Friday, February 8, 2019

Penemuan saintis yang boleh dikaitkan dengan kisah Nabi Musa.


Amaran: artikel ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis dan liputan media luar negara tentang penemuan saintifik yang boleh dikaitkan dengan kisah Nabi Musa. Artikel ini tidak mewakili pandangan mana-mana agama dan BUKAN untuk rujukan keagamaan.



Kisah hebat Nabi Musa mebelah lautan untuk menjadi lauan kaumnya melarikan diri ketika dikejar askar Firaun tercatat dalam kitab suci keagamaan.

Namun begitu, para ahli arkeologi masih membutuhkan bukti saintifik yang menyokong kisah Nabi Musa membelah lautan walaupun seluruh dunia mempercayai ianya berlaku atas kehendak dan kuasa TUHAN.

Satu kajian dari University of Arizona menggunakan kaedah highres radiocarbon dating mungkin menyediakan bukti kisah Nabi Musa yang hebat ini.

Sebelum ini golongan pakar mengatakan letusan "Thera Volcanic" di pulau Santorini berlaku pada abad ke 16 sebelum masihi, namun begitu menurut kajian dari University of Arizona letusan ini berlaku seabad lebih awal daripada yang dijangkakan.

Ianya disahkan selepas ujian Carbon dating dilakukan keatas dahan pokok zaitun yang tertimbus didalam laluan lava.

Ini bermakna letusan Thera volcanic mempunyai kaitan dengan kisah perjalanan keluar Nabi Musa bersama umatnya dari Mesir.

Penemuan ini juga mengesahkan teori seorang Egyptologist terkenal Hans Goedicke's yang mengatakan letusan Thera Volcanic menyebabkan tsunami yang membadai askar mesir ketika mengejar Nabi Musa dan umatnya.



Teori ini juga di sokong oleh seorang geologist Barbara J. Siversten.

Namun begitu ketua penyelidik dari university of Arizona itu masih enggan mengesahkan mampu memberi tarikh yang tepat kisah Nabi Musa membela lautan.

Katanya kepada media " Apa yang mampu saya katakan ialah, teruskan kerja penyelidikan untuk meningkatkan kefahaman kronologi yang jitu bagi mempelajari Tamadun silam."

Sumber: https://www.dailystar.co.uk/news/weird-news/756024/bible-proof-exodus-moses-parting-red-sea-israelites-egypt


No comments:

Post a Comment