu pun mangsa yang kembali atau pun dijumpai. Kesemua persitiwa ini masih misteri dan membuatkan aegi tiga bermuda menjadi kawasan yang digeruni oleh pelayar dan juruterbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment