Sunday, February 17, 2019
KAPALA: cawan dari tengkorak di Tibet
Perkataan kapala merupakan perkataan yang berasal dari bahasa sanskrit yang bermaksud tengkorak atau pun tempurung kepala yang diubah suai dan dihias untuk tujuan ritual keagamaan bagi Hindu dan juga Buddha.
Tengkorak kepala ini biasanya diukir dan dihias dengan bahan berharga seperti emas, perak dan juga permata. Terdapat 2 jenis kapala iaitu yang diukir dari keseluruhan tengkorak kepala dan yang diukir dari bahagian atas tempurung kepala sahaja.
Kapala ini biasanya diperolehi dari tengkorak mayat yang disemadikan diatas pergunungan. Persemadian ini dipanggil perkuburan atas langit. Pengkebumian atas langit adalah salah satu tradisi yang diamalkan oleh orang Tibet dimana anggota bandan mayat si mati akan dipisahkan untuk diberi makan kepada binatang liar. Mereka percaya dengan cara ini si mati akan dilahirkan semula dalam kitaran hidup yang baru.
Setelah memperolehi tengkorak kepala dari perkuburan atas langit, tengkorak tersebut akan dibersihkan, diukir, dihias sebelum digunakan.
Di Tibet kapala ini digunakan untuk menyimpan wine dan kek sebagai simbolik darah dan daging untuk dipersembahkan kepada dewa mereka. Wine sebagai simbolik dara dipanggil Asrk Kapala manakala kek sebagai simbolik daging dipanggil Mamsa Kapala. Kek yang dipersembahkan bukan lah kek biasa tapi kek yang dibentuk menyerupai anggota badan manusia seperti buji mata, telinga dan juga lidah.
Selain itu Kapala juga digunakan dalam meditasi tahap tinggi untuk mendapatkan ilmu pertapaan dalam masa yang singkat. Mereka juga percaya dengan meminum melalui kapala, sifat pemilik tengkorak boleh diserap.
Sehingga kini, Tibet merupakan tempat yang paling banyak menggunakan tengkorak manusia sebagai alat ritual.
Sumber:https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kapala
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/practices-and-rituals-tibetan-kapala-skull-caps-00945
Like dan follow facebook page kami
https://www.facebook.com/kolopia/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment