Tuesday, February 12, 2019

Nujum yang meramal Hitler dan serangan 9/11 mendakwa perang dunia ke-3 bermula 2019

Nostradamus

Ramai yang begitu yakin bahawa tahun in (2019) adalah tahun yang baik untuk rezeki. Namun ramalan penilik terkenal Nostradamus pula sebaliknya.

Menurut Nostradamus penilik yang meramal kebangkitan empayar Hitler dan juga serangan menara pusat dagangan di USA yang juga dikenali sebagai serangan 9/11 , seluruh dunia akan mengalami kesengsaraan yang perit bermula 2019. Pergolakan diantara dua kuasa besar dunia akan membawa kepada perang seumpama kiamat dan berpanjangan sehingga 27 tahun.

Menurut pengikut Nostradamus, sehingga kini sebanyak 2046 ramalan dari kompilasi puisi Nostradamus menjadi kenyataan.

Buku Les Propheties yang diterbitkan pada 1555 mengandungi tilikan tentang masa depan. Selain daripada perang yang berlarutan sehingga 3 dekad buku ini juga meramal selurih eropah akan dilanda banjir besar. Manakala di California USA dan pulau Vancouver Canada akan terjadi gempa bumi yang dahsyat. Di timur tengah pula keganasan dari puak pelampau akan terus meningkat.
Perang dunia ke-3 diramal berlarutan sehingga 27 tahun


Antara ramalan Nostradamus yang terkenal ialah kebakaran yang berlaku di London pada 2 september 1666. Ramalan ini boleh dilihat dalam kerat puisi berikut.
"The blood of the just will be lacking in London,
Burnt up in the fire of '66,
The Ancient lady will be topple from her high place,
Many of the same sect will be killed."

Ilustrasi kebakaran di London pada 2 september 1666


Pengikut Nostradamus juga mendakwa kebangkitan empayar Hitler turut tercatat dalam puisi ramalan ini. Ianya boleh dilihat dalam dua perenggan puisi berikut,
"From the dephts of the west Europe,
A young child will be born of poor family,
He who by his tongue seduce a great troop,
His fame will increase toward the realm of the east"

"Beast ferocious with hunger will cross the river,
The greater part of the battlefield will be against hister,
Into a great iron will the great one be drawn,
When the child of Germany observes nothing."

Hitler lahir dalam keluarga miskin pada 1898 di barat Eropah dan menggunakan kelebihan berpidatonya mendapat sokongan parti Nazi di perang dunia ke-2. Dia juga bersekutu dengan Jepun (east) pada ketika itu. Ramai yang percaya Hister itu merujik kepada Hitler. Selain itu Hitler juga lahir berdekatan dengan sungai Hister di Austria.
Buku kompilasi puisi ramalan Nostradamus 1555

Tanpa ramalan Nostradamus sekali pun, jika dilihat keadaan politik global masa kini tidak mustahil perang dunia akan tercetus lagi. Konflik antara USA dan China, konflik antara Rusia dengan USA, pembangunan senjata nukler dari negara komunis seperti korea utara dan banyak lagi konflik yang bersifat global terus menjadi kerisauan kita.

Walau bagai mana pun segala sesuatu terjadi menurut kehendak TUHAN. Dan kita hanya mampu berdoa untuk kedamaian seluruh dunia.

Artikel lain tentang ramalan Nostradamus untuk 2019.
https://www.ancient-code.com/here-are-the-spine-chilling-predictions-nostradamus-made-for-2019/

https://www.mirror.co.uk/news/weird-news/prophet-who-predicted-hitler-911-13736269

Jangan lupa like dan follow page kami.
https://www.facebook.com/kolopia/

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment