Tuesday, February 19, 2019

Tips kesihatan untuk lelaki

Berikut adalah tips penjagaan tahap ketegangaan alat sulit kaum lelaki.

1. Jaga pemakanan
Pemakanan yang memudaratkan jantung turut menjejaskan kualiti ketegangan alat sulit lelaki. Jantung yang sihat dan kuat mampu memberi aliran darah yang baik. Zakar memerlukan aliran darah yang baik untuk mencapai tahap ereksi yang optimum. Pengambilan makanan berlemak, digoreng dan makanan yang diproses memberi risiko kepada jantung. Lelaki disarankan mengambil buah dan sayuran yang cukup untuk menjaga jantung supaya dapat mengepam darah yang cukup ke alat sulit lelaki.

2. Kekalkan berat badan yang sihat.
Berat badan berlebihan mampu mengundang pelbagai penyakit termasuk type 2 biabetes yang boleh merosakan urat dan saraf. Kerosakan saraf disebabkan diabetes boleh mengakibatkan penyakit mati pucuk.

3. Kawal kolestrol dan darah tinggi.
Kolestrol dan darah tinggi mampu merosakan aliran darah termasuk urat yang membawa darah ke alat sulit lelaki. Keadaan ini sudah pasti melemahkan ereksi zakar. Sentiasa periksa tahao kolestrol dan tekanan darah. Sekiranya mendapati tahap kolestroldan tekanan darah tinggi segeralah mendapat rawatan doktor sebelum ianya menggangu tahap ketegangan alat sulit lelaki.

4. Kurangkan minum alkohol atau berhenti terus.
Pengambilan alkohol pada kadar yang kronik mengakibatkan keroskan hati dan kerosakan saraf. Alkohol yang berlebihan juga mengganggu keseimbangan hormon seks lelaki yang boleh mengakibatkan mati pucuk.

5. Bersenam
Bersenam sangat baik untuk melancarkan peredaran darah dan baik untuk menjaga tahap ereksi zakar. Namun, lelaki perlu menjaga agar tidak memberi kecederaan pada bahagian perineum iaitu kawasan diantara lubang dubur dan skrotum. Kawasan tersebut terletak urat dan saraf ke zakar.

6. Tangani masalah testosterone.
Lelaki pada usia 40 tahun keatas akan mengalami penurunan kadar testosterone dalam badan. Kekurang testosterone akan mengakibatkan selera zeks berkurangan, emosi tidak seimbang, kurang stamina dan tahap ereksi zakar merosot. Sila berjumpa doktor sekiranya anda rasa mengalami kekurangan testosterone.

7. Elakan anabolic steroid.
Dadah ini seringndigunakan oleh atlet dan ahli bina badan. Dadah ini mampu mengecilkan biji zakar dan menganggu penghasilan testosterone dalam badan.

8. Berhenti merokok.
Rokok boleh meroskan urat dan saraf yang membawa kepada gejala mati pucuk.

9. Elakan posisi seks yang bahaya.
Posisi seks yang keterlaluan boleh menyebabkan kecederaan pada zakar. Biasanya kecederaan kepada zakar boleh mengakibatkan mati pucuk atau mengurangkan tahap ereksi.

10. Tangani stress.
Strees atau pun tekanan emosi boleh menyebabakan hormon adrenaline meningkat dan mengecilkan saluran darah. Tekana emosi tidak baik untuk ketegangan zakar.

Kunci utama bagi tahap ereksi zakar yang optimum ialah aliran darah dalam tubuh. Lelaki harus menjaga segala yang berkaitan dengan aliran darah sekiranya ingin mendapatkan tahap ereksi yang sihat.

*artikel ini hanya untuk info. Sekiranya anda mengalami masalah ereksi sila berjumpa dengan doktor.




No comments:

Post a Comment