Seorang budak lelaki berusia 13 tahun menghidap sejenis penyakit yang dipanggil Hipertrikosis atau juga dikenali sebagai sindrom serigala jadian.
Remaja yang bernama Lalit Patidar, berasal dari Raylam di Madhya Pradesha mengalami pertumbuhan rambut yang luar biasa di muka, tangan dan bahagian lain di badan akibat penyakit tersebut.
Keadaan Lalit itu menyebabkan dia sukar untuk bergaul dengan masyarakat. Jika keluar ke pekan dia sering direnung oleh orang ramai manakala di sekolah dia sering dibuli dipanggil monyet dan dibaling dengan batu.
Walaupun Lalit antara budak yang pintar di sekolahnya, namun penyakit yang dialaminya ini memberi kesukaran baginya menumpukan diri terhadap pelajaran.
Namun begitu Lalit tetap tabah untuk ke sekolah. Lalit bercita-cita menajdi seorang polis bila dewasa nanti.
"Saya sentiasa bersyukur, walau pun sering di buli dan dipandang aneh saya masih ada keluarga dan kawan yang sering membela saya" kata Lalit.
Selain iti Lalit berkata "kadang kala saya berharap ada kaedah perubatan yang mampu membuang lebihan rambutnya itu."
"Saya juga ingin merasa kehidupan normal seperti budak yang lain"
Sumber: https://www.thesun.co.uk/news/8383665/indian-boy-wolf-syndrome-bullies/
No comments:
Post a Comment