Monday, February 11, 2019

Wanita mengaku dirinya sebenar adalah kicing yang terperangkap dalam tubuh manusia.


Seorang wanita berusia 20 tahun berasal dari Oslo, Norway mengaku bahawa dirinya sebenar ialah kucing namun terperangkap dalam tubuh manusia.

Nano juga mendakwa kesilapan genetik menyebabkan dia dilahirkan sebagai manusia sedangkan dia sepatutnya lahir sebagai seekor kucing.

Kepekaan derianya yang tinggi dan kebenciannya terhadap air serta anjing membuatkan Nano lebih yakin bahawa dia adalah seekor kucing.

Nano hanya menyedari dia adalah seekor kucing ketika berusia 16 tahun.

Dalam video di NRK P3 Verdens Riseste Land di you tube Nano memakai perhiasan telinga kucing di kepalanya dan memakai ekor kucing sambil menerangkan keadaannya.

Dia berkata " saya benci air, kadangkala saya berbunyi hisss seperti kucing ketika bertembung dengan anjing. Tindakan saya ini adalah sebagai sifat dan naluri saya sebagai seekor kucing.:

"Saya dilahirkan dalam spises yang salah"

Nano percaya dia akan sentiasa menjadi seekor kucing sepanjang hayatnya walau pun telah diberitahu oleh pakar pisikologi bahawa dia boleh hidup seperti manusia biasa.

Ketika ditanya pemberita adakah dia mampu menangkap tikus, Nano menjawab dia pernah menangkap namun gagal. Tapi dia mampu melihat gerak geri tikus di waktu malam.

Nano menjelaskan " saya yakin saya seekor kucing kerana saya mampu berbunyi seperti kucing"

"Saya juga berjalan 4 kaki"

"Saya juga suka tidur ditepi jendela"

Nano juga mempunyai sahabat bernama Savien yang mempunyai kondisi yang sama iaitu mempercayai diri mereka sebenar adalah kucing. Mereka juga berbunyi meow diantara satu sama lain.

"Salah satu keistimewaan sebagai kucing yang terperangkap dalam tubuh manusia ialah saya mempunyai deria yang sangat tinggi.

"Salah satunya, saya mampu melihat dalam gelap"

Sumber:https://www.mirror.co.uk/news/weird-news/woman-who-thinks-shes-cat-7260407q


No comments:

Post a Comment