Friday, February 8, 2019

Anak lembu bermata satu dan anak kambing separuh manusia.


Seekor anak lembu lahir dengan hanya mempunyai satu mata, kini disembah oleh penduduk sekitar kerana dipercayai ianya dihantar oleh dewa.

Rakaman video yang dipercayai berasal dari barat Bengal India, memaparkan seekor anak lembu pelik yang baru lahir.

Dalam video yang belum dapat disahkan kesahihanya, kelihatan seekor anak lembu bermata satu dan tidak mempunyai hidung.

Anak lembu ini dikatakan tidak diterima oleh ibunya. Oleh itu orang kampung memgambil keputusan memelihara anak lembu tersebut.

Berikutan kelahiran anak lembu ini orang ramai mula berkunjung kerana mempercayai ia adalah pemberian Dewa.

Mereka juga mula memuja dan menyembah anak lembu bermata satu ini kerana percaya ianya mampu memberi tuah dan kekayaan kepada keluarga mereka.

Anak kambing separuh manusia

Kejadian serupa ini juga pernah terjadi di Filipin pada tahun 2018. Seekor anak kambing lahir menyerupai manusia.


Kejadia pelik ini terjadi sekitar November ini menyaksikan 2 anak kambing bersama ibunya mati sejurus melahirkan anak kambing pelik ini.

Berikutan kejadian itu penduduk sekitar melahirkan rasa khuatir jika kejadian itu merupakan tanda malapetaka.

Namun begitu Dr.Agapita dari institusi sains haiwan di Universi Filipin berkata anak kambing yang lahir separuh manusia itu disebabkan mengalami mutasi genetik semasa dalam kandungan.

Kemungkinan besar anak kambing ini dijangkiti penyakit yang dipanggil Rift Valley disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Sumber:https://www.mirror.co.uk/news/world-news/deformed-calf-just-one-huge-13828019

https://www.mirror.co.uk/news/world-news/farmers-goat-gives-birth-half-13616623

Like dan follow facebook page kami
https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment