Bentuk tapak kaki yang ditemui di Afrika Selatan |
Kita sering diceritakan oleh nenek dan atuk kita tentang kewujudan manusia geragasi pada zaman dahulu. Selain daripada cerita yang diceritakan sebelum tidur terdapat juga catatan purba yang menyatakan bahawa manusia hidup bersama dengan puak geragasi satu ketika dahulu.
Ketika kita menganggap semua cerita ini hanyalah mitos dan lagenda, dunia dikejutkan dengan beberapa penemuan bekas tapak kaki yang besar yang terbentuk di atas batu. Pada tahun 2016 sekumpulan jurugambar telah menemui bekas tapak kaki diatas batu di sebuah perkampungan Pingyan di Guaizho iaitu terletak di kawasan barat daya china. Bekas tapak kaki sepanjang 57cm, lebar 20cm dengan kedalaman 3cm ini dijangkakan menjadi fosil sejak zaman prasejarah lagi.
Tapak kaki yang ditemui di china |
Oleh itu ramai penggemar cerita misteri purba kecewa dengan kenyataan dari golongan saintis yang menyangkal fosil berbentuk tapak kaki itu adalah tapak kaki geragasi. Golongan penggemar cerita misteri purba ini beranggapan bentuk tapak kaki itu terlalu sempurna bentuknya untuk terhasil daripada hakisan.
Tapak kaki geragasi di Darok, Kalimantan Barat ditemui pada 2009 |
Adakah satu hari nanti akan ditemui bukti yang lebih kukuh untuk menyokong teori bahawa tapak kaki ini adalah tapak kaki geragasi atau pun kita akan terus ditenggelami dengan misteri ini.
Benar kah wujud manusia geragasi, dan jika ya Dimana kah mereka sekarang?
No comments:
Post a Comment