Sebuah kerusi kayu berpuaka atau juga dikenali sebagai Busby's Stoop chair merupakan sebuah kerusi yang disumpah oleh seorang lelaki yang dihukum gantung pada 1702 di utara Yorkshire, England. Busby Stoop dikenakan hukuman gantung atas tuduhan membunuh mentuanya.
Menurut cerita penduduk tempatan, Busby duduk diatas kerusi tersebut ketika ditahan polis. Berang dengan keadaan itu dia menyimpah kerusi tersebut "sesiapa saja yang duduk atas kerusi ini akan menemui ajal".
Pada mulanya pelanggan dan pekerja pub tersebut tidak menghiraukan sumpahan itu, namun bagi menghormati Busby mereka tidak pernah duduk atas kerusi itu.
Kerusi itu mula memperlihatkan sumpahanya ketika beberapa askar dari kem tentera yang di bina berhampiran pub itu satu persatu menemui ajal dalam perang dunia kedua.
Pada tahun 1967, dua orang juruterbang tentera udara yang duduk atas kerusi itu menemui ajal ketika dalam perjalan pulang dari pub itu.
Antara mangsa lain termasuklah seorang pembersih corong asap yang ditemui mati tergantung keesokan hari selepas duduk atas kerusi sumpahan itu.
Pada tahun 1968, Tony Earnshow mengambil alih pub itu. Beliau yang langsung tidak percaya dengan cerita lagenda itu tidak mengendahkan amaran dari penduduk sekitar.
Namun Tony mula rasa takut apabila dua pelanggan yang duduk atas kerusi itu selepas saling cabar mencabar meninggal dalam kemalangan ketika pulang dari pub.
Selain itu seorang buruh binaan yang dicabar duduk atas kerusi tersebut meninggal pada keesokannya kerana terjatuh dari atap.
Tony yang semakin bimbang kerusi itu bakal meragut lebih banyak nyawa memindahkan kerusi tersebut ke stor bawa tanah.
Tahun 1978, seorang penghantar bir yang kebetulan sedang mengalihkan stok ke bilik bawah tanah secara tidak sengaja duduk diatas kerusi itu untuk melepaskan penat. Dia memberitahu Tony betapa selesanya kerusi itu. Malangnya, dia terbunuh dalam kemalangan hanya beberapa jam setelah meninggalkan pub tersebut.
Tidak tahan melihat orang yang tidak bersalah mati angkara kerusi berhantu itu, Tony bertindak menyerahkan kerusi tersebut kepada muzium Thirsk dengan syarat, sesiapa pun tidak dibenarkan duduk diatasnya.
Kerana itu, sejak 30 tahun yang lalu, pihak muzium telah menggantung kerusi tersebut di dinding supaya tiada sesiapa yang akan mendudukinya lagi.
Sumber: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Busby's_stoop_chair
http://kisahkisahmisteridunia.blogspot.com/2015/12/misteri-kerusi-antik-pembawa-maut.html
Like dan follow facebook kami
-->>>>https://www.facebook.com/kolopia/
No comments:
Post a Comment