Sunday, February 3, 2019

Kanamara Matsuri, pesta alat sulit lelaki.


Kanamara Matsuri yang juga dikenali sebagai "festival of the steel phallus" adalah satu pesta yang disambut oleh orang Jepun di Kanayama Shrine, kawasaki Jepun. Perayaan ini disambut setiap Ahad pertama pada bulan april. Untuk tahun 2019, pesta ini jatuh pada 7 April 2019. Objek besi yang menyerupai alat sulit lelaki merupakan asas utama pesta ini. Pelbagai cenderamat yang diukir dari sayuran dan gula-gula menyerupai alat sulit lelaki boleh didapati sempena pesta ini berlangsung.


Di Jepun pesta ini disambut sebagai satu pesta keagamaan. Pesta ini berdasarkan satu lagenda di mana saitan bergigi tajam yang bersembunyi dalam alat sulit seorang wanita muda. Saitan ini akan mengigit setiap alat sulit lelaki yang bersetubuh pada malam perkahwinan wanita itu. Wanita itu kemudiannya meminta pertolongan dari seorang tukang besi untuk menempa besi berbentuk alat sulit lelaki. Gigi saitan yang bersembunyi dalam alat sulit perempuan itu retak selepas menggigit alat sulit besi tadi. Berikutan peristiwa itu alat sulit lelaki yang diperbuat dari besi menjadi simbol suci di kanayama shrine kerana telah mengalahkan saitan bergigi tajam.

Kanayama shrine juga terkenal sebagai tempat pelacur memohon perlindungan dari jangkitan penyakit hasil hubungan seks.

Selain itu, objek besi menyerupai alat sulit lelaki ini juga dikatakan mampu memberi perlidungan terhadap perniagaan, kekayaan suku dan juga keharmonian perkahwinan.

Sumber:
https://matcha-jp.com/en/5732

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Kanamara_Matsuri

Like dan follow facebook page kami;
https://www.facebook.com/kolopia/


No comments:

Post a Comment