Wednesday, December 12, 2018

6 tempat paling menyeramkan di Dunia.

Berikut Adalah senarai 6 tempat paling menyeramkan di Dunia.

6.Hutan Aokigahara Jepun.

Hutan Aokigahara

 Hutan ini juga dikenali sebagai suicide Forest terletak di Barat Laut Jepun. Hutan ini begitu menyeramkan kerana ia menjadi tempat untuk orang jepun membunuh diri. Setiap tahun jumlah mayat yang dijumpai di kawasan ini meningkat. Pada tahun 2015 sebanyak 150 mayat dijumpai dihutan ini. Sehingga kini masih menjadi misteri kenapa tempat ini menjadi tumpuan untuk membunuh diri. Tapi apa yang pasti sekiranya anda menjejakkan kaki di hutan ini, seolah olah segala tangisan dan rintihan mangsa bunuh diri terngiang ngiang di telinga anda. Ada juga khabar angin menceritakan seorang jurugambar membunuh dirinya sejurus sampai di hutan ini kerana tidak tahan mendengar tangisan yang terngiang ngiang di telinganya.

5. Penjara pesakit mental di Byberry.

Kawasan hospital sakit jiwa Byberry

Hospital pesakit mental ini terletak di philadelphia USA. Hospital ini dibuka pada 1906 untuk menempatkan pesakit mental namun apa yang terjadi ialah sangat menakutkan. pesakit yang berada dalam hospital ini diseksa dengan kejam dan ada juga yang dibunuh. Ada antara penghuni di hospital ini bukan pesakit mental tapi sengaja dimasukan untuk diseksa. keadaan hospital ini yang kotor dan tidak terurus menambah keseksaan terhadap pesakit. Antara seksaan terhadap pesakit ialah mencabut gigi tanpa ubat bius, renjatan eletrik di atas kerusi eletrik dan ada pesakit yang dikurung sehingga mati kebuluran. Hospital ini ditutup pada 1990 namun pelbagai peristiwa misteri masih menghantui tempat ini.

4.Istana Leap Ireland

Bloody Chapel

Istana ini terletak di Irlend dan dibina sekita kurun ke13. Istana ini sudah berkali-kali bertukar pemilik dan seiring usianya istana ini banyak menyimpan sejarah berdarah. Antaranya ialah pembunuhan seorang paderi kerana konflik perebutan kuasa antara adik beradik. Gereja lokasi pembunuhan itu kemudian dinamakan bloody chapel. Antara pemilik istana Leap ini ialah keluarga Darby dan salah satu ahli keluarga ini menulis tentang istana berpuaka ini. sehingga kini kelibat Hantu perempuan berbaju merah memegang pencodok seringkali kelihatan di kawasan istana. Istana ini juga menjadi tumpuan penggiat aktiviti paranormal.

3. Shade of Death Road
papan tanda Shade of Death Road

Shade Of Death Road merupakan jalan  sepanjang 11.2 km yang terletak di  Warren County, New Jersy. Jalan ini merupakan jalan yang paling digeruni oleh penduduk Warren County kerana jalannya yang ditutup oleh bayang-bayang kayu menjadi tumpuan kepada penjenayah untuk bersembunyi dan menyerang mangsa yang lalu di kawasan itu. Jumlah kemalangan misteri juga banyak di sepanjang jalan ini. Terdapat banyak tanda memorial bagi setiap kemalangan di sepanjang jalan ini. Terdapat juga tasik berpuaka  di jalan ini dimana tasik tersebut sentiasa bercahaya tanpa mengetahui punca cahaya tersebut. Penduduk asli di kawasan itu percaya hantu yang menghuni tasik tersebut kadangkala bertukar menjadi rusa dan sentiasa berada di pinggir jalann. Ada juga cerita mengatakan bahawa sekiranya pemandu memandu dengan cahaya lampu yang tinggi dan membunyikan horn kereta sebanyak 3 kali hantu budak akan keluar bermain di atas jalan.

2. Muzium Tuol Sleng


Muzium Tuol Sleng merupakan satu muzium yang mempamerkan kisah pembunuhan beramai-ramai di bawah pemerintahan rejim Khmer Rouge. Muzium ini terletak di Phenom Phen kemboja. Pada asalnya bangunan ini merupakan sebuah sekolah kemudian dijadikan penjara pada tahun 1976 sehingga 1979. lebih kurang 20,000 orang telah dipenjarakan disini. Mereka diseksa dengan cara yang paling kejam sekali untuk dipaksa membuat pengakuan. Ramai banduan yang terkorban ketika diseksa ditempat ini. selepas kejatuhan Rejim Khmer Rouge tempat ini dijadikan muzium. Rmai pengunjung dan pekerja di muzium ini mendakwa ternampak banduan berkeliaran di tempat ini. Mereka juga terdengar teriakan orang seolah oleh diseksa. Tengkorak dan tulang-tulang mereka yang terkorban masih disimpan untuk tatapan umum.

1. Perkuburan bawah tanah Paris.

Tengkorak dan tulang disusun rapi di bawah tanah di kota Paris
Di kota Paris yang indah itu, tersembunyi cerita yang mengerikan. Cerita ini disimpan rapi dibawah tanah kota Paris itu sendiri. Sejak peristiwa Revolusi Prancis, Paris menjadi Hub Eropah dan menjadi tumpuan orang untuk bermastautin. Daripada kes ini timbul satu masalah iaitu tanah perkuburan yang semakin sesak. Kerajaan Prancis mengambil keputusan untuk memindahkan perkuburan  yang terdapat diparis supaya tanah tersebut boleh dimajukan. Perkuburan tersebut dipindahkan ke dalam bekas lombong dan kuari di paris. Kedalaman bekas lombong ini bersamaan denga 5 tingkat bangunan. Disini lah kesemua perkuburan itu dipindahkan. Tulang dan tengkorak dari bekas perkuburan itu disusun rapi memenuhi segenap bekas lombong yang kini berada di bawah kota paris.

No comments:

Post a Comment