Sunday, February 17, 2019

Lelaki yang bersemadi di bulan.


Percaya atau tidak, seorang lelaki dikubur di bulan. Lelaki ini dikenali sebagai Eugene Shoemaker. Beliau merupakan seorang ahli geologi terkenal dan mempunyai sumbangan dalam bidang planetary science.

Eugene Shoemaker merupakan individu yang sering dikatakan sebagai pengasas sains planet. Bermula sebagai ahli geologi, Eugene menceburi bidang penyelidikan angkasa lepas dan mengkaji permukaan bulan, planet dan komet. Beliau juga merupakan seorang angkasawan yang terlatih dan antara yang disenaraikan untuk misi ke bulan namun disingkarkan pada saat akhir kerana masalah kesihatan. Sumbangan beliau dalam penyelidikan angkasa lepas sangat dihargai sehinggakan sebuah komet dinamakan sempena nama Eugene. Komet eugene-levy 9 begitu terkenal kerana terhempas di planet jupiter.

Eugene menghabiskan kebanyakan usianya mencari kawah akibat dari meteor yang terhempas di seluruh dunia. Namun perjalanannya terhenti setelah terlibat dalam kemalangan sekali gus meragut nyawanya. Untuk menghargai sumbangan beliau dan minat yang mendalam tentang angkasa lepas, abu mayat Eugene  dihantar ke bulan. Abu mayat tersebut disimpan di dalam balang besi yang ditutup ketat.

Setelah balang besi yang berisi abu itu mendarat ke bulan, Eugene menjadi orang pertama yang bersemadi di bulan. Sehingga kini belum ada lagi yang disemadikan di bulan selain daripada Eugene shoemaker.

Sumber: https://www.ripleys.com/weird-news/or-not-dark-side-of-the-moon/

https://zidbits.com/2011/05/has-anyone-been-buried-on-the-moon/


Like dan follow kami di facebook https://www.facebook.com/kolopia/


No comments:

Post a Comment