Saturday, December 29, 2018

Maut terkena penyakit menari

Gambar dari wikipedia

Kedengaran seperti tidak masuk akal apabila disebut Wabak Penyakit Menari. Tapi misteri ini tercatat sebagai satu sejarah misteri di Eropah.

Pada tahun  1518 penyakit yang di panggil Dancing plague melanda Strasboug, Alsace ( France) yang telah meragut banyak nyawa. Kejadian ini bermula apabila seorang perempuan yang bernama Mrs. Troffea mula menari di jalanan sekitar Strasboug tanpa berhenti selama berhari-hari. Selepas seminggu seramai 34 orang turut menari bersama wanita itu. Dalam masa sebulan sahaja lebih kurang 400 orang dijangkiti penyakit ini dan kebanyakannya adalah perempuan. Mereka yang terkena wabak ini terus menari tanpa henti siang dan malam sehinggakan kebanyakan mereka jatuh sakit dan meninggal akibat kepenatan, serangan jantung serta stroke.

Pihak berkuasa tempatan telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghentikan wabak ini. Sehinggakan mereka menyediakan pentas kayu untuk 'pesakit' ini menari beserta muzik kerana mereka berfikir para pesakit akan berhenti menari sekiranya diberi ruang yang selesa dengan irama yang betul berbanding tarian serabut sebelumnya. Namun semua cara seolah olah mengeruhkan lagi keadaan apabila semakin ramai yang terjebak dengan wabak ini. Pihak berkuasa pada ketika itu berpendapat penyakit ini ada kaitan dengan astrologi dan pengaruh sihir.

Pada zaman sekarang teori yang terkenal untuk menjelaskan kejadian ini ialah keracunan makanan daripada toksik yang dihasilkan oleh sejenis kulat yang biasa tumbuh pada bijirin gandum. Walau bagai mana pun banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan teori tersebut dan menganggap kejadian ini masih misteri sehingga kini.

Bagaimana sekiranya wabak seperti ini melanda kawasan anda. Adakah anda menerima ia sebagai penyakit yang disebabkan toksik kulat atau adakah anda akan menganggap ia adalah satu bentuk sumpahan.? Atau pun ia cuma lah satu penyakit pisikologi seperti tarian kiki challenge pada masa kini?


No comments:

Post a Comment