Monday, February 4, 2019

"Perompak" kubur, mayat dicuri untuk koleksi.



Di Rusia, seorang ahli sejarah yang bernama Anatoly Moskvin telah menggali lebih 150 kubur dan menyimpan beberapa mayat perempuan di rumahnya sebagai satu koleksi peribadi. Mayat perempuan ini kemudiannya diawet menjadi mumia dan diberi pakaian.

Moskvin bagai mana pun hanya mengambil dan menyimpan mayat perempuan berumur 3 hingga 12 tahun supaya memenuhi imiginasi fantasinya. Kesemua patung mumia milik moskvin diberi nama. Selian itu dia juga menyambut hari lahir bagi setiap mayat koleksinya.

Salah satu mayat yang diberi pakaian

Moskvin yang mampu bertutur dalam 13 bahasa dan di anggap'genius' oleh segelintir yang mengenalinya juga menyimpan maklumat terkini setiap mayat perempuan yang dicurinya dan mencetak cara-cara menjadikan mayat sebagai patung mumia.

 Mayat yang diubah suai menyerupai teddy bear

Perbuatan pelik Moskvin ini diketahui ketika ibi bapanya melawat moskvin secara mengejut selepas balik dari bercuti.

Moskvin berusia 46, berasal dari kota Nizhni Norgorod, Rusia tengah ditahan pada tahun 2011.

3 tahun selepas di tahan pihak juri memutuskan moskvin tidak waras untuk dibicarakan. Mahkamah juga mengarahkan moskvin diberi pengawasan di hospital sakit jiwa. Selepas tiga tahun pihak hospital sakit jiwa bersetuju moskvin tidak sesuai dibicarakan.

Anatoly Moskvin dianggap tidak waras untuk dibicarakan

Seorang juricakap berkata " Moksvin akan terus ditaha  di hospital sakit jiwa untuk menerima terapi dari hospital berkenanan.

Sumber: Mirror.co.uk




No comments:

Post a Comment