Monday, February 18, 2019

Manusia bertanduk.


Pada tahun 2015, perempuan bernama Liang Xiuzhen 87 tahun dari Sichian China menerima kunjungan daripada doktor kerana memiliki tanduk sepanjang 5 inci diatas kepalanya. Tanduk itu pada cuma bintik tahi lalat pada 8 tahun sebelumnya. Sekitat 2013 tahi lalat tersebut pecah dan tanduk mula keluar dari rekahan tahi lalat. Namun begitu tanduk itu hanya tumbuh dalam masa yang singkat kemudian jatuh dengan sendiri. Selepas itu tumbuh satu lagi tanduk dengan kadar pertumbuhan yang lebih cepat.

Tanduk yang baru tumbuh itu dikaji oleh doktor dan mendapati tanduk tersebut mempunyai kandungan keratin sama seperti rambut dan juga kuku. Kebanyakan tanduk yang tumbuh pada badan manusia tidak memudaratkan namun doktor masih menggalakan pembedahan kerana khuatir ketumbuhan kanser.

Liang Xiuzhen bukan lah satu satunya kes manusia bertanduk.

Pada tahun 2010 seorang perempuan berusia 101 tahun yang dikenali sebagai Zhang Ruifang  menjadi terkenal kerana memiliki 2 tanduk di atas dahinya. Tanduk pertama berukuran 2 inci manakala tanduk kedua lebih panjang dan tumbuh dengan cepat.

Zhang Ruifang


Oktober 2007, perempuan berusia 95 tahun Xiou Ling memiliki tanduk ditengah dahi dan tumbuh kebawah. Tanduknya itu sudan tumbuh selama 4 tahun.

Manusia bertanduk bukan lah satu fenomena baru. Pada tahun 1930, Ripley memperkenalkan kepada dunia seorang petani bernama Wang dengan menggelarnya Human unicorn. Wang memiliki tanduk sepanjang 13 inci dan tumbuh di belakang kepalanya.
Wang, 1930


Setahun sebelum penemuan Wang, Ripley pernah menulis tentang manusia bertanduk dari prancis Trovillou atau lebih dikenali horn of the mezieres yang wujud sekitar kurun ke 16 dan wanita bertanduk dari Parsi yang wujud sekitar kurun ke 19.

Kebanyakan masyarakat menggangap manusia bertanduk adalah disebabkan sumpahan. Tidak kurang juga yang beranggapan manusia bertanduk adalah golongan dewa. Namun begitu doktor menjelaskan pertumbuhan tanduk ini disebabkan oleh radiasi dari sinaran matahari, Human papilloma virus atau kecenderaan yang tidak sembuh. Cara untuk mengubati yang ada untuk masa ini ialah melalui pembedahan namun terdapat jenis tanduk seperti jenis malignant berupaya tumbuh semula.


Sumber:
https://www.ststworld.com/the-extraordinary-case-of-wang-the-human-unicorn/

http://www.weirdhistorian.com/human-horns/

https://www.ripleys.com/weird-news/human-unicorns/

Like dan follow facebook page kami
https://www.facebook.com/kolopia/

No comments:

Post a Comment