Saturday, February 9, 2019
Lelaki saman ibu bapa kerana lahirkan dirinya tanpa kebenaran.
Seorang lelaki India bernama Raphael Samuel 27 tahun, menjadi viral selepas mengumumkan hajatnya ingin memfailkan saman terhadap ibu bapanya kerana melahirkan dirinya ke dunia tanpa kebenaran darinya.
Raphael dalam videonya yang dimuat naik dalam youtube berkata "tindakan saya ini adalah untuk menyedarkan seluruh India dan juga dunia bahawa kita sebenarnya dilahirkan tanpa kerelaan kita. Kita juga tidak berhutang apa-apa terhadap ibu bapa kita. Jika kita dilahirkan tanpa kerelaan ibu bapa harus membiayai kita seumur hidup kita"
Selain itu Raphael juga berkata " kepada semua yang bergelar anak, jangan paksa diri melakukan sesuatu hanya kerana untuk ibu bapa anda. Hanya lakukan ketika anda benar-benar ingin melakukannya"
Raphael merupakan pengikut kepada gerakan antinatalism.
Ideology ini ialah satu gerakan untuk menghalang kelahiran bayi ke duinia kerana kemanusiaan di dunia hanya membawa penderitaan.
Ketika meluahkan hasrat menyaman ibu bapanya, Raphael sempat berpesan agar kedua ibu bapanya tidak berkecil hati atas tindakannya itu kerana dia sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya.
"Saya sayang mereka dan kami mempunyai hubungan yang baik, tetapi mereka melahirkan saya hanya untuk kegembiraan mereka"
Dalam pada itu ibu kepada Raphael memuat naik status di facebook menyatakan kesediaanya melawan saman tersebut.
"Saya kagum dengan keyakinan anak saya untuk memfailkan saman tersebut walau pun dia tahu ibu dan ayahnya, kedua dua adalah peguam"
Ibu Raphael menambah " jika Raphael mempunyai penjelasan rasional bagaimana kami mendapat kebenaran untuk melahirkanya, maka saya akan mengaku salah"
Laman facebook Raphael di penuhi dengan bahan-bahan berserta gambar yang mempunyai unsur antinatalism. Gerakan antinatalism ini sangat popular di India bagi mengawal pertumbuhan populasi yang semakin membimbangkan. Terdapat beberapa pengikut antinatalism ini juga bercadang untuk megikut langkah China memperkenalkan polisi 'SATU ANAK".
SUMBER:https://www.foxnews.com/world/indian-man-to-sue-his-parents-for-giving-birth-to-him-without-his-consent-wants-to-be-paid-for-his-life
Like dan follow facebook kami
https://www.facebook.com/kolopia/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment